? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Sabtu, 11 April 2009

RINDU SEORANG SAHABAT...

Sepetang sempat aku bersinggah di kolej Bestari yang menyimpan seribu kenangan. Sempat aku melangkah masuk ke balai islam kesayangan Di sini hatiku terpaut.Di sini hatiku dipatri dengan cintaMu..Ya Allah..terasa mahu menangis di situ.
Aku teramat rindukan saat bersama sahabat-sahabat di sana, tika berjemaah bersama sahabat-sahabat bersama, makan berjemaah tika berbuka puasa,belajar tajwid dan mengaji, bermesyuarat di malam hari untuk kerja-kerja kebajikan islamiyyah, dan pelbagai lagi keringat kami dicurahkan untuk balai tersayang. Berganding bahu menahan dugaan yang menimpa dan tika kesusahan melanda. Pada kami hanya Allah adalah matlamat dan segala-galanya.

"Dan berpegang teguhlah

kamu semuanya kepada tali (agama) Allah

dan
janganlah kamu bercerai-berai"
(Ali-Imran ayat 103)
Di sini j ku kenal apa itu cinta. Cinta seorang sahabat, cinta seorang jemaah, cinta seorang hamba. kasih sayang yang KAU limpahkan pada kami yang bernaung di bawah bumbung ini amat kuat.Bermula tahun pertama hinggalah ke tahun ke tiga sebelum aku melangkah secara hormat keluar meninggalkan kolej. Ukhwah antara sahabat-sahabat amat kuat. Tak tercerita aku pada dunia. Sungguh indah...

"Kamu akan melihat
orang yang beriman dan
saling sayang menyayangi,
saling mencintai, saling mengasihi
bagaikan satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit,
maka
tertariklah bahagian anggota yang lain ikut merasakan sakit
dengan
tidak dapat tidur dan badan panas"
(H.R Muslim)

Bertemu sebentar dengan adik-adikku di lobi tidak cukup untuk melampiaskan rindu hati ini. Kuusap airmata yang mengalir...Sesungguhnya aku kian jauh darimu untuk memberimu semangat seperti selalu..kuatlah adikkku! kuat! dan terus kuat!

Sudah sunnah orang berjuang, cabaran dan dugaan bertandang bertali arus tanpa henti.


"aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku..
sahabat yang baik adalah yang seiring denganku
dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan
kerana aku akan senang.
Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri.
Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka atau duka.
Jika aku dapat, aku akan setia padanya.."
_imam Syafie_

HARI INI GILIRANKU...

BUAT PERTAMA KALINYA...

Hari ini Prof memasang tapeku..buat pertama kalinya untuk semester terakhir ini. hohoho..semalaman tidak dapat tidur lena sejak mendapat tahu bahawa tape ku sudah berada dalam genggaman prof, tetapi tidak dapat diteruskan niatnya kerana aku tidah hadir kuliah tika itu. Nah! hari ini aku sudah 'terkena' tegurannya..hihihi..Kesilapan plak, kesilapan yang paling senang dibuatku..huhuhu..Susah ya mahu jadik seorang RC...
Panas jugak kena sindir kejap..wiwiwiw..sabor jer la..

Kami kaunselor yang masih di peringkat rebung ini susah benar mahu menjadi keras seperti buluh seperti Prof..lalu, sedikit salah, tersilap langkah, pasti patah...Bila patah, kami kembali berjuang membentuk dengan acuan yang telah prof ajarkan. Belajar lagi perbezaan perbualan dengan sesi , sesi yang bagaimana untuk pelajar-pelajar sekolah yang dirujuk dengan betul...dan lain-lain
Dan perkara paling penting bagaimana mahu 'menangkap' masalah utama dan menyelesaikan misteri itu. Masalah 'REAL', 'Problem solving'...Brain storming, dan kemahiran yang pelbagai lagi kembali prof jentik supaya kami tidak terleka.

BUku nota ini entah apa yang kutulis. Tulisannya berubah dari kebiasaan bulat menjadi tulisan meleret-leret. Tiada lagi tulisanku yang comel dan bulat-bulat (perasan! hehehe )Kadang-kadang tidak nampak pula apa perkataannya. Kalah juga tulisan doktor ye?

Tidak mahu kutinggalkan walau sepatah yang diucapkan oleh profku di hadapan. Bukan senang mendapatkan ilmu yang seminggu sekali ini.
"sesiapa yang menempuh suatu jalan
untuk menuntut ilmu pengetahuan,
maka Allah SWT
akan melorongkan jalan baginya ke syurga"
(maksud hadith)

Mungkin menjadi seorang kaunselor bukan cita-cita pertamaku seperti dahulu. Tetapi kaki sudah melangkah ke sini, cabaran dan dugaan terus kulangkahi. Masih tidak jauh dari niat untuk membantu orang, malah di sini lebih dekat kurasai.

"Dan tolong menolonglah
kamu atas kebajikan dan takwa dan
janganlah kamu tolong menolong atas dosa dan permusuhan"
(al-maidah:2)



Seandainya tiada rezeki untukku di tapak ini, mudah-mudahan ku masih lagi berdiri dan menjalankan perniagaan sepertimana yang Rasulullah ajari. Mudah-mudahan ya Allah..(n_n)

Jumaat, 10 April 2009

DIARI SEORANG PEJUANG...


Dalam diari seorang pejuang

tiada masalah yang tidak merumitkan

ujian yang tak melemahkan

Dugaan yang tidak menyusahkan

bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat

Mereka tepu dengan dugaan

Cuma sesekali airmata merembes menerjah pipi

lambang kekerdilan kudrat hamba

Berdepan dengan 'belaian' PENCIPTA..

SEbagai tanda ingatanNYA...Terus tersenyum walau payah dan susah diuji...
Terima kasih shbtku:Ina, Kdh

Rabu, 8 April 2009

DEBARAN KIAN TERASA...

Sesampainya aku ke DTC atau Dewan Tak Cat (hehehe) atau nama rasminya Dewan Tunku Canselor Um seawal lapan pagi. Sebelumnya sempat beli tiga biji kuih (apam dan 2 biji jemput pisang) di cafe Sastera untuk mengisi perut yang masih kekosongan.

Sempat menjamahnya di belakang DTC. Bersemangat je sampai awal, padahal sebenarnya bimbang. Semalaman aku tidak tidur. Dan sebelum tidur selepas membaca doa, fikiran hanya teringat saja pada sesi latihan dan jurus-jurus serta buah-buah yang perlu dipersembahkan untuk sesi rehearsel kali ini.

Cepatlah hari esok...

Jam awal 9 pagi bersama-sama rakan-rakan seperguruan membuat latihan sebelum masuk ke dewan. Cikgu bersemangat! kami berdebar..hehehe, tak pernah naik pentas DTC woo..hohoho

SElepas persembahan pertama, lalu bergemalah serunai seisi DTC..Kami melangkah..SEkali sahaja pencaran cahaya neon menyala, kami masing-masing terus gelbaha. Terketar-ketar embuat bunga sembah..hahahaha..Cikgu pula tersilap bagi order..hihihi..Mestikah begini esokkan hari??

Mudah-mudahan berjalan lancar..debaran di hati masih lagi mengisi...

JANJIMU YANG PASTI..YA BARI'...(EpISOD 1)


"PaTaH TuMbUH hilaNg BeRgAnTi… YaNg PerGi TaKkaN kEmBaLi…MeNGeRTiLaH…"


AHAD/29/05/1995…(SUBUH)…


Bunyi nafas yang tersekat-sekat di kerongkong berbunyi keras dan panjang…Lain benar bunyinya, tapi ayah tetap kenal nafas yang tersumbat di kerongkong luka anak ayah. Ayah bergegas masuk. Cemas. Pak Ngah pun. Dada ayah berdebar kencang. Bibir anak ayah bagaikan bergerak-gerak ketika ayah berusaha keras membisikkan kalimah suci itu di telinga yang bagai tak bernyawa itu. Ayah amat berharap kalimah itu didengar dan diikut, walaupun cuma dihati yang tak pasti. Dada anak ayah turun naik.Tangan kanannya terangkat…Pap!!! Qiam sendiri di atas tangan kiri. Lalu bunyi nafas itu tiada lagi..Sudah terhenti…Tanda yang pasti!


Titttttttttttt!!!! Monitor yang juga setia menjalankan tugasnya selama ini, sering menunjukkan nyawa itu masih berbaki juga sudah menunjukkan keputusan yang pasti. Tanda 50-50 yang selama ini dibayangi, digeruni, dan ditakuti sudah tercatat seperti kehendak Ilahi. Dia lebih disayangi Al- Waliyy………Innalillah...


Doa padaNnya agar dia tak terseksa lagi, termakbul biarpun mengundang kesedihan banyak hati. Ayah pasrah..Pak Ngah pasrah. Mata ayah merah. Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan. Tetapi kini, penyeksaan itu sudah hilang. Puas hati ayah dapat berbakti buat kali terakhir untuk anak yang sering dimarahi. Bukan tanda benci, tapi tanda sayang dihati. Akhirnya pergi jua ia..Puas juga hati ayah kerana barang yang dipinjam sudah dikembalikan. Dia pergi dengan aman.Al-Fatihah…..(bersambung)………….

JAUHKAN OLEHMU...

Banyaknya pesan nabi Muhammad SAW pada umatnya yang disayangi, tapi sebanyak itu juga umat yang disayangi ini memungkiri. RASULULLAH SAW bersabda:
"jauhkanlah olehmu tujuh kejahatan yang membinasakan.."
Para sahabat bertanya:

"Apakah 7 kejahatan yang membinasakan itu ya Rasulullah?"


RAsulullah SAW bersabda:

"Mempersekutukan Allah, mengamalkan sihir, menghilangkan nyawa seseorang, yang diharamkan oleh Allah, kecuali dengan hak, makan riba, makan harta anak yatim, melarikan diri pada waktu dalam peperangan dan menuduh berzina, perempuan-perempuan mukminah yang suci dan terpelihara."



Satu hadith menerangkan :

"mahukah saya khabarkan kepadamu tentang dosa yang paling besar di antara dosa besar?
iaitu mempersekutukan Allah, durhaka kepada ibu bapa, dan perkataan jahat dan keji."

(HR. Bukhari dan Muslim)



Dalam kitab Al-Kabir ADzahabi disebutkan bahawa di antara dosa besar itu ialah :
  1. Mempersekutukan Allah.

  2. Menghilangkan nyawa orang mukmin dengan sengaja.

  3. Mengamalkan sihir

  4. Meninggalkan solat.

  5. Tidak mengeluarkan zakat.

  6. Sengaja berbuka pada siang hari bulan Ramadhan tanpa uzur.

  7. Tidak menunaikan ibadah haji, padahal mempunyai kemampuan untuk menunaikannya.

  8. Durhaka kepada ibu bapa.

  9. Memutuskan hubungan silaturrahim.

  10. Melakukan homoseks

  11. Makan riba.

  12. Memakan harta anak yatim secara zalim.

  13. Berdusta terhadap Allah dan rasulNya.

  14. Melarikan diri dari peperangan melawan orang-orang kafir, sedangkan pada waktu itu kekuatan musuh seimbang dengan dengan kekuatan barisan umat islam.

  15. pemimpin ynag meniru dan menganiaya rakyat.

  16. Takbur, bermegah-megah, sombong dan ujub.

  17. Menjadi saksi palsu

  18. Minum minuman yang memabukkan

  19. Menuduh orang lain berzina.

  20. Khianat.

  21. Mencuri atau merompak.

  22. Sumpah palsu.

  23. Menganiayai sesama manusia tanpa hak.

  24. Mencari dan memakan barang yang haram.

  25. Membunuh diri

  26. Berbohong dan berdusta.

  27. Memberi dan menerima rasuah.

  28. Tidak menghukum dengan hukuman yang benar.

  29. Perempuan yang menyerupai lelaki, begitu pula sebaliknya.

  30. Tidak menjaga kehormatan diri dan keluarga.

  31. Berzina.

  32. Riya'.

  33. Menuntut ilmu semata-mata kerana dunia dan menyembunyikan ilmu pengetahuan.

  34. Tidak percaya kepada takdir Allah.

  35. Suka mengadu-ngadu, membawa fitnah untuk merosak hubungan orang lain.

  36. Membenarkan tukang sihir.

  37. Durhaka terhadap suami.

  38. Menampar-nampar pipi, mengoyak kain dan sebagainya pada waktu di timpa musibah.

  39. Berlaku kasar terhadap fakir miskin.

  40. menyakiti hati jiran atau tetangga.

  41. Menyembelih bukan atas nama Allah.

  42. Mengurangi timbangan

  43. Tidak takut azab pada akhirat serta tiada mengharapkan keampunan dariAllah.

  44. Terus meninggalkan solat berjemaah tanpa uzur.