? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
zwani.com myspace graphic comments
Memaparkan catatan dengan label CINTA SEORANG SAHABAT.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CINTA SEORANG SAHABAT.... Papar semua catatan

Isnin, 15 Jun 2009

TERIMA KASIH UNTUK PENGORBANAN INI...

06/06/09/T.Meru.Perak

Dalam aku terkalut-kalut dan sesak memikirkan bagaimana harus aku mendapatkan dana untuk aku yang kesempitan menyambung perjuangan , kuluahkan kebimbangan dan keresahan pada seorang teman. Terfikir aku untuk membuat pinjaman kurang dari dua ribu, lalu padanya kutanyakan bagaimana halnya. Aku tahu, tiada siapa lagi dapat membantuku, Sekadar wang kiriman ayah hanya mampu untuk melunasi sewa rumah lamaku. Nak kuharapkan pada kakakku tidak mungkin lagi kerana dia baru membina keluarga, dan kuhanya sandarkan harapan pada seorang lagi kakakku untuk mengurangkan bebanku. Itupun aku tidak boleh meminta-minta kerana dia juga baru sahaja melahirkan anak kecil dan suaminya pula baru sahaja tamat kontark kerjanya dan masih mencari kerja. Ku tak mahu menyusahkan orang sudah dalam kesusahan. Lantaran itu aku harapkan pinjaman. Dulu terfikir aku untuk meminta pinjaman dan bantuan dari yayasan tetapi mendengar karenah dan bantuan yang terlampau lambat, aku lupakan hasrat tersebut.


Sekarang aku terfikir pula untuk membuat pinjaman, tapi…slip gaji pula masalah keperluannya.Aku bukannya sudah bekerja. Aku hampir putus asa. Kasihan sahabatku menanggung sama resah didadaku. Lalu..dia dengan hati yang ikhlas telah menawarkan bantuannya untukku. Aku malu untuk menerimanya dan sangat terharu. Mulianya hatinya itu kerana sudi membantuku dan mengambil risiko mengurangkan bebanku. Sesungguhnya, jasanya itu kalau kuterima hanya Allah sebagai saksi kemuliaan hatinya dan aku akan membalasnya saat aku mulai tamat praktikal dan mulai bekerja nanti. Ya Allah, betapa besarnya hadiah yang KAU berikan padaku, seorang sahabat yang sanggup bersusah senang denganku. Makasih ya Allah. Kuminta dia menyediakan surat perjanjian agar seandainya berlaku apa-apa di luar perjanjian kami, sahabatku masih boleh menuntut dari warisku dan aku pula boleh memberi kepada warisnya. Ku bimbang kerana umur bukanlah dalam hitunganku. Aku mohon diturunkan sekali tandatangannya dan aku untuk menunjukkan aku akan berusaha membalas semula jasanya apabila tiba masanya nanti. Tetapi sahabatku pula tidak mahu menyusahkanku pula. Tapi, keikhlasan memenangi hatinya dengan hanya menghalalkan segalanya seandainya maut menjemputnya ataupun aku terlebih dahulu.. Asalkan ilmu yang kudapat dapatku bimbing mereka yang susah hati di luar sana. Terasa aku menerima satu lagi amanah dan pesan yang sungguh berat untukku gapaikan. Terima kasih ya Allah mengurniakan aku seorang sahabat sejati.



Teringat aku pada pesanan Al-Qamah dalam mencari seorang teman…..


Al-Qamah pernah member wasiat kepada puteranya dan ia berkata :



“hai anakku, jikalau engkau merasa perlu bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini, iaitu :


jikalau engkau melayaninya, ia akan melindungimu,


jikalau engkau bersahabat dengannya dia merupakan hiasan bagi dirimu,


dan,
jikalau kau dalam kekurangan nafkah, ia akan mencukupi keperluanmu.


Pilihlah sahabat yang jikalau kau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia beri,


Jikalau kau diam ia menyapamu dulu dan kesedihan yang menimpa dirimu ia membantu dan mengiburkanmu..”.


Terima kasih sahabatku, aku terima pengorbananmu dan keikhlasan hatimu mengurangkan beban yang kutanggung saat ini.


“Ya Allah,

kau limpahkanlah rezeki sahabatku dan Kau berikanlah kepadanya segala yang Kau berikan kepada hamba-hambaMu yang soleh..amin…”
08/06/09.T.meru Ipoh

Sabtu, 25 April 2009

SALAMIMTIHANBUATMUTEMANTEMAN..(n_n)

SALAM IMTIHAN TEMAN

‘Usah Ditanya…’

Sering kali aku mengundang cemburu di kalangan teman-teman. Setiap semester habis awal exam. (Dah mulanya awal, habis awallah..) Lalu, an untuk kali terakhir semester ini a pul hanya satu paper sahaja.(objektif pula tue, sape tak cemburu, hehehe)Selalu bila ditanya bila aku akan mula exam, kujawab mudah sahaja “usah ditanya..”hehehe. Tapi kalau ditanya juga, terpaksalah berterus terang. Yer tak? Huhuhu
'Pasti terutama...'
Terutama pastilah untuk yang tersayang adinda-adindaku yang kini bergelut di UiTM shah Alam, dan UiTM jengka, Pahang..moga najah sokmo..kasihku mengiringi doaku dan doamu untuk sama-sama berjaya dalam pelajaran masing-masing...(n_n)

‘Istimewa untuk adik-adik di kolej…’

Saban tahun aku tidak pernah surut untuk memberi kata-kata semangat dan doa sebelum menjelang imtihan buat sahabat-sahabat di kolej. Memandangkan tahun ini aku mengambil sikap ‘rehat mesej’ lalu jarang sekali mesej melangkau ke sana kecuali hal-hal terpenting dan teristimewa sahaja. Di kesempatan ini, aku mengirimkan secebis doa untuk mereka :

Buat adinda-adinda putriku, deq ayu dan mariam yang sungguh busy,deq dayah yang sering memelukku erat tiap kali bertemu, deq fizah yang makin bertambah asigmentnyer, deq jannah yang busy tido, deq mashi yang sepi ke mana membawa diri, adeq-adeq fak bahasa arab,deq hanis yang comel..(maafkan kanda sayang, atas hajat yang tak kesampaian), Deq Iffah, deq syakila, deq kinah (mekasih sayang untuk semangat dan sokongan untuk kanda tika kanda kegundahan),Deq manja yang sedang hangat bercinta (jaga diri hiasi peribadi) deq aishah juga (mekasih atas segala perihatinan pada diri kanda yang hina ini),Cik mar n Cik Ummu yang baik ati, tak lupe pada adeq-adieq PAKK (jenuh nak sebut, ramai sangat cikgu-cikgu..hehehe), adeq Saie yang suke berjaga malam menggantikan keluang man, adeq Ice, adeq Ras,sahabat-sahabat yang merantau keluar dari 4th, deq Bah comel, radhiah yang sudah lama tak berjumpa, Deq Niza yang comel (senyum selalu mek wehh, baru comel..) deq Imah n Deq dayang..

Juga tidak dilupa pada adinda-adinda putra, pendi kalai ,aristoBlonc,JycREDH, Hikam the Zikr, aiman tak kesah, Dan buat yang jauh di mata..menimba ilmu di tanah madinah, AdeQ Dauzs, dan tak lupa pada adEQ kecikkku, adeQ fadzly di bumi Surabaya yang gigih bermalam bersama tulang belulang demi status seorang doctor, (hehehe)

‘Juga yang disini…’

Juga yang disini, kepada teman-teman serumah, Husna, Peace, n Fat. Tak dilupakan sahabat-sahabat kem ASA yang mana akan menduduki peperiksaan akhir semester ini (ramai nak sebut..hihihi), sahabat-sahabat Kem dari Kedah.. adik ina, Adik Ilah dan adik Tikah yang comel dan nakal, M.Noor, nac UPC,hayazi, n apis..

Tak terlupa pada adinda yang nakal di UUM..moga najah sokmo deh...(n_n)



‘Ya Allah,

Tuhan yang Maha Mengetahui segala-galanya,

Engkaulah Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha ..

Aku memohon kepadaMu,

Engkau Tetapkanlah hati dan iman kami kepada-Mu,

Kau terangilah hati kami dan tenangkanlah fikiran kami

agar kami dapat belajar

dan memahami segala ilmu

dan matapelajaran yang kami ambil semester ini.

Kau berilah kesihatan badan kami

dan otak kami dan

Kau berilah jalan yang mudah bagi kami

supaya lulus dalam peperiksaan kali ini..

Amin, ya Rabbal A’lamin..”

Sabtu, 11 April 2009

RINDU SEORANG SAHABAT...

Sepetang sempat aku bersinggah di kolej Bestari yang menyimpan seribu kenangan. Sempat aku melangkah masuk ke balai islam kesayangan Di sini hatiku terpaut.Di sini hatiku dipatri dengan cintaMu..Ya Allah..terasa mahu menangis di situ.
Aku teramat rindukan saat bersama sahabat-sahabat di sana, tika berjemaah bersama sahabat-sahabat bersama, makan berjemaah tika berbuka puasa,belajar tajwid dan mengaji, bermesyuarat di malam hari untuk kerja-kerja kebajikan islamiyyah, dan pelbagai lagi keringat kami dicurahkan untuk balai tersayang. Berganding bahu menahan dugaan yang menimpa dan tika kesusahan melanda. Pada kami hanya Allah adalah matlamat dan segala-galanya.

"Dan berpegang teguhlah

kamu semuanya kepada tali (agama) Allah

dan
janganlah kamu bercerai-berai"
(Ali-Imran ayat 103)
Di sini j ku kenal apa itu cinta. Cinta seorang sahabat, cinta seorang jemaah, cinta seorang hamba. kasih sayang yang KAU limpahkan pada kami yang bernaung di bawah bumbung ini amat kuat.Bermula tahun pertama hinggalah ke tahun ke tiga sebelum aku melangkah secara hormat keluar meninggalkan kolej. Ukhwah antara sahabat-sahabat amat kuat. Tak tercerita aku pada dunia. Sungguh indah...

"Kamu akan melihat
orang yang beriman dan
saling sayang menyayangi,
saling mencintai, saling mengasihi
bagaikan satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit,
maka
tertariklah bahagian anggota yang lain ikut merasakan sakit
dengan
tidak dapat tidur dan badan panas"
(H.R Muslim)

Bertemu sebentar dengan adik-adikku di lobi tidak cukup untuk melampiaskan rindu hati ini. Kuusap airmata yang mengalir...Sesungguhnya aku kian jauh darimu untuk memberimu semangat seperti selalu..kuatlah adikkku! kuat! dan terus kuat!

Sudah sunnah orang berjuang, cabaran dan dugaan bertandang bertali arus tanpa henti.


"aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku..
sahabat yang baik adalah yang seiring denganku
dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan
kerana aku akan senang.
Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri.
Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka atau duka.
Jika aku dapat, aku akan setia padanya.."
_imam Syafie_

Rabu, 25 Februari 2009

DISINI KURAKAMKAN...TERIMA KASIH SAHABAT DAN TEMAN...(n_n)

Mama Mash sediakan kek??? ya Allah, syukur alhamdulillah...terharu...

Hmm..memang best..thanks Mama Mash...(n_n)
Susah payah housemate kusayang masak banyak-banyak..Luv u all laa..hehe

Peace!!! Moga ukhwah kita dipenuhi dengan berkah dan mawaddah..(n_n)

TERIMA KASIH TEMAN-TEMAN DAN SAHABAT-SAHABAT TERSAYANG...
Sementara menunggu klien yang dijanjikan di fakulti, tiba-tiba termuncul seorang senior kolejku tersengih-sengih memandangku..hihihi...Rupa-ruapnya dia baru keluar kelas dengan ex-roomateku. Rupanya juga dia tidak tahu ex-roomate ku yang manis itu juga ambil master seperti dirinya..hohoho...Kupersilakan duduk tapi mahu lekas katanya..Lantas aku dihulurkan sekeping sampul surat putih, dari 'Double F' katanya. Double F???? Siapa tue??? Termangu-mangu aku..huhuhuhu...
Terpampang pada sampul surat itu "Flying without wings" dan tertera namaku yang telah diubah menjadi nama isteri nabi Ibrahim a.s. Di belakang sampu itu, di bahagian bawah hujung sampul itu tertulis "JANGAN BUKA SEBELUM ANDA YAKIN"..Adehhh..sapa pulak main-main nih? macam kukenal tulisan lawanya..Tapi di mana ya?? hmmmm
Asalnya ingin ku terus menyambung apa yang sedang kutulis tetapi sampul itu lebih kuat kuasa magnetnya..hihihi...Perlahan-lahan kukoyak. Nampak hasil tangan pun dah tahu siapa empunya kerja..hehehehe...takpe, kite tengok dulu..huhuhu
Kad hijau, warna kegemaranku..Siap bertulis khat indah namaku disitu...hmmm..Dah tau siap punya kerja tangan nie..hihihi...Pakatan berdua ya...
SALAM
HARI LAHIR UNTUK ORANG YANG DAH MASUK UMUR 24 TAHUN
SEMOGA :
Murah Rezeki
Berjaya dalam karier
Lebih banyak beribadat
Dapat jodoh yang baik
"MOGA_MOGA PANTAS BERENANG" (KAH..KAH...)
.....ikan di laut, kami di darat.....
Hadiah birthday rupanya. Susah-susah aje budak nakal dua orang nie. Tertera sebelahnya hadiah dari seorang lagi insan 'A' .'A'??? okey...okey..tahu-tahu siapa dia..hahahahaha..Ya Allah..terima kasih kerana menghadiahkan aku tiga sahabat dan dua orang adik yang cukup menggembirakan hatiku di kala ini.
Ikan memang di air, dan kamu sememangnya didarat. Tapi ingat, kamu perlu turun ke air untuk menaikkkan ikan ke darat...hahahahaha...dan ikan perlu naik ke darat untuk mengeyangkan orang di darat...saling perlu memerlukan..hohohoho...ape yang kumerepekkan nie...hihihi
Kukira ini ucapan terakhir dan penutup untuk segala ucapan dan hadiah yang kuterima sempena genapnya umurku 24 tahun.
Perkara yang paling aku menyesal
sekali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari,
umurku berkurang tetapi
amalku tidak bertambah
-Ibnu Mas'ud-
Lalu, ku ambil kesempatan ini untuk merakamkan beribu-ribu ucapan terima kasih tak terhingga buat :
Adinda-adindaku, Aish, Redh,Mash, Fiz, Cik Ummu, Cik Mar, tak lupa juga pada dindaku di talipon ketika malam itu, Cik Jan yang kusayang..(n_n) thank ya belanja dan teman makan d' Sahur 3rd.
Juga istimewa untuk :
Housemateku semua yang bersusah payah memasak untuk makan malam istimewa pada malam berikutnya, terutamanya Mama Mash, Nadia, HUsna, Peace, Zam, Fath, dan Ma. Sorry tak dapat balik umah sebab tidur di kolej. Balik silat lambat..hehehe...
Juga rakan-rakan ku yang jauh dimata dekat di hati , Yati- n epih, Alang's, Solehah, yang masih mengingati tarikhku ini, sahabat-sahabat sejati,, Kak Fida cik Amal, Ust.Haz, Deq Bah comel, Kak Liza...dan adik-adiku di kolej (maaf ya tak tersebut) dan rakan yang baru kukenali, S.H
. Terima kasih atas doa dan ucapan...dan tak terlupa adik mantee ku yang comel, Sufiah...Terima kasih sayang (n_n)
Dan sungguh teristimewa untuk ahli keluargaku, adikku-adikku yang terpantas menghantar mesej untuk KeKaNda7 ini...(dimaafkan untuk Kak zah dan Fatimah kerana melupakn tarikhku ini..hihihihi)
DAN DENGAN PENUH KASIH SAYANG..BUAT MAA YANG BERTARUNG NYAWA MELAIHRKAN AKU KEDUNIA, terima kasih Maa..Kasihmu bagai laut tak berpantai dan penghujung, bagai mentari bersinar terang menyinari pagi..SEgar dan suci kasihmu pada diri ini...berkat kasih dan Cinta Ilahi...
12.16 pm dataran C, Fak Pddkn.

Isnin, 2 Februari 2009

Siapa temanmu...?

Siapa temanmu..?
Cikguku pernah bertanya..Lalu berkata, jika mahu tahu sama ada kamu ini baik atau tidak..
kiralah..
kiralah berapa orang temanmu yang soleh..yang tidak meninggalkan solat, baik akhlak dan dan menutup aurat...lalu aku membilang..Kata cikgu, kalau masih tidak cukup dua puluh orang...masih belum cukup sempurna, kiasnya...termenung aku memikirkan kata-kata guruku itu...
Seorang ulama berkata :

"janganlah
kamu berteman
dengan orang yang tingkahlakunya
tidak mmebangkitkan ibadah, dan ucapannya
yang tidak membangkitkan
kamu
kepada Allah."
Teman ibarat bayang..memantulkan diri kita kepada orang...Untuk melihat kita, selalunya orang akan lihat pada siapa kita berteman.
Maka maksudnya disini, bertemanlah dengan orang-orang yang soleh dan bertakwa. Apabila kita bergaul dengan seseorang yang buruk tingkahlakunya, rosak pula pekertinya, bimbang dikhuatiri kita turut terjerumus ke lembah maksiat kerana mengikuti teman kita itu.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
"Janganlah
kamu berteman
kecuali
dengan orang mukmin,
dan
janganlah kamu makan
kecuali
dengan orang yang
bertakwa."
(HR. Abu Daud)
Susah ya mencari teman yang benar-benar membawa kita ke jalan Allah? Susah juga mencari teman yang benar-benar bernama 'teman' atau 'sahabat'...
bak kata seorang penyair....

Takutlah
kamu berteman
dengan orang jahat,
kerana
kejahatan itu
dapat berjangkit
sebagaimana berjangkitnya penyakit
ke tubuh
orang yang sihat"
Besarnya peranan seorang sahabat atau teman dalam kehidupan. Bukan sekadar tempat meluah rasa berkongsi duka, malah membentuk akhlak menambah ibadat.
Teringat kata-kata kawanku.....
Teman itu
bukan
macam skate board,
Belum main gilap,
Sudah main pijak...
Teman itu
bukan
macam bola sepak,
Belum dapat kejar,
Sudah dapat tendang...
Teman itu
bukan
macam bulu tangkis,
belum main pegang,
Sudah main, pukul...
Teman itu
katanya ibarat ragbi..
belum dapat, rebut..
sudah dapat, lindung..
Teman juga katanya
macam jari..
lukanya sembuh sendiri..
Hilangnya tiada ganti.....
Buat semua temanku..sahabatku..
kawan-kawanku...
yang pernah sudi menghadirkan diri menemani diri ini, mendengari hati ini..dan menyayangi diri ini..Terima kasih atas segala -galanya..kamu mengajar aku tentang sebuah erti kehidupan yang penuh kemanisan iman. Semoga sentiasa ditetapkan iman, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur oleh Ilahi. Terim kasih sekali lagi kerana sudi menjadi sahabat untuk diri ini, menabur bauan yang mewangi...memanjang ukhwah yang penuh mawaddah...
"Ya Allah..
berilah
kejayaan
kepada sahabat-sahabatku
walau di mana jua mereka berada,
dalam pelajaran mereka...
dalam kerjaya mereka..
dan
mudah-mudahan ditemukan jodoh yang soleh dan solehah..amin..."

Jumaat, 26 Disember 2008

'CINTA SEORANG SAHABAT...'

Antara
dua cinta
yang ingin kumiliki,
cinta insan
dan
cinta Ilahi,
pasti yang utama
cinta Ilahi,
kerana cintaNya cinta hakiki...
Antara
dua insan
yang ingin kumiliki
kekasih hati
dan
sahabat sejati,
pasti yang utama
sahabat sejati,
kerana setianya sukar ditemui...