? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
zwani.com myspace graphic comments
Memaparkan catatan dengan label KAU YANG KUSAYANG.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KAU YANG KUSAYANG.... Papar semua catatan

Isnin, 15 Jun 2009

Mui'ZKU SAYANG...


‘MU’IZZUDDIN, si kecil ‘Yang Memuliakan agama, penyokong agama’
( )”””( )
( ^_^ )” )
.-.-.-.-.-.-.
“Salam maulud kali pertama untuk kelahiran anak saudara baru..Alhamdulillah kak ja selamat melahirkan bayi lelaki yang comel petang satni ; ) “

Begitu mesej yang ku forwardkan kepada adik beradikku setelah adikku mengkhabarkan kakakku yang tinggal di Perak selamat bersalin tepat jam 2.03petang pada 14/05/09. Dan beberapa hari selepas itu aku dan adikku Qinie berkemas dan bertolaklah kami ke sana. Aku sebagai bidan tak bertauliah yang dihantar khas oleh maa dengan pelbagai pesan dan ubat. Hohoho… Teruja dan sesungguhnya semua ahli keluarga kami sangat teruja untuk melihat si kecil baru ini. Dan maa ku juga telah berkira-kira untuk ke sini dalam beberapa hari lagi menjelangnya tiba cuti sekolah.
Tiba 3hb 06 2009, akhirnya maa, adik bongsuku yang nakal dan kakakku serta anak-anak tiba jua di medan Gopeng, Ipoh. Rumah mula menjadi riuh dan sesak. huhuhu Inilah Mu’izzuddin Nizam yang punya rambut terpacak dan bermata bulat. Hehehe. Mu’iz si comel yang tidak kuat meragam. Alhamdulillah.

09/06/2009 1.20pm T.Meru Perak

Rabu, 10 Jun 2009

CUTIKU BERMULA...

5/05/09

AIN
Melayan si Pia @ Aiman panggil Ain.Mula-mula takut-takut, huhuhu.Senang nak psiko budak kecik nih. Last-last ok jek.jalannnn..Ibunya dah kate dengan Che De nye takpa jer, takde nangis-nangis. Alalalaa, comelnyer..GUna ubat pengasih..hehehehe.kan dah senyum pun,  Awalnya dia jual mahal, takpe buat tak layan..hihihi.OOOooo, tak kenal Che De yer..hehehehehe..


ATEH
Oooo..Anak sedaraku yang nakal-nakal ini membela hamster
berwarna putih. Comel plak namanya ‘Ateh’..Perkataan pelat dari Putih.tak pepasal jari Ain digigit.Menangis dia Ateh dia sendiri menggigit jari kecilnya. Hehehehe. Jari kecil sangat, barangkali Ateh ingat lobak merah kut. Hihihi Adeh! Cek pun kena gigit jugak bila try nak pegang dia. Berdarah jari.huhuhu
Dua tiga hari duk umah kakak, ayah pun datang ambil. Sampai umah terus siap-siap pergi ke ladang.

Akulah anak peneroka.

Sabtu, 25 April 2009

IPOH MARI ,AYAT-AYAT CINTA…& KERANA SAYANG KUTURUTKAN…

'Jumaat17hb042009'
Alhamdulillah, kelas yang mendebarkan ini akhirnya tamat jua gantinya. 12.30terpacak di stesen Pudu untuk ke Ipoh. 4.30 petang tiba jua di Ipoh. Dahulukan solat dan jamak. Abang ipar ambil, singgah sebentar membeli makanan petang dan terus ke wad Bersalin, Hospital Besar Ipoh, Perak. Alhamdulillah, kak ja kembali sihat. Cuma babynya tidak mahu bergerak. Nakal benar dia ya. Hm…Tak suka tinggal di hospital seperti ayahnya barangkali.hihihi Tahu-tahu sahaja ya baby nie..Puas doctor mahu memdengar denyutan jantungnya, asyik berpusing-pusing di dalam kantungnya.
Sarat pun pi pantai ya..huhuhu..tak ajak Pon...

Saat-saat bahagia tika di hari perkahwinan di rumah abang ipar...
‘BABY LELAKI’
Tak semena-mena doktot terlepas cakap..’Baby lelaki..’ padahal kakakku sudah berpesan dan tidak mahu doctor membritahunya, Biarlah menjadi satu kejutan. Tapi…huhuhu..Dah ter'tahu'.ketawa aku mendengar ceritanya..haha..Suprise untuk maa di rumah. Asyik benar maa mengulang-ngulang keyakinannya bahawa cucunya kali ini adalah lelaki. Juga yakin benar maa bahwa cucunya akan melihat dunia ini pada hari Selasa nanti. Tersenyum aku. Maa sudah melahirkan 16 orang dari rahimnya, tak mustahil kalau telahannya betul, pengalaman menambah pengetahuan. Segunung kasih dan selaut sayang yang tak bertepian untuk maa yang disayangi.
Abang ipar mula bercakap dengan babynya untuk meransang otaknya bergerak. Kakakku menyuruhnya membaca surah tapi baby tetap diam dank eras di dalam rahimnya. Last-last abang iparku mmebuka sahaja teleponnya dan memasang asma’ Allah lalu diletakkan di atas perut kakakku. Terlupe aku. Aku juga ada menyimpan ayat-ayat cinta yang dilagukan oleh seorang syeikh Arab.

‘AYAT-AYAT CINTA…’

Aku mula mem’bluetooth’kan ayat-ayat cinta itu ke dalam telefonnya. Tapi baru beberapa surah kecil, sudah penuh memorynya.huhuhu..Akhirnya kupasang sahaja ayat-ayat cinta itu dan kuletakkn di atas perut kakakku. Sempat kakakku memuji bacaan yang sangat merdu itu. Mestilah merdu, qari dari arab tapi lupe namanya. Syeikh al-ghamidi? Mungkin ker..hihi, lupe sudaa…
Beberapa minit kemudian, perut mula melembut semula. Baby sudah mula bergerak dan tidak lagi berdiam diri. Barangkali bacaan surah yang merdu ini lagi best dari suara ayahnya..hehehe..Kata kak ja, biar dia dengar orang mengaji nanti biar cepat pandai mengaji. Menggunung tinggi harapannya melihat anak yang bakal dilahirkan pandai mengaji. Berlainan benar dengan hasrat ayahnya yang mahu melihat anaknya pandai berbahasa Ingeris dan bermain bola.huhuhu..Orang lelaki..begitulah..bola juga yang diharapkannya..ishk..ishk..hihihi

‘KERANA SAYANG KUTURUTKAN…’
MALAM-kuteman adikku yang nakal ke Jusco berdekatan untuk mebeli sepasang seluar slack hitam. Mencari sepasang sahaja, tapi satu gedung JUSCO tak dijumpe. Penat melangkah ke Tesco pula barulah bertemu akhirnya. Aku jugak yang penat, penat menaikim bus pun belum hilang lagi, rasa mahu tercabut sahaja lutut ini.
Sebelum tidur, menjahit seluarnya yang agak labuh. Dia sudah tergolek di tepi..hmm..nakal sungguh..dideranya aku ini…Sabor jer la..'kerana sayang kuturutkan…'

Rabu, 15 April 2009

JANJIMU YANG PASTI..(EPisOd 2)

BIDADARI....biarlah, nak tengok siapa lagi cantik....


"Lawa Maa..Cantik sangat, pakai baju serba putih...senyum manis..rasenya tak pernah tengok lagi wanita secantik itu. Sangat cantik tak terbanding dengan wanita-wanita cantik yang pernah Man tengok..macam bidadari...Betull..."

Begitu cerita abang. Bersungguh benar abang bercerita tentang seorang gadis cantik yang hadir dalam mimpinya sebelum itu. berbaju putih, berseri-seri tersenyum padanya.

"hahaha..macam pernah tengok bidadari, kate perempuan itu bidadari.."

Gurau Maa..



"entah -entah hantu pari...

hantu pari suka orang lelaki,

sebab itu dia selalu menyerupai seperti perempuan..."

Seloroh Maa lagi.

Abang turut tergelak. Lantas dia bingkas bangun. Terus ke bilik tersenyum manis. Riang benar dia dapat bertemu seorang perempuan cantik laksana bidadari di dalam mimpinya malam tadi.

Sebentar kemudian dia keluar siap berpakaian. mesti mahu keluar malam-malam lagi. lepak bersama-sama kawan-kawan di kedai-kedai makna atau workshop. Ibu menegur takut lagi dia dimarahi ayah. Kerap benar keluar malam, pulang lewat. Solat Isyak turut terlewat. Itu yang buat ayah marah.

"dah solat pun isyak..kan ayah kate takpe kalau solat isyak dulu baru boleh keluar berjalan..."
Dia memberi alasan pada Maa.

Tapi betul jugak. Sebelum nie ayah sangat marah dia keluar malam, lepas maghrib ghaib entah ke mana. lewat malam baru pulang menjelma. Solat Isyak lewat. Marah benar ayah. Selalu dia pekakkan telinga. Tidak sebulu dengan ayah. Jiwa mudanya masih merah. Keluar bersama kawan-kawan motor atau lepak di kedai-kedai makan lebih tenang dari di rumah mendengar leteran ayah yang tak sudah.

"tengok tue..kata semalam mimpi perempuan pakai baju putih..Berani lagi nak keluar malam-malam. Nanti terjumpe betul-betul hantu pari tu tengah jalan tue baru tau.."

Ngusik Maa lagi

"Alaaa..
biarlah..nak tengok siapa lagi cantik..yang macam mimpi semalam atau hantu tue..hehehehe.."

SEloroh dia tersenyum menampakkan lesung pipit di pipi.

Tapi syukur, walaupun dia masih keluar malam tanpa disekat, sekurang-kurangnya dia dengar juga kata ayah. Kerjakan solat sebelum melepak. Dia kian berubah...Alhamdulillah...

Ahad, 22 Mac 2009

AKhirnya KAu Miliknya..Bersatulah 2 hati..

Alahai pengantin..jauh pulakk...hehehe..malu sangat..huhuhuhu
SEsaat sebelum akad...senyum ajer penganti pompuannyer..hihihi

Si kecil plak semangat..pengantin debar sakan dahh....
ha..nk start da..hehehehhe
rumah tak siap..majlis tetap jadik majlis.. Pagi bersama bakal pengatin, sebelum akad tengahari..
Awal pagi dah start menggulai dalam kawah ...
Ayah..sibuk wehhhh...takut tak cukup santan..huhu
sape jadik model periuk nie???? kuikuikui
Adik2 sibuk pasang langsir sebelum hari akad...
Pelamin malam...
Mari mengenal menantu..huhuhu, senyum aje suaminye ye...
candid lagi..sian pengantin..kikiki
Pengantin lapar..hehehe
Menyibuk kejap...ni je masenyer, sebelum pengantin tiba..hahaha
SEhari sebelum, sibuk memask wajik...mekasih makcik2..hoho
ANtara Tetamu ayah...
Setakat ini sahaja..jenuh upload..upload lak gambar2 yang tak lawa..hahahaha
14Hb 03 2009, kak Zah sah menjadi milik Abg Am...alhamdulillah...(n_n)

Sabtu, 7 Mac 2009

KUCING Oh KUCING...KAU SUDAH PERGI...

"As'km, 2 ekor kucing istimewa di rumah ini telah dilanggar sampai mati..hayatilah memori anda bersamanya..w'salam"


Begitu mesej yang kudapat. Tertera nombor handset maa tersayang..Tapi bukan maa yang bagi mesej sebab maa tak reti taip mesej. Kalau bab-bab kucing nie tak lain tak bukan mesti adikku yang sorang tue. Si Madie..hohohoho..

Tergelak jugak mula-mula membaca mesejnya. Ayat di belakang itu sungguh menggelikan hati..Tapi...
itulah hakikatnya..Memori bersama kucing-kucing tu memang tak dapat dilupakan.
(n_n)
SEjak aku kecil lagi..Kucing adalah teman tidur yang paling best. Dari peluk teddy bear, baik peluk kucing hidup..hahahahaha...Bermain dengan kucing...Boleh kata semua dalam keluarga suka kucing la. Cuma maa kadang-kadang 'bising' bila kucing wat hal. hehehehe

Kucing adik-adikku sekarang ni manja sikit. Adik-adik la manjakan sangat. huhuhu..Tue yang buat maa bising tue..hohohoho...
Kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah. Malah Abu Hurairah diberi gelaran kerana sukakan kucing.
Aku sangat sukakan kucing. Adik-adikku apatah lagi. Kucing adalah' teddy bear hidup' bagi kami.hihihihi...Kalau time makan, mesti bising sebab kucing pun sibuk duduk bersimpuh sekali di tepi nak join makan. Memang saat-saat yang indah.
Kalau adikku Syawal, sanggup korbankan lauk di dalam pinggannya semata-mata nak bagi kucing kesayangan dia makan. huhuhu. Tuan yang setia dan bagus! Begitulah sayangnya adik-adikku pada kucing masing-masing. huhuhuhu

RASULULLAH SAW bersabda :
"Ada seorang perempuan
yang disiksa
disebabkan oleh seekor kucing
yang dikurungnya hingga mati,
maka ia masuk neraka,
sebab pada waktu ia mengurung kucing tersebut tidak
diberinya makan dan minum,
dan
tidak pula dilepaskan
supaya kucing tersebut dapat
mencari makanan sendiri dari binatang-binatang bumi
yang menjadi makanannya."

Selasa, 24 Februari 2009

Bila Akad hampir menjelang tiba...

Beberapa saat setelah cincin tanda tersarung di jari..Moga akad menjadi saksi...

Tapak cincin dari pihak lelaki untuk bakal isteri....

Sebahagian dari hantaran. Pihak mana ya.Oh, perempuan punya, lupa tema mas ..hihihi

Sempat bergambar mana yang sempat...1/2 je ade...lain-lain tak dapat menghadirkan diri..huhuhu



"JEMPUT DATANG 14Hb 03 2009"

Petang.

Kuterima panggilan daripada Kak Dah (kakakku no.2 ) tentang tempahan khemah sempena kenduri akad Kak Zah (kakakku no 4) yang bakal bergelar pengantin baru tidak lama lagi. Lalu kuhubungi Kak ja (kakak no 3) yang sedang sarat mengandungkan anak sulungnya untuk urusan pembelian barang-barang hiasan hantaran, bunga telur dan sebagainya. Bila dihubungi pengantinnya pula, macam-macam lagi pesan yang perlu kubuat. Bagi membantu kakakku ini, aku berkira-kira untuk pulang seminggu lebih awal ke rumah.

Tak pepasal aku pula menjadi PA rasminya..hihihi...Rumah perlu dikemas, dicat, banyak benda yang perlu dibuat. Adik-adikku mungkin balik lewat. Kasihan nanti Maa ke sana dan ke sini. Betul jugak kata kakakku nanti, masa ini aku tolong dia..nanti masaku tiba dia pula jadik mangsa..hehehehe Alahhh..antara adik beradik. Siapa lagi mahu diharapkan kalau bukan saudara sedarah sedaging sendiri.

Ketawa aku mendengar gelagat ayah. Awal bebenar ayah mengedarkan kad jemputan. Semangat mendapat menantu barangkali. Hihihi Maa pula sibuk bersedia untuk membeli barang itu dan ini. Tak lupa diingatkan juga agar dibelikan untuknya bunga telur berwarna emas...Maa..tunaikan sahaja permintaannya..Gembirakan hati Maa dan Ayah sebelum menjadi isteri yang sah..Pesanan khas untuk Kak Zah...(n_n)

Terasa aku yang paling sibuk. Minggu ini perlu kusiapkan sekurang-kurangnya 4 tape untuk persediaan minggu hadapan sebelum bercuti. ( suka hati je buat cuti sendiri, hihihi)

Aku mula merancang untuk ke Perak terlebih dahulu menemani Kak Ja ku shopping bersama baby di dalam perut. hehehe..(Jangan baby lahir nanti jadi kaki shopping sudah la..huhuhu)

Alhamdulillah, mendapat abang ipar yang jenis tak kisah. Huhuhu...Kalau tak, aku takkan dapat tiket free ulang-alik dari KL ke Perak..hehehehe..
Terima kasih ya Allah atas kasih sayang antara kami yang Kau ciptakan dalam keluarga ini. Kasih sayang antara adik-beradik. Susah yang kami lalui dahulu bagaikan sedikit demi sedikit mula menghakis dalam kehidupan kami. Alhamdulillah, kehidupan kami bertambah senang sekarang..Syukur Alhamdulillah..(n_n)

Ibnu Umar R.A
berkata:

"Siapa yang bertaqwa kepada Tuhan
dan
menghubungi keluarganya,
Maka akan ditambah umurnya,
dan diperbanyakkan harta kekayaan
dan disayangi oleh keluarganya."
(petikan dari Kitab 'Tanbihul
Ghafilin)

Isnin, 19 Januari 2009

KAU YANG KUSAYANG...


Ibu...

Insan yang amat kusayangi dan kukagumi...

Kerana dia bersabung nyawa untuk meraikan aku menjadi penduduk Bumi...

Mendidik enam belas hati berduri yang tak mungkin mampu bagi yang lain...

Lalu dialah insan yang kupanggil "MAA.."


Bapa...

Insan kukasihi dan kuhormati...

Suara iqamahnya yang pertama kudengari ditelinga...

Tika aku menjengah ke dunia..

Tegasnya, ku kenal apa itu agama...

Lalu dialah insan yang kupanggil "AYAH..."


Maa...

tanpa segulung ijazah,

Hanya sekadar tamat Darjah Lima di sekolah...

Ayah...

Apatah lagi,

Sekadar darjah tiga menjejak kaki...


Tapi, MAa dan Ayah punya anak-anak seperti kami...

Yang berijazah dari Universiti...

Berjaya mendidik kami ini...


Maa dan Ayah yang kusayang...

Tangismu, sakitnya kerana kami...

Lelahmu, penatnya kerana kami...

LUkamu, durinya kerana kami...


Maa dan Ayah yang kusayang...

Cintamu, bunganya kami...

Bahagiamu, syurganya kami..

sayangmu, kasihnya kami...

dan,

Nyawamu, nadinya kami...


Kerana kamilah anak-anakmu..

Enam belas duri yang tegak berdiri...
"KAMU SAYANG IBU AYAHMU..?"



1.51a.m/28hb122008/30 zulhijjah1403