? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
zwani.com myspace graphic comments
Memaparkan catatan dengan label HATI SEMALAM.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HATI SEMALAM.... Papar semua catatan

Rabu, 29 Ogos 2012

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN




 Hari ini 29 0gos 2012 bersamaan 11 Syawal..sudah terasa bahang-bahangnya sambutan hari kemerdekaan..Namun, apa sangatlah merdeka tentang dunia selagi tidak bebas dari maksiat dan dosa..Alhamdulillah, ummat seluruh dunia juga sebenarnya merdeka apabila mula menyambut hari raya...Akhirnya telah berjaya dan menang dalam menahan diri dari makan dan minum, dosa dan maksiat dan berkejar-kejar mengumpul pahala yang berganda-ganda pada RamAdhan Kareem yang lalu.
Masih terngiang-ngiang takbir raya yang dialunkan saat kaki memijak Masjid Al'Azim pada satu Syawal yang lalu..
      "Allahuakbar (3x)..Tiada tuhan melainkan Allah..Allah Maha   Besar dan segala puji bagi Allah, Allah Maha Besar dan Maha Agung dan segala puji bagi Allah. Maha suci Allah pada pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada yang kami sembah melainkan Allah, dengan ikhlas kami beragama kepadaNya, walaupun orang-orang kafir membenci, Tidak ada Tuhan melainkan Allah sendiriNya, benar janjiNya, dan Dia menolong hamba-hambaNya, dan Dia mengusir musuh NabiNya dengan sendiriNya, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagiNya segala puji..",
SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM...Semoga Ramadhan yang lalu memberi kita seribu makna dan mudah-mudahan kita masih dipanjangkan umur untuk bertemu Ramdhan yang akan datang. Masih lagi berkesempatan untuk saling maaf-bermaafan sesama saudara yang berdekatan mahupun berjauhan dalam Syawal yang mulia ini. Antara golongan yang tidak  mendapat pelepasan dari api neraka adalah mereka yang memutuskan silaturrahim,, minum arak dan berzina dan orang yang bermusuhan sesama muslim.Dengan ini, agar tidak termasuk dalam golongan itu, hamba memohon maaf atas segala kesilapan sepanjang perkenalan ini.Salam Minal 'aidilWal Faa'ezin.Taqabbalallahu minna wa minkum taqabball ya kareem ( Semoga Allah menerima amalanku & amalan kamu). 
                                                                       "SESUATU 
YANG PALING JAUH BUKANLAH BINTANG..MENTARI JUGA BUKAN..TAPI IA ADALAH MASA LALU YANG TIDAK AKAN KEMBALI LAGI.KELMARIN YANG LUPUT, MENJADI SECANGKIR KENANGAN..SEMALAM YANG TERLUPUT, MUNGKIN SESALAN. YANG ADA HANYA HARI INI & AKAN DATANG.GUNAKAN HARI INI SEBAIKNYA KERANA ESOK BELUM TENTU MILIK KITA.. DAN SEMALAM TELAH PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA..
SALAM AIDLIFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN"  :)

Khamis, 19 November 2009

SAMA-SAMA KASIH....

Hari ini tanpa rakanku Mahiran.....

Perjumpaan Terakhir PRS/Dewan Kuliah Utama/5.30 Petang/Sesi Julai 2009/"Baiki Diri Bantu Rakan"
Saat tika seorang ayah membawa dua orang kakak yang tidak pernah dikenali oleh adiknya. Tidak pernah sesekali mengenalinya...Yang akan mendidik dan mengasuh adiknya...lalu adik itu terpegun dan hairan..

Dikenalkan si ayah dua orang kakak itu yanga kan mendidik dan menjaga adik itu..lalu bermula episod ceritera...yang dididik terdidik, yang dijaga terjaga..yang disayang tersayang...ikatan berlainan darah bagai dicantum menjadi erat...

sampai satu saat, ayah kembali untuk mengambil semula kakak-kakak itu dari adiknya...

kakak-kakanya akan pergi...mungkin jauh..untuk teruskan perjuangan dan kehidupan..meninggalkan adik ayng tersayang...



Sayang kamu jua...Sama-Sama kasih untuk segala-galanya....

Kau buat kuterharu....

"ingin aku singkap kembali, kenangan lama agar bersemi...ingin kuulangi saat manis, agar terus bersemadi...

Ingatlah aku sebagai rakanmu, kenanglah aku dalam doamu..begitu indahnya saat dahulu, engkau sebagai temanku...

Apabila engkau terjaga, satukanlah harapanku denganmu..kerna ianya bakal berpadu..mimpi si penunggu yang setia...

layarkanlah impian doamu..sesungguhnya aku masih mengingatimu..sebagai kawan, rakan adan teman...semoga kita diberkati Allah..Kudoakan kepadaMu ya Allah..agar bahgia di dunia dan akhirat..."

TERIMA KASIH UNTUK HADIAH-HADIAH YANG DAB BERKOTAK-KOTAK ITU...HANYA DOA SEBAGAI BALASAN,MOGA ALLAH SENTIASA MELINDUNGI KALIAN

...AMIN....BARAKALLAHUFIQ

Khamis, 30 Julai 2009

BERKELANA DAN MENJADI WARGANEGARA...MENDERITA..huhuhu

Sangat mengantuk. Mengikut jadualku jika tiada apa-apa urusan saat ini aku lenakan diri sekejap sementara Zuhur tiba. Agar tubuh rasa segar. Tapi..sekarang ini berada di pejabat, dan waktu rehat pejabat dalam 4 minit lagi..hohohoho...Menumpang komputer pegawai kaunselor memandangkan komputerku AGAK SAKIT..tidak dapat bertahan lama. Laporan ceramah semalam baru separuh siap. Penat. Masih bertimbun yang tertangguh. Kadang-kadang aku cemburu dengan rakan praktikalku yang lebih pantas siap dariku. tapi..inlah dugaan untukku. Redhalah aku... Esok, 31 Julai hampir genaplah aku sebualn di sini. Seawal 7.15 pagi menunggu teksi ( jalan kaki takut lambat nak punch card..huhuhu ). Itu kalau bernasib baik dapatlah teksi seawal mungkin. Biar sampai awal ke pejabat asal tidak lambat. Kadang-kadang dimurahkan rezeki apabila pensyarah bagi tumpang. Segan aku.Huhuhu...
Begitu juga pulang. Hampir setengah jam, menunggu makanan siap di kedai ( takde gas nak masak kat umah) , itu tak termasuk lagi masa yang diambil untuk kaki ini melangkah gagah ke tingkat empat. Blok empat itu. (waaaaaaa...takde lif..Penat giler..huhuhuhu ) tapi Alhamdulillah solat kuawalkan. Kadang-kadang aku terpaksa bertarung jugak dengan masa, ( BUkan kadang-kadang tetapi selalu ), bertarung dengan kehendak rakan untuk balik terus tanpa solat dan solat dirumah. Menghaibkan diri tika azan sedangkan rakanku sudah mula mengemas. Bagi aku solat dahulu lagi penting, apatah lagi masa untuk berjalan pulang dan tiba di rumah memenatkan..membazir masa..tapi kadang-kadang terpaksa mengalah...(dugaan...lewat solat ku..adehh....tak sedap hati..hukhukhuk..)
Dalam kesibukan ini terasa masa agak berjalan laju dalam perlahan. Agak laju dalam perlahan??? Pelik..entah... kehidupan, jam biologi yang berubah, tidur malam yang masih terjaga dan kepenatan sehingga makin kurang aku berkhalwah denganNya..ya Allah..Janganlah Engkau biarkan aku tanpa perhatian dan kasih sayangMu selalu...Temani aku harungi perubahna hidup yang agak memenatkan ini....
"ya Allah,
permudahkanlah aku ini menduduki imtihan duniaMU..
Jadikanlah debaran dijiwaku dan sebabkanlah risau dihatiku jika gagal melamar redhaMU...
Dengarlah rintihanku yang sanggup bersusah demi ilmuMU..
terimalah airmata ini sebgai penyejuk kemurkaanMU...
Belailah jiwaku di saat aku terkulai lemah agar aku terhindar dari mengaharapkan selain dariMU..
amin, ya rabbal a'lamin...."
ubk/psa 1.20pm

Isnin, 15 Jun 2009

HARI INI KAMI BERJUMPA...

Kuterima mesej dari seorang sahabat. Janjiku untuk datang ke Kuala Lumpur untuk membayar sewa dan sekaligus bertemu dengannya yang sudah agak lama tidak berjumpa.

3hb aku sampai hampir jam 10.30 pagi. Kemudian kami panjangkan langkah untuk makan tengahari dan malamnya bercadang untuk ke Bangi berjumpa lagi dua sahabat yang bakal mendirikan rumah tangga. InsyaAllah. Hehehe..

Riuh kami bercerita. Bersama mengulit kenangan tika menjadi usrah di bawah satu bumbung balai Islam kolej tercinta. KK4. Siapa sangka, pengerusi akan bertemu jodoh dengan timbalannya dan pengerusi seterusnya akan bertemu jodoh pula dengan ajk siswinya. Kami mula membina angan-angan untuk mewujudkan alumnai jika sahabat-sahabat kami berkahwin agar ukhwah ini terus terjalin hingga ke anak cucu. Besar sungguh angan-angan kami. hihihi

Esok paginya,4hb 06 2009, kami berjumpa pula seorang sahabat yang dulunya pernah menjadi imam di surau kolej kami. Kami pulang. Lewat petang , aku terasa sangat lapar.

‘TERASA NYAWAKU SEPERTI IKAN KELEMASAN’
Keadaan rumah yang bersepah, tidak terjaga dan dapur yang tak berkemas sangat merimaskan aku. Bagaimana penghuninya yang lawa-lawa dan cantik luarannya tidak tahu menjaga kebersihan rumah? Adehhh...Aku simpulkan ini adalah hasil sikap suka berkira dalam membuat kerja rumah. Sekadar singgah sekejap dua hari untuk satu urusan dan sering keluar membuatkan aku tidak sempat mengemas rumah yang sudah agak lama kutinggalkan untuk bercuti.

Kubasuh beras di dapur dan kupanaskan di atas dapur dan kubawa bawang untuk dikupas ke ruang tamu.Tiga biji baru kukupas, tiba-tiba bau hangit menusuk ke hidung. Takkan nasiku sudah hangit? Baru kuletakkan sekejap tadi. Bila kupandang ke dapur, asap yang kelam membuat aku curiga pantas kubangun melangkah laju ke dapur.,
Ya Allah, api marak meninggi sehingga tidak lagi nampak wajah periuk yang sedang menanggung nasi di dalamnya. Aku mendekat dan bau asap sehingga ke ruang tamu. Kaget aku, mahu kukejutkan zam yang sedang tidur di bilik depan? Rasanya tidak sempat. Untuk kukejutkan dia. Kulihat api marak kian menghampiri tiub gas. Larikan gas? Tidak! Bahaya. Mungkin api menyambar dan meletup. Ya Allah, kalau aku tidak berusaha, bukan zam sahaja, mak cik sebelah dan keluarga akan jadi mangsa juga. Rumah akan terbakar. Perumahan ini akan riuh kecemasan. Tidak dapat kubayangkan. Terasa sesak sekejap dada ini pantas kucapai tepung tapi terikat kemas pula. Kutinggalkan, dan tiba-tiba kuterpandangkan kain buruk lap kaki di hadapan tandas yang lembab. Kucapai dan kucuba padamkan api. Panas! Tapi tak terasa jemari ini dan ku segera angkat periuk nasiku. Nasi masih belum masak dan antah dan tidak hangit. Habis kenapa dapur masih terbakar?

Terpelanting tudung periuk ke kakiku kala kuletakkan periuk ke sinki. Melecur. Baru terasa sakit bahang panasnya.Pedih. hendak kutangis tapi kutahan. Hanya Allah tempat aku bergantung. Aku redha seandainya aku tidak selamat asalkan aku mati dalam keadaan sedang berusaha dari lari tetapi belum tentu ada yang selamat. Kucuba padamkan lagi api yang sedang marak membakar dapur dan kualihkan tungku dapur yang terbakar dan baling ke bilik air. Mujurlah tanganku tidak melecur tetapi tuala dapur yang terbakar pula. Kusiram besi tungku yang terbakar dan kupadamkan lagi saki baki api di atas dapur itu. Akhirnya api itu padam. Terasa nafasku tidak cukup. Rasa terkejut masih belum hilang. Terdiam sejenak aku memandang bekas hangit yang terbakar yang akhirnya berjaya kupadamkan. Ya Allah, aku mula teringat orang yang kusayang. Aku masih hidup rupanya. Tidak percaya.

Allahuakbar. Terasa lemah longlai. Rasa mahu rebah badan ini di situ juga. Mahu kumenangis. Sebak. Alhamdulillah ya Allah. Engkau membantuku, Engkau selamatkan rumahku, kawanku, jiranku, dan engkau masih memberi lagi nyawa padaku. Alhamdulillah untuk kasihMu hari ini.

4.45pm 09/06/09T.meru Ipoh

Rabu, 10 Jun 2009

'Syok tidur tiba-tiba BASAH????'

04/05/09
“Sedang syok tidur tiba-tiba BASAH??? Alamak…”
__Pagi__
Aku bersiap ke H.Putra di itu menemani roomateku, Fath. Tiba di sana agak lewat kerana menemani adikku itu membeli tiket untukku terlebih dahulu di Pudu. Kemudian kami menysuri tepian jalan menuju ke M.jamek. kesian dia tak pernah berjalan sjauh ini.huhuhu.
Tiket jam 11.00 malam. Hmm, sempat laa aku bersiap-siap dan berehat-rehat terlebih dahulu waktu petang. Tidak terkejar-kejar. Baru semalam kakakku bertanya, dan hari ini, mala mini akakn kutamatkan kemarau pertanyaan itu yang sering menyuruhku pulang. Wiwiwiwi…
Malam
Bertolak awal selepas maghrib. Biar aku menunggu, jangan bus yang menngguku (tapi mane ade hbus sanggup tunggu, hahahaha, lambat-lambat kena tinggal laa). Aku berkongsi rasa bimbang seperti ayah, apabila tiba sahaja saatnya untuk menaiki bus, mesti bertolak seawal yang mungkin.
Setibanya di sana, kutinggal kan beg pakaianku diluar ruang menunggu. Keselmatan yang lebih terjamin di sini berbanding di puduraya kurang membimbangkan aku. Langkah kuatur ke surau stesn untuk menanti isya’ yg beberapa minit lagi menjelang. Sesusai solat kukembali ke ruang menunggu dan tidak kusangka terjumpa pula dengan adik2 PAKK, Ain dan kawan-kawannya. Ada juga teman berborak. Bila mereka bertolak sunyi kembali meenembusi diri. Aku kembali menjadi pemerhatis etia pada gelagat-gelagat manusia kota yang beraneka ini. Akhirnya seorang hamba yang peramah telah menegurku dan berkkongsi ceritanya. Seorang pelajar yang sudah mnejengah usia dewasa matang dan layak bergelar ayah sedang mengambil master di UNITAR.sangat terrer dalam bidang computer ;ebih-lebih lagi dalam data base. Pakar teknologi mendengarcelotehnya yang berhadapan dengan karenah pensyarahnya yag sanagt cerewet..huhuhu..
BERTOLAK
Tepat jam 11 malam bertolak.Riuh sekejap dalam bus. Y??? Owhh..budak perempuan taknak duduk dengan seat lelaki. Yer la tiba-tiba terpaksa tukar bus agaknya dan tak dapat single seat tapi dapat double seat.huhuhu..Akhirnya dia duduk disebelahku. Aku hanay tersenyum mendnegar omelannya. Ekon sudah kututup tapi sejuknya masih terasa. Beginilah kalau naik bus, asyik berperang dengan kesjukkan yang tak dapat kutahan. Hasilnya esok aku pasti demam. Hohoho..Jacket tebal ini tak mampu menhaan kesjukkan yang melanda diriku. Tiba-tiba terjaga dari tidur iringku. Basah? Ya Allah hujan lebat rupanya kat luar sana. Mencurah-curah. Basah sedikit tempat dudukku apabila air masuk melalui tingkap. Macamane boleh bocor pulak. Hujan lebat sangat kutt..huhunasib baik tuala disimpan dalam beg tanagan. Boleh la wat lapik n lap tempat basah.huhuhu. Mcama ada seseorang menyandar dibelakangku. Dari mengiring kucuba berpaling ke belakang..ohhh..orang sebelah upanya. Nasib baik dia perempuan, kalo lelaki ntah nak buat camna la suka-suki landing kepala tidoq kat belakang cek. Huhuhu. Tidur mati agaknya dia sampai tak sedar aku mneukarb posisi menegak. Akhirnya bahuku palk menampung kepalanya. Pasrah jer la.sian plak, letih gamaknya.huhuhu. halalkan jerk laa..hahahaha.mudah-mudahan lena dia dlam iman 
TIBA
4.15 am tiba dip aka. Hujan masih lebat, desiran angin sejuk cukup mendinginkan. Angin pantai nie, hmmm..Awal plak sampai, selalunya sempat Subuh berlari dulu. Kupinta pak cik bus berentikan aku di hadapan balai Polis. Sempat pak cik buat lawak “buat apa nak pergi balai polis. Balai polis tak bukak pagi-pagi nie....” hahahahah..Tergelak aku dibuatnya, ubat mengantuk..huhuhu


“mekasih pak cik” pantas kugelek dan tarik beg ku masuk ke bus stop baru itu. Huii..memang sejuk sangat nie. Tempias hujan pun sudah mampu membasahkan sedikit demi sedikit baju sejukku ini. Kesjukan di stesen bus sementara mennggu kakak dan adikku membawa payung. Hujan mulai renyai-renayai. rumahku syurgaku...
“Terengganu, AKU PULANG LAGI..”

Ahad, 26 April 2009

HUNUSKAN PENA KEBENARAN

MERAYAU-RAYAU… Bosan sudah makin memenuhi kepala ini. Terasa bagai mayat hidup di dalam sebuah kotak 7kaki luasnya. Terasa kepala semakin berat, tak cukup udara yang bebas dan cahaya matahari yang bersinar..Ohhh..selagi aku berkurung, manalah nak dapat semua keindahan dan anugerah Allah itu..huhuhu
Petang, sesudah menaip, kusimpan laptop dan bersiap. Cari Café di kepala, terasa rindu pula pada desktop di rumah di KL sana. Berjalan-jalan akhirnya berjumpa kafe internet yang ditunjukkan abang ipar semalam. Hajat di hati ingin membuka email dan blog. Tapi…hasrat itu kupendam sahaja bila tiba di situ. Kulihat banyak benar motosikal di hadapan bangunan besar yang gah itu. Maknanya ramai lelaki di dalam sana. Main game gamaknya budak-budak laki nie. Segan mula menari dalam diri.Kutarik nafas..takpelah..dariku mencari nahas melangkah ke sana, baik kuputar langkah ke TESCO..atau JUSCO…
comelnya...
70%
Setelah mengeluarkan duit sekupang dua dari atm tesco, ku melangkah laju ke JUSCO di hadapannya. Panas terik sungguh. Ini bukan lagi panas sejengkal di padang masyar nanti. Bagaimanakah aku nanti ya Rabbi… Ya Allah…Ramainya manusia..rupa-rupanya tengah sale 70% tue..Hari untuk kaki shopping la nie..hm…round jer laa…Habislah, keringlah poket suami-suami yang baik hati mengikut kehendak isteri-isteri yang suke shopping..huhuhu
Pening jugak jalan-jalan time ramai orang nie..huhuhu..Last-last kuhentikan langkahku betul-betul di hadapan aneka manisan. Haa.pekena ABC dulu laa…hehehe..
Sambil-sambil baca nota yang kubawa..(bacalah sangat..termenung banyak) Sejuk mula menguasai diri..dah la jenis tak tahan sejuk.Minum pula minuman sejuk…huhuhu…Akhirnya habis jugak ABC jagung yang kubeli (selalu lembab nak habiskan benda-benda manis nie..huhuhu)..
Ke mana lagi?? Kalau ke Mid aku singgah ke gerai buku. Jom ke kedai buku.

SALJU SAKINAH…
Indah namanya..seindah maknanya…kulit pun ala-ala Ayat-Ayat Cinta..dipapar mata seorang gadis..bezanya Cuma kulitnya biru. Sejuk mata memandangnya.

Belilah...belilah...tolong kempen..hehehe
Novel baru ke? Entah…sudah berabad tak mengikuti perkembangan novel aku ini..huhuhu..Salju Sakinah… Novel Islamik…Di bawahnya Sejadah Cinta yang telah kukhatam tahun lepas hasil pinjaman seorang adik. Kubelek helaian lastnya..Owhh..heronya sakit..dan…akhirnya sihat..Balqis dan Wardah ‘begitulah..’ hohoho…Suka gak baca novel, tapi takleh ajar sangat, jadik lazim..nanti susah jadik kaki novel nie..huhuhu..pantang jumpe nak baca cam zaman muda-muda kat sekolah dulu. Sekarang dah dapat kawal.baca yang hak sahaja dan bila betul-betul free sahaja. Kadang-kadang baca novel nie buat lalai je. Setimbun pengajaran dalam tue, tapi yang selalu dikenangkan pembaca adalah heronya yang handsome macam pelakon filem..heroinnya yang cantik dan baik..berpisah dan sebagainya. Lalu melayang dalam angan-angan yang tak kesampaian.hohoho..


Berkalih ke rak buku-buku agama…kartun…majalah…Kalaulah kedai nie milikku, berkampung kat sini dah hari-hari. Tak makan pun tak pa. Terlintas jugak dahulu ingin memiliki sebuah kedai buku. Best kan? Takde orang beli, kite boleh baca sendiri..hihihi..Dah kaki buku, kaki buku jugak. Tapi..tue laa..takde duit nak beli semua nie..hukhukhuk…
Sejuk makin meraja di dalam diri. Sudah la…balik..jom balik…

TAUTAN HATI, SEINDAH MAWAR BERDURI …DAN FATIMAH SYARHA

Malam..selepas isya’. Kudengar pula ulasan dari Fatimah Syarha..penulis muda novel tentang cinta jiwa muda dan jihad serta dakwah. Ku pernah baca novel pertamanya dahulu. ‘SEINDAH MAWAR BERDURI’. Cerita itu memang indah. Indah pada jalan ceritanya, indah pada akhlak dan wataknya. Indah pada jalan dakwahnya, Indah pada jalan jodohnya. Indah pada segala-galanya. Sehingga disandarkan pada sekuntum mawar berduri bagaikan dia.
Tautan hati..Asiah Yusro..masih pada watak yang sama.cerita remaja, akidah dan dakwah di kampus…Eh, sejak bile plak jadik pengulas dan pengkritik novel nie? Hehehe..sejak bosan duk umah nie..Hmmm..dari bibir tuannya, novel ini memang best..mendidik jiwa muda seperti aku untuk kenal hakikat cinta kepada Allah. Untuk kuat menempuhi dugaan Allah..Untuk mendidik jiwa dan memelihara akidah demi Allah…
Mendengar suaranya yang lemak lembut itu, terfikir aku, hebatnya dia Fatimah Syarha. Jika seindah begitu rupa ceriteranya..maka tuannya juga mesti seindah novelnya. Kuat akidahnya, indah akhlaknya…dan semestinya tinggi ilmu agamanya kerana untuk menyiapkan novel-novel sebegitu rupa memerlukan pemerhatian dan pengetahuan agama yang luas. Kekuatan dan kesabaran yang tinggi terhadap dugaan Allah kerana bukan mudah untuk membina cerita dan menyiapkan sebuku novel yang mantap dan hebat seperti ini. “Mudah-mudahan usaha dakwahnya melalui penulisan novel diberkati Allah.Amin..”


Tertarik aku pada kalimah terakhirnya..’HUNUSKAN PENA KEBENARAN’-Fatimah Syarha’ TAMAT…

Malam ini aku ditemani IKIM lagi....nah, lagu Nur Kasih lagi…kasih ajer..layannn….(n_n)

“DitanganMu Tuhan, kusandar impian..penentu jodoh pertemuan..Seandainya dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya....”10.00pm

SEMALAM DI IPOH...17hb-25hb 04 2009

20hb 04 2009

Rabu, 15 April 2009

AKHIRNYA...

"BUNUH GERAK, BUNUH LANGKAH..SEGALANYA DALAM, BUNGA SILAT..."

SEMPENA PESTA KOKURIKULUM...anjuran SKET, UM


Objektif :

  1. Menjana keyakinan diri dan daya saing mahasiswa agar memperoleh pencapaian maksima
  2. Mengasah bakat terpendam dan mempertingkatkan kebolehan memimpinM
  3. Mewujudkan dan mengeratkan hubungan perpaduan kaum di kalangan mahasiswa berbilang bangsa
  4. Membekalkan mahasiswa dengan pembelajaran yang menyeluruh
SEkian lama impianku untuk melangkah ke dunia persilatan akhirnya menjadi kenyataan biarpun kurang setahun umurnya. Ayah, anakmu kini mewarisi kebolehan tradisimu itu..hehehe...
Guru tonggak kejayaan..marah bukan kebencian, tapi tanda sayang..hahaha...penat kalau time buat senaman..sakit badan wooo...
Jurus sembah...SEdia...
Debaran bermula ketika ini..huhuhuhu
HIyarkk!!! Jurus dihunus..
GVEK 1015 Silat Gayung Fathani, UM sesi 2008/2009
Bersiap....di luar DTC..huhu
Amanat terakhir..tidak..tidak..hehehe
Lega..dah tamat..huihhh..girangnya...
Puteri-puteri gayung Fathani...(n_n)
SEmalam..banyak kenangan mengusik rasa...GVEK 1015
Geng Masyi..semangat!!!
Untuk kali ini...bersama cikgu...
Kecohhh..hahahahaha...
Latihan last sebelum masuk dewan..hohoho



PESTA PENDIDIKAN KOKURIKULUM
SEMESTER 02
SESI 2008/2009


"KITALAH BINTANG!"

"WE ARE THE STAR!"

9 APRIL 2009

9.00-6.00 PETANG
DEWAN TUNKU CANSELOR (DTC)

Rabu, 8 April 2009

DEBARAN KIAN TERASA...

Sesampainya aku ke DTC atau Dewan Tak Cat (hehehe) atau nama rasminya Dewan Tunku Canselor Um seawal lapan pagi. Sebelumnya sempat beli tiga biji kuih (apam dan 2 biji jemput pisang) di cafe Sastera untuk mengisi perut yang masih kekosongan.

Sempat menjamahnya di belakang DTC. Bersemangat je sampai awal, padahal sebenarnya bimbang. Semalaman aku tidak tidur. Dan sebelum tidur selepas membaca doa, fikiran hanya teringat saja pada sesi latihan dan jurus-jurus serta buah-buah yang perlu dipersembahkan untuk sesi rehearsel kali ini.

Cepatlah hari esok...

Jam awal 9 pagi bersama-sama rakan-rakan seperguruan membuat latihan sebelum masuk ke dewan. Cikgu bersemangat! kami berdebar..hehehe, tak pernah naik pentas DTC woo..hohoho

SElepas persembahan pertama, lalu bergemalah serunai seisi DTC..Kami melangkah..SEkali sahaja pencaran cahaya neon menyala, kami masing-masing terus gelbaha. Terketar-ketar embuat bunga sembah..hahahaha..Cikgu pula tersilap bagi order..hihihi..Mestikah begini esokkan hari??

Mudah-mudahan berjalan lancar..debaran di hati masih lagi mengisi...

Rabu, 11 Februari 2009

'SAMBUTLAH SALAMKU...'

Dia tulus memandangku...

Selepas kuliah, bergegas kau ke cafe tempat biasa kusinggah sepertimana kebiasaanku apabila lapar menjengah perut. Di situ aku terasa jauh dari
orang-orang yang aku kenali dan menenangkan hatiku ini (n_n) berbanding cafe fakulti sendiri.

Saat melalui lorong menuju ke destinasi, kuterpandang dua gadis berkulit hitam. Gadis Afrika barangkali tekaku menonong. Blousnya jean yang labuh, berserta tudung labuhnya yang hampir sampai ke paras lutut bertebar-tebar ditiup angin. Terdetik hatiku, dia antara yang masih patuh pada agama, menutup aurat malah melebihi menutup dada, sedangkan umat Islam di negara ini sendiri tidak begitu mengimani apa yang diajari Islam sendiri.

Aku memaniskan muka, kelihatan keduanya memandangku.Tulus. mereka bertutur dalam bahasa yang aku langsung tidak fahami. Semakin dekat..Setapak lagi untuk menyamai..
Tiba-tiba, terlantun kalimah indah itu dari bibirnya..Kalimah yang menyatukan sesama islami supaya saling menyintai.
"ASSALAMUALAIKUM..."

Aku terkejut dan terpana dibuatnya. Dalam dengar tak dengar aku menjawabnya..

"wa alaikummussalam"

Malu..sungguh malu aku dibuatnya. Rakannya seolah-olah mempersoalkan rakannya memberi salam kepadaku atau mungkin juga dia memberitahu kawannya yang memberi salam padaku bahawa responku yang agak terkejut tadi..huhuhuhu...husnu zan daa...sahabatnya yang memberi salam tadi hanya berlalu dan tersenyum padaku

Sabda RASULULLAH SAW :

"tidak akan masuk syurga
sebelum kamu beriman,
dan tidak dapat dikatakan beriman
sebelum kamu saling mencintai antara satu sama lain.
Mahukah kamu
saya tunjukkan tentang sesuatu yang kalau kamu kerjakan tentu
kamu akan saling mencintai?
Iaitu
sebar luaskan salam diantara kamu.
(HR. Muslim)

Tersenyum aku selepas itu. Sungguh..sungguh malu tadi. Malu aku pada seorang gadis yang hanya menumpang menuntut ilmu di negeriku. Kami mungkin beza pada warna kulitnya, pada bangsa, bahasa dan negara. Tapi, aku lupa sebenarnya kami sama. Kami bediri di atas akidah yang sama. Iman yang sama.
Lantaran itu, salam itu sepatutnye disebarkan. Tetapi yang memalukannya adalah bukan aku yang memulakannya. Tapi dia.

RASULULLAH SAW bersabda :

"hak orang Islam terhadap orang islam yang lain ada lima :

  1. Menjawab salam.

  2. Melihat orang sakit.

  3. Mengiringi jenazah.

  4. Menghadiri undangan.

  5. Mendo'akan orang yang bersin."(HR Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah, aku telah menunaikan hak yang pertama itu. (n_n) Jumaat 23/01/2009

Isnin, 9 Februari 2009

Hari ini hujan lebat...angin yang berdesir kuat melantun pintu surau hingga berdentum bunyinya..

Kanak-kanak perempuan yang comel-comel dan sering berbaris satu saf di belakangku seorang pun tidak hadir seperti kebiasaan mereka..

Barangkali hujan lebat menjadi halangan ibu bapa memberi keizinan melangkah ke rumah Allah yang bernama Nur Hidayah ini..Kanak-kanak lelaki masih setia di saf belakang lelaki..Suka benar mereka menyandar pada langsir. Kadang-kadang kebisingan mereka, dan kenakalan mereka memijak serta duduk di atas langsir mengundang geram kepada mak cik-makcik surau. Akibatnya mereka dipukul dari belakang.Terdiam, tapi cuma sekejap. Tersenyum aku melihat gelagat mereka.

Sungguh indah saat ini. Mereka punya ibu bapa yang bagus yang mengajar anak-anak untuk mendirikan solat. Menjadikan rumah Allah tempat bersinggah dan beribadat. Sudah dididik dari kecil.

RASULULLAH SAW bersabda :


"Perintahkanlah

anak-anakmu mengerjakan solat

sewaktu ia berumur tujuh tahu,

dan pukullah

mereka sesudah mencapai umur sepuluh tahun,

dan pisah-pisahkanlah tempat tidurnya antara satu dengan yang lainnya" (HR. Abu Daud )

Teringat pada adik kecilku yang amat nakal. Susah benar disuruh mengaji dan solat. Bila kupulang ke pangkuan, dia tiba2 berubah jadik baik sepantas kilat. Hmmmm...Takut 'kena piat' laa tue..hehehehehe. Aku tahu dia masih belum fasih untuk mengingati segala bacaan-bacaan tertentu dalam solat sepertimana yang telah diajarkan di sekolah. Tidak seperti anak saudaraku yang seumur dengannya yang 'cepat pikat' dan cepat ingat.

Hujan berhenti. Seusai solat, mak cik disebelahku, kukira umurnya lebih tua dari ibuku, atau mungkin seusia saja, menarik tanganku selepas bersalams eperti kebiasaan, lalu pipiku dicium. Kiri dan kanan. Tergamam aku. Bukan seperti kebiasaan. melantun satu perkataan dibibir tua yang pucat itu tapi menguntum senyuman yang manis mengusik kalbu.."Bagusnya..." Bagusnya??? Apa bagusnya???

Barangkali kerana aku satu-satunyaanak gadis muda dewasa yang sesaf dengan mereka. Yang lainnya cuma seusia dengannya. Beginilah rumah Allah..hanaya disayangi oleh golongan-golongan atau warga-warga tua. Yang usia mereka sudah menginjak senja. Di mana anak-anak muda? Seharusnya mereka yang mudalah patut mengimarahkan rumah Allah ini kerana kaki mereka masih kuat untuk melangkah ke rumah Allah untuk beribadat.

Tapi muslimin di pantai nan indah ini bagus juga ya. dicampur kanak-kanak yang nakal-nakal iu suraunya kelihatan separuh penuh. Cuma kami bahgaian wanita inisatu sahaja safnya, jarang sekali menjadi dua. Tiga apatah lagi..Kalau empat, usah bermimpi. (n_~) Teringat ketika di kolej dahulu, sama saja suasananya.

12.53 9/02/2009

Ahad, 4 Januari 2009

Hari ini bermula...


LANGKAH BERAT TAPI SEMANGAT...
Bismillah...Melangkah ke stesen bus bersarungkan jacket lusuh yang setia menutupi tubuhku yang mudah dingin ditiup angin..Kotak duit Rapid tak fleksibel plak, susah nak masuk duit, huhuhu..
Rasa berat kaki nak melangkah ke kuliah, tapi semangat di hati berkobar-kobar plak, pelikk...Group pun tak tau lagi, rasa bimbang tapi cepat2 kutepis..relaks, im senior..huhuhu..Terima kasih untuk Aisha sahabatku yg sudi membantu mendaftarkan kos ini untukku..Mudah-mudahan dia dipermudahkan Allah segala urusannya.

Cintai PROF...
Rombakan kumpulan. Alhamdulillah namaku ada, tidak berubah. Kumpulan Prof?? hehehe..Siapa dapat kumpulan prof pasti tak bisa duk diam... Prof yang skema, susah nak dapat 'A' ( prof sendiri yang cakap, hahahaha) Alhamdulillah, sudah ku doakan semalam, andai ini yang Allah bagi pilihan, aku turutkan. Aku redha, pasti ada hikmahnya sepertimana tahun sebelumnya.(n_n)Belajar untuk mencintai prof dalam menuntut ilmu..hehehe, hanya tiga orang Melayu, Lainnya cina, semuanya 15 orang sahaja. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan perbincangan dalam pembelajaran.

Prof Best!
Ha, tuu dia!! Setiap 2 minggu hanya perlu hantar 1 tape..nak hantar video pun tak apa, cd pun tak apa..tanpa transkrip..Just hantar report tentang : 1.Apa Masalah klien 2.Apa strategi yang digunakan 3. Rumusan...
Owhh..Syukur sgt2...hihihi. .Kelonggaran untuk hantar lambat bagi penghantaran tape pertama. Hm, kena mulakan jadual perancangan dari sekarang agar berjalan lancar seperti tahun lepas! Pembelajaran melalui perbincangan dari perbualan tape. Huuu, kena pi library plak, carik buku yang disarankan prof, 'BasicCounseling Techniques A Beginning Therapist's Toolkit' C.Wayne Perry & D.Min Lmff..Hui, nie lemah nie kena baca buku omputih lak daa..huhuhu..nak jadik kaunselor tak? kalau nak, pi carik n baca!

MACAM-MACAM...
Selepas pi SKET, permohonan untuk pelajar sem akhir untuk KOKO 7hb baru boleh dpaat borang..pi Pejabat Bendahari plak. Takleh transfer balik plak duit baki, nanti potong lagi kang..huhuhu..
Dibawa ke sem depan baki pembukaan semester..RM300 lebih tue duitku..tengah kering nie..huhuhu

MENYUSURI TASIK...
Pulang jalan kaki ke stesen Universiti. Lupa sebentar pada kesibukan kota... Singgah di pondok rehat. Mulai hari ini akan kujadikanmu tempat persinggahanku, bukan di kolej lagi. Lama benar tidak menyusuri tasikmu ini. Tempat jogging sensorang di awal pagi, tempat lepak bila penat, tempat bermain kayak dengan sahabat2..tempat dengar tazkirah ustaz..
Berkelah dengan sahabat-sahabat..Hmmm, andai waktu dapat kuputar kembali.Tapi, tak mungkin lagi...Wajah seorang demi seorang terbayang..Apa khabar mereka ya?Moga dilindungi Allah selalu..Kini kupilih untuk sendiri-sendiri, memuhasabah diri ini. Maafkanku sahabat, andai aku tidak melawat. Tanpa sahabat, aku makin bertambah kuat. Cuma aku mungkin terasa penat, kerana tiada lagi kata-kata nasihat dan semangat. Sibuk agaknya masing2...Teruslah melangkah pulang, sebelum jumaat menjelang...(Jumaat,2 Jan 2009)