? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Sabtu, 7 Februari 2009

KALAU TUHAN KITA KENALI...

Kalau Tuhan

kita kenali

kasih sayang dan perananNya..

kalau Tuhan

kita fahami

keagungan dan kekuasaanNya...

kalau Tuhan kita rasakan

betapa Dia sangat cintakan hambaNya..

kita akan sanggup berjuang

sanggup mati keranaNya..

kita akan sanggup berkorban

apa saja keranaNya..

kita akan sanggup berjuang keranaNya..

kita akan sanggup berkorban apa saja keranaNya..

cintailah Tuhan

Dia adalah segalanya..

korbankanlah apa saja keranaNya..

cintakan Tuhan

cinta paling mahal

cintakan selain Tuhan

cinta murahan..

kalau Tuhan kita kenali

Dialah segala-galanya..

kalau Tuhan kita fahami

Dialah mengurus segala ketentuan kita..

kalaulah kita faham

Tuhan siapa sebenarnya..

kita akan sanggup menerima ujian keranaNya..

kita sanggup buat apa saja demi cinta padaNya..

kita akan sanggup menerima ujian keranaNya..

kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya...

cintailah Tuhan

Dia adalah segalanya..

berkorban apa saja keranaNya..

cintakan Tuhan cintakan yg abadi..

cintakan selain Tuhan

cinta murahan..

video

Isnin, 2 Februari 2009

Siapa temanmu...?

Siapa temanmu..?
Cikguku pernah bertanya..Lalu berkata, jika mahu tahu sama ada kamu ini baik atau tidak..
kiralah..
kiralah berapa orang temanmu yang soleh..yang tidak meninggalkan solat, baik akhlak dan dan menutup aurat...lalu aku membilang..Kata cikgu, kalau masih tidak cukup dua puluh orang...masih belum cukup sempurna, kiasnya...termenung aku memikirkan kata-kata guruku itu...
Seorang ulama berkata :

"janganlah
kamu berteman
dengan orang yang tingkahlakunya
tidak mmebangkitkan ibadah, dan ucapannya
yang tidak membangkitkan
kamu
kepada Allah."
Teman ibarat bayang..memantulkan diri kita kepada orang...Untuk melihat kita, selalunya orang akan lihat pada siapa kita berteman.
Maka maksudnya disini, bertemanlah dengan orang-orang yang soleh dan bertakwa. Apabila kita bergaul dengan seseorang yang buruk tingkahlakunya, rosak pula pekertinya, bimbang dikhuatiri kita turut terjerumus ke lembah maksiat kerana mengikuti teman kita itu.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
"Janganlah
kamu berteman
kecuali
dengan orang mukmin,
dan
janganlah kamu makan
kecuali
dengan orang yang
bertakwa."
(HR. Abu Daud)
Susah ya mencari teman yang benar-benar membawa kita ke jalan Allah? Susah juga mencari teman yang benar-benar bernama 'teman' atau 'sahabat'...
bak kata seorang penyair....

Takutlah
kamu berteman
dengan orang jahat,
kerana
kejahatan itu
dapat berjangkit
sebagaimana berjangkitnya penyakit
ke tubuh
orang yang sihat"
Besarnya peranan seorang sahabat atau teman dalam kehidupan. Bukan sekadar tempat meluah rasa berkongsi duka, malah membentuk akhlak menambah ibadat.
Teringat kata-kata kawanku.....
Teman itu
bukan
macam skate board,
Belum main gilap,
Sudah main pijak...
Teman itu
bukan
macam bola sepak,
Belum dapat kejar,
Sudah dapat tendang...
Teman itu
bukan
macam bulu tangkis,
belum main pegang,
Sudah main, pukul...
Teman itu
katanya ibarat ragbi..
belum dapat, rebut..
sudah dapat, lindung..
Teman juga katanya
macam jari..
lukanya sembuh sendiri..
Hilangnya tiada ganti.....
Buat semua temanku..sahabatku..
kawan-kawanku...
yang pernah sudi menghadirkan diri menemani diri ini, mendengari hati ini..dan menyayangi diri ini..Terima kasih atas segala -galanya..kamu mengajar aku tentang sebuah erti kehidupan yang penuh kemanisan iman. Semoga sentiasa ditetapkan iman, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur oleh Ilahi. Terim kasih sekali lagi kerana sudi menjadi sahabat untuk diri ini, menabur bauan yang mewangi...memanjang ukhwah yang penuh mawaddah...
"Ya Allah..
berilah
kejayaan
kepada sahabat-sahabatku
walau di mana jua mereka berada,
dalam pelajaran mereka...
dalam kerjaya mereka..
dan
mudah-mudahan ditemukan jodoh yang soleh dan solehah..amin..."

Ahad, 1 Februari 2009

Bisakah aku...

Bersama Puan Azlina Mohd Lazim, Kaunselor UNIKL


Sabda Rasulullah SAW maksudnya :


"Sesiapa yang menyejukkan mata seorang mukmin (menghilangkan kesusahannya), nescaya Allah akan menyejukkan matanya pada hari Khiamat."

Satu prinsip kaunseling yang bagus dan perlu dipegang atau memang wajib dipegang oleh seorang kaunselor dalam menjalankan perkhidmatannya.hmmmm....

Suka benar aku membaca buku-buku kaunseling yang lebih islamik. Selalu benar mata ini dimanjakan dengan buku-buku dan teori-teori dari Barat. Hebat sangatkah Barat?? Kata Cikgu Roslan, guru silatku, teori Barat sungguh merepek-repek...Tersenyum aku. Itu tentu dimaksudkan dengan Freud, Bapa psikoterapi moden dari Barat yang mempopularkan Teori Psikoanalisa Freudnya.

Terlalu sedikit buku-buku yang menekankan kepada agama dan budaya Islam dalam Kaunseling..hmmm...Itu membuatkan aku kadang-kadang bosan mengadap buku untuk membaca dan memahami teori Barat yang sukar difahami. Tiada panduan kitab, teori-teori Barat ini adalah berasaskan pengalaman dan kajian yang dijalankan oleh mereka-mereka yang menciptanya.

Sudah melangkah masuk dalam dunia 'membantu orang' ini, mahu tidak mahu aku perlu dan tekad untuk terus melangkah dan membantu dalam konteks yang dikehendaki olah agama Islam. Panduan utamaku haruslah kitab suci al-Quran dan Al-sunnah Nabawiyah sebagai panduan yang paling sempurna dan mutlak bagi menkaunselingkan insan-insan yang memerlukan. Sesungguhnya aku tahu bahawa islam telah menentukan garis panduan yang paling sesuai dengan fitrah manusia yang dijadikan oleh Allah SWT.

Manusia sebagai makhluk yang lemah seharusnya dibantu dan dipandu untuk membuat pilihan dan keputusan yang tepat oleh kaunselor berdasarkan ajaran al-Quran, hadis, sunnah Nabi dan ijmak ulamak.

Terasa berat benar amanah yang bakal kupikul di bahu suatu hari nanti, tak terdaya membawa tanggunjawabnya yang diberikan Allah nanti. Bisakah aku??? Kuatkan aku Ya Allah...

Manusia yang lemah hatta diriku sendiri bisa membuat pilihan sendiri secara sedar atau tidak, terbuka atau tidak, tetapi tidak keluar dari keredhaan Allah. Mudah-mudahan Allah sentiasa bersama perjuangan ku menuju ke arah itu.

"mohonlah kepadaku, nescaya pasti Aku mengabulkan" (al-Mu'min : 60)

Mengingati Mati...

video

Kenapa manusia selalu leka? Kerana mereka tidak sedar mereka hidup tidak lama. Bila-bila masa dan ketika, malaikat akan datang menunaikan perintah Allah untuk mencabut nyawa. Mereka lupa apada M.A.T.I.

Padahal Rasulullah SAW telah berpesan :

"Perbanyakkanlah engkau mengingati mati, yang akan memutuskan kamu dengan kesenangan dunia. Tiap orang yang mengingati mati akan dilapangkan hidupnya yang sempit dengan keluasan nikmat, sebaliknya tiap orang yang tidak ingat akan mati, akan dikecilkan hidupnya yang luas."

Bukan dikatakan mengingati mati itu dengan kita berwajah monyok, lesu dan tidak bersemangat. Wajah pucat seperti mayat, tidak lalu makan dan asyik termenung mengenangkan umur yang entah bila kekalnya. Entah esok lusa nyawa aku ditarik nyawa oleh Izrael bagaimana ya? Maklumlah, umur tidak tahu bila panjangnya...huhuhu..

Sesungguhnya mengingati mati adalah satu amalan yang mulia dan terpuji, kerana membuatkan kita sebagai manusia sedar, kemudian berusaha untuk beramal sebanyak-banyaknya. Baik dalam amalan ibadah, muamalah, mahupun segala amalan yang baik untuk manusia.

Sebahagian ulama besar mengatakan bahawa sesiapa yang banyak mengingati mati akan terdorong olehnya untuk melakuakn tiga perkara yang utama dalam hidupnya iaitu segera bertaubat, berhati tenang, dan rajin beribadah. Tetapi, sesiapa yang melupakan kematian, ia akan mengalami penderitaan dalam tiga perkara iaitu menangguhkan taubat, tidak rela hidup sederhana dan malas beribadah.

Kita sebagai mahkluk yang telah dianugerahkan Allah dengan akal dan pelbagai nikmat lainnya hendaklah sedar bahawa hidup di dunia ini mempunyai batas-batas waktu yang tertentu, dan kesenangan hidup ini hanyalah bersifat sementara sahaja.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

Dan sesungguhnya pada hari khiamat akan disempurnakan balasan amalmu. Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya"

(ali Imran :185)