? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
zwani.com myspace graphic comments

Selasa, 24 Februari 2009

Bila Akad hampir menjelang tiba...

Beberapa saat setelah cincin tanda tersarung di jari..Moga akad menjadi saksi...

Tapak cincin dari pihak lelaki untuk bakal isteri....

Sebahagian dari hantaran. Pihak mana ya.Oh, perempuan punya, lupa tema mas ..hihihi

Sempat bergambar mana yang sempat...1/2 je ade...lain-lain tak dapat menghadirkan diri..huhuhu



"JEMPUT DATANG 14Hb 03 2009"

Petang.

Kuterima panggilan daripada Kak Dah (kakakku no.2 ) tentang tempahan khemah sempena kenduri akad Kak Zah (kakakku no 4) yang bakal bergelar pengantin baru tidak lama lagi. Lalu kuhubungi Kak ja (kakak no 3) yang sedang sarat mengandungkan anak sulungnya untuk urusan pembelian barang-barang hiasan hantaran, bunga telur dan sebagainya. Bila dihubungi pengantinnya pula, macam-macam lagi pesan yang perlu kubuat. Bagi membantu kakakku ini, aku berkira-kira untuk pulang seminggu lebih awal ke rumah.

Tak pepasal aku pula menjadi PA rasminya..hihihi...Rumah perlu dikemas, dicat, banyak benda yang perlu dibuat. Adik-adikku mungkin balik lewat. Kasihan nanti Maa ke sana dan ke sini. Betul jugak kata kakakku nanti, masa ini aku tolong dia..nanti masaku tiba dia pula jadik mangsa..hehehehe Alahhh..antara adik beradik. Siapa lagi mahu diharapkan kalau bukan saudara sedarah sedaging sendiri.

Ketawa aku mendengar gelagat ayah. Awal bebenar ayah mengedarkan kad jemputan. Semangat mendapat menantu barangkali. Hihihi Maa pula sibuk bersedia untuk membeli barang itu dan ini. Tak lupa diingatkan juga agar dibelikan untuknya bunga telur berwarna emas...Maa..tunaikan sahaja permintaannya..Gembirakan hati Maa dan Ayah sebelum menjadi isteri yang sah..Pesanan khas untuk Kak Zah...(n_n)

Terasa aku yang paling sibuk. Minggu ini perlu kusiapkan sekurang-kurangnya 4 tape untuk persediaan minggu hadapan sebelum bercuti. ( suka hati je buat cuti sendiri, hihihi)

Aku mula merancang untuk ke Perak terlebih dahulu menemani Kak Ja ku shopping bersama baby di dalam perut. hehehe..(Jangan baby lahir nanti jadi kaki shopping sudah la..huhuhu)

Alhamdulillah, mendapat abang ipar yang jenis tak kisah. Huhuhu...Kalau tak, aku takkan dapat tiket free ulang-alik dari KL ke Perak..hehehehe..
Terima kasih ya Allah atas kasih sayang antara kami yang Kau ciptakan dalam keluarga ini. Kasih sayang antara adik-beradik. Susah yang kami lalui dahulu bagaikan sedikit demi sedikit mula menghakis dalam kehidupan kami. Alhamdulillah, kehidupan kami bertambah senang sekarang..Syukur Alhamdulillah..(n_n)

Ibnu Umar R.A
berkata:

"Siapa yang bertaqwa kepada Tuhan
dan
menghubungi keluarganya,
Maka akan ditambah umurnya,
dan diperbanyakkan harta kekayaan
dan disayangi oleh keluarganya."
(petikan dari Kitab 'Tanbihul
Ghafilin)

0 ulasan: