? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Khamis, 16 April 2009

CEMBURU YANG TINGGI?????

CUKUPLAH AKU MENJADI SEORANG YANG BERILMU....

Hari ini rakan-rakan seperjuanganku telah kelam kabut menghantar laporan praktikal . Tersenyum aku melihat rakan baikku Nadiah kelam kabut jugak ke Um untuk berjumpa Dr menguruskan report masing. Kutarik nafas panjang. Tidak lal lagi aku pula akan menjejaki langkah-langkah mereka dan akan @ mungkin mengalami perkara yang sama. Terasa lemah semangat di hujung nafas yang dihela. Ya Allah tenangkan hatiku. Esok adalah kelas ganti paling genting dan penting sepanjang semester ini sebelum melangkah hormat meninggal bumi Um ini. Menitip ilmu buat kali terakhir. Apakah pencapaianku akan meningkat atau masih di takuk lama?

Biarlah aku tidak menjadi hebat, seorang yang bijak dan cerdik, cukuplah aku menjadi seorang yang berilmu.


Terpandang aku pada penanda buku pemberian guru kelasku tika menimba ilmu di tingkatan enam dahulu. Di belakang Penanda buku berwarna pink itu tertera satu ayat berhikmah.


”Manusia semuanya

mati kecuali mereka yang berilmu.


Orang yang berilmu semuanya


tidur kecuali orang yang beramal.


Orang yang beramal semuanya tertipu


kecuali orang yang ikhlas.


Dan....

Orang yang ikhlas sentiasa dalam kedamaian”

Di belakangnya pula tertera ringkas ciri-ciri peribadi dan diriku yang dilahirkan pada awal tahun. Katanya berdasarkan kajian DatoFadzillah Kamsah, pakar motivasi terkenal itu.
  • Bercita-cita tinggi??

  • Suka mendidik dan dididik??
  • Suka mengkritik?? hehe..kemungkinan besar tue..hehe
  • Rajin??? rajin ker..? huhuhu
  • Kucermin diri ini, terteralah kedaifan...hakikatnya yang ku ada, hanya SATU JASAD SATU NYAWA SATU CINTA....

  • Suka smart, kemas dan teratur?? mesti laa..hoho

  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam??? dalam ek? huhu..sensitif plakk..hehehe

  • Pandai ambil hati..??? hohoho


  • Pendiam...?? memang dari dulu pendiam..sampai U jah riuh sikit ngan kawan-kawan yang dah kenal..huhu

  • Agak pemalu..?? Maybe..tapi,Kadang-kadang orang tak kenal leh tegur nieh..hihihi

  • Mudah disiplinkan diri?? hmph...

  • Cukup sayang pada kanak-kanak?? Haa..memang laa..bakal ibu suatu hari nanti..hehehehe

  • Suka duduk di rumah?? Tul2.lepak umah..bestt..takyah letih2 jalan..hihihi

  • Setia pada segalanya.??? ‘Segalanya’ ape tu?? Hehehe

  • Cukup cemburu yang sangat tinggi??? Opss....Ohooooo...hukhukhuk

  • Perlu kemahiran sosial???
    Takpelah..mekasih jerk..dah rase cukup sosial ni..hihihi
  • Romantik??? Tak tahan tul..hahahahahahahaha....

Kajian, macam-macam...hanya Allah athu siapa hambaNya ini..


Di bawah sekali tertera namaku...

Khas untuk :_ _ _ _ _ _ _ _ _ _
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-19 13 JAN 2004 (SEJAYA)
Hmm..Sejaya, sekolah yang menjadikan aku seorang mahasiswa sekarang..terima kasih cikgu untuk semangat itu !!!!

Rabu, 15 April 2009

KE MANA RUHKU AKAN PERGI..???

Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a :


"Ruh itu menuju ke tujuh tempat" :-


· Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
· Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus. ·

Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.

· Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung di syurga sekehendak mereka.


· Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.


· Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

· Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.



Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa :


"Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-


· Orang-orang yang mati syahid.

· Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
· Orang yang puasa hari Arafah.

AKHIRNYA...

"BUNUH GERAK, BUNUH LANGKAH..SEGALANYA DALAM, BUNGA SILAT..."

SEMPENA PESTA KOKURIKULUM...anjuran SKET, UM


Objektif :

  1. Menjana keyakinan diri dan daya saing mahasiswa agar memperoleh pencapaian maksima
  2. Mengasah bakat terpendam dan mempertingkatkan kebolehan memimpinM
  3. Mewujudkan dan mengeratkan hubungan perpaduan kaum di kalangan mahasiswa berbilang bangsa
  4. Membekalkan mahasiswa dengan pembelajaran yang menyeluruh
SEkian lama impianku untuk melangkah ke dunia persilatan akhirnya menjadi kenyataan biarpun kurang setahun umurnya. Ayah, anakmu kini mewarisi kebolehan tradisimu itu..hehehe...
Guru tonggak kejayaan..marah bukan kebencian, tapi tanda sayang..hahaha...penat kalau time buat senaman..sakit badan wooo...
Jurus sembah...SEdia...
Debaran bermula ketika ini..huhuhuhu
HIyarkk!!! Jurus dihunus..
GVEK 1015 Silat Gayung Fathani, UM sesi 2008/2009
Bersiap....di luar DTC..huhu
Amanat terakhir..tidak..tidak..hehehe
Lega..dah tamat..huihhh..girangnya...
Puteri-puteri gayung Fathani...(n_n)
SEmalam..banyak kenangan mengusik rasa...GVEK 1015
Geng Masyi..semangat!!!
Untuk kali ini...bersama cikgu...
Kecohhh..hahahahaha...
Latihan last sebelum masuk dewan..hohoho



PESTA PENDIDIKAN KOKURIKULUM
SEMESTER 02
SESI 2008/2009


"KITALAH BINTANG!"

"WE ARE THE STAR!"

9 APRIL 2009

9.00-6.00 PETANG
DEWAN TUNKU CANSELOR (DTC)

JANJIMU YANG PASTI..(EPisOd 2)

BIDADARI....biarlah, nak tengok siapa lagi cantik....


"Lawa Maa..Cantik sangat, pakai baju serba putih...senyum manis..rasenya tak pernah tengok lagi wanita secantik itu. Sangat cantik tak terbanding dengan wanita-wanita cantik yang pernah Man tengok..macam bidadari...Betull..."

Begitu cerita abang. Bersungguh benar abang bercerita tentang seorang gadis cantik yang hadir dalam mimpinya sebelum itu. berbaju putih, berseri-seri tersenyum padanya.

"hahaha..macam pernah tengok bidadari, kate perempuan itu bidadari.."

Gurau Maa..



"entah -entah hantu pari...

hantu pari suka orang lelaki,

sebab itu dia selalu menyerupai seperti perempuan..."

Seloroh Maa lagi.

Abang turut tergelak. Lantas dia bingkas bangun. Terus ke bilik tersenyum manis. Riang benar dia dapat bertemu seorang perempuan cantik laksana bidadari di dalam mimpinya malam tadi.

Sebentar kemudian dia keluar siap berpakaian. mesti mahu keluar malam-malam lagi. lepak bersama-sama kawan-kawan di kedai-kedai makna atau workshop. Ibu menegur takut lagi dia dimarahi ayah. Kerap benar keluar malam, pulang lewat. Solat Isyak turut terlewat. Itu yang buat ayah marah.

"dah solat pun isyak..kan ayah kate takpe kalau solat isyak dulu baru boleh keluar berjalan..."
Dia memberi alasan pada Maa.

Tapi betul jugak. Sebelum nie ayah sangat marah dia keluar malam, lepas maghrib ghaib entah ke mana. lewat malam baru pulang menjelma. Solat Isyak lewat. Marah benar ayah. Selalu dia pekakkan telinga. Tidak sebulu dengan ayah. Jiwa mudanya masih merah. Keluar bersama kawan-kawan motor atau lepak di kedai-kedai makan lebih tenang dari di rumah mendengar leteran ayah yang tak sudah.

"tengok tue..kata semalam mimpi perempuan pakai baju putih..Berani lagi nak keluar malam-malam. Nanti terjumpe betul-betul hantu pari tu tengah jalan tue baru tau.."

Ngusik Maa lagi

"Alaaa..
biarlah..nak tengok siapa lagi cantik..yang macam mimpi semalam atau hantu tue..hehehehe.."

SEloroh dia tersenyum menampakkan lesung pipit di pipi.

Tapi syukur, walaupun dia masih keluar malam tanpa disekat, sekurang-kurangnya dia dengar juga kata ayah. Kerjakan solat sebelum melepak. Dia kian berubah...Alhamdulillah...

Selasa, 14 April 2009

GUGURLAH BUNGA-BUNGA SYURGA...

Adik junior tengah sakan bercinta menaiki motor ke sini dan
kemari?? Fenomena biasa kerana KL ini kota cinta manusia. Tiada takut pada dosa
dan hukumanNya. Lagikan ajk surauku dahulu pun, siap berbaju bercop jenama balai
Islam lagi..aduss...punahh....kutarik nafas panjang...mengeluh..


"Lindungi kami ya Allah dari panahan syaitan.. "


LELAKI TERGODA
MAKA
KETAWALAH SYAITAN,
WANITA TERGODA
MAKA
GUGURLAH
BUNGA-BUNGA
SYURGA...

Sedangkan perjanjian untuk taat dan setia itu hanya untuk suami. Bukan
susah menjadi wanita solehah...sekeping kertas ini,.tertera beberapa ciri wanita
solehah di atas mejaku, hadiah dari jualan amal yang diberi padaku...

Beribadah bersungguh-sungguh kepada Allah SWT.

Sabar dalam menempuh ujian (kesusahan) dari Allah dan dalam
mengerjakan perintah-perintahNya.


Sentiasa menghalusi hati dan perbuatannya walaupun di mana ia berada.

Tidak jemu-jemu berusaha mengajak ahli keluarga kepada kebaikan dan
keredhaan Allah.

Hiasi diri dengan sifat malu dan akhlak yang mulia.


Redha dengan suami yang telah dijodohkan dengannya oleh Allah.

Menghormati suami dan ibubapa serta keluarga suami.

Berusaha menjadi isteri yang taat kepada suami sama ada waktu susah atau
senang.

Mematuhi perintah atau kehendak suami selagi tidak bercanggah dengan
syariat.


Tidak mengkhianati harta suami, kehormatannya, tempat tidurnya, atau
sebagainya ketika suami tidak ada di rumah.

Mendoakan keselamatan dan kesejahateraan suami dunia dan akhirat.


Tidak sekali-kali menunjukkan muka masam atau berlaku kasar terhadap
suaminya.

Sentiasa dalam keadaan yang bersih, kemas, dan berwangi-wangian ketika suami
berada di rumah, tidak keluar rumah tanpa izin suami.

Sentiasa memohon maaf atau bertaubat jika melakukan kesilapan atau
kesalahannya.


Tapi, itulah bila yang baik disusahkan, yang buruk dibiasakan..pahala
bertebangan sia-sia..dosa pula menggunung tinggi di dalam diri..
"ya Allah, jauhi aku dari cinta yang
meragui..amin.."

Ahad, 12 April 2009

MABUK CINTA...

MABUK CINTA PADA ALLAH..Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun.

Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata,

"Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s,

"Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi,

"Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa,

"Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu."

Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengar penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T,

"Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu."

Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata,

"Aku ini Isa a.s."
Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi,

"Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

  1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

  2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.

  3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda,

"Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."