? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Khamis, 2009 November 19

SAMA-SAMA KASIH....

Hari ini tanpa rakanku Mahiran.....

Perjumpaan Terakhir PRS/Dewan Kuliah Utama/5.30 Petang/Sesi Julai 2009/"Baiki Diri Bantu Rakan"
Saat tika seorang ayah membawa dua orang kakak yang tidak pernah dikenali oleh adiknya. Tidak pernah sesekali mengenalinya...Yang akan mendidik dan mengasuh adiknya...lalu adik itu terpegun dan hairan..

Dikenalkan si ayah dua orang kakak itu yanga kan mendidik dan menjaga adik itu..lalu bermula episod ceritera...yang dididik terdidik, yang dijaga terjaga..yang disayang tersayang...ikatan berlainan darah bagai dicantum menjadi erat...

sampai satu saat, ayah kembali untuk mengambil semula kakak-kakak itu dari adiknya...

kakak-kakanya akan pergi...mungkin jauh..untuk teruskan perjuangan dan kehidupan..meninggalkan adik ayng tersayang...



Sayang kamu jua...Sama-Sama kasih untuk segala-galanya....

Kau buat kuterharu....

"ingin aku singkap kembali, kenangan lama agar bersemi...ingin kuulangi saat manis, agar terus bersemadi...

Ingatlah aku sebagai rakanmu, kenanglah aku dalam doamu..begitu indahnya saat dahulu, engkau sebagai temanku...

Apabila engkau terjaga, satukanlah harapanku denganmu..kerna ianya bakal berpadu..mimpi si penunggu yang setia...

layarkanlah impian doamu..sesungguhnya aku masih mengingatimu..sebagai kawan, rakan adan teman...semoga kita diberkati Allah..Kudoakan kepadaMu ya Allah..agar bahgia di dunia dan akhirat..."

TERIMA KASIH UNTUK HADIAH-HADIAH YANG DAB BERKOTAK-KOTAK ITU...HANYA DOA SEBAGAI BALASAN,MOGA ALLAH SENTIASA MELINDUNGI KALIAN

...AMIN....BARAKALLAHUFIQ

Rabu, 2009 November 18

BUAT PENGUBAT RINDU...

Tertarik aku pada satu puisi....

di dalam buku 'JAWI MEDICINAL HERB' yang dipinjamkan oleh Puan Syafiqah Abdullah (JKE) kepadaku..Alhamdulillah ya Allah untuk nikmat hidup pagi ini...Ar-Rahman, surah pengantin yang mat kusukai membaca dan mendengarnya bergema di pagi hari yang nian indah ini. Mekaish Ma pasang..hehehehe

PERJUANGAN...

Kiranya....

kau bisa memahami apakah erti sebuah perjuangan tentunya kau tidak akan bertanya masa sunyi yang kau rasakan itu masih adakah lagi sisa-sia cinta....

Cuma kita sering terpisah pada waktu yang cepat berlalu kuntum-kuntum bunga tak sempat lagi kukutip untukmu buat pengubat rindu...

Bersabarlah.. kerana kebahagiaan itu berada di sebalik sebuah perjuangan......

8.03 a.m/pejabatUBK/PSA

ROMANTIK HALAL....

Susah dimiliki..payah dijaga...mencari Soleh memimpin dunia...menjadi Solehah menuju Syurga...
Demi Cinta Suciku..Demi Tulus Kasihku...

semalam penat aku menulis laporan pada petangnya, aku melangkah dan berdiri di tepi tingkap....menghirup udara lepas..

Terpandang aku pada sepasang dan sejoli kekasih. Kedua-duanya duduk di atas topi keledar di bawah flat perumahan itu. Sang arjuna itu memgang polistirena berisi makanan.Nasi berlauk nampaknya kerana sang puterinya memegang bungkusan lauknya.

sang arjuna menyusun nasi di ditangan lalu disuap pada sang puterinya yang sedang menanti...MasyaAllah..romantik sungguh..Bahgia nampaknya....Aku tersenyum..

Tapi..

Astaghfirullah al azim...lagaknya bukan macam sepasang suami isteri begitu bukan? Lalu romantik itu hilang kerana tidak halal...Aku tersenyum...terfikir...dan mengeluh...Anak-anak muda zaman sekarang. Ilmu setinggi bintang di langit, tetapi agama diletakkan di bawah tapak kaki barangkali...Akal tak lagi mengawal nafsu, tetapi nafsu mengawal akal dan merajai hati..

Terbayang aku..Pada diriku sendiri. Aku pernah mengimpikan akan makan dari tangan seorang lelaki yakni suamiku sendiri, dan suamiku makan dari tanganku..Ya Allah...Alangkah bahgia jika dapat meniti saat-saat romantis itu...Allahuakbar,andainya itu dapat kulakukan, pastinya Allah akan melimpahkan kasih sayangNYA kepada kami.dan kami bisa jadi pasangan yang romantik. ROMANTIK HALAL

11.20 pm/28/17/09/umahmelewar/atastilamtompang...

ALHAMDULILLAH..SABAR KINI BERBAYAR...

ALHAMDULILLAH..Makasih Ya Allah...Sabar kini berbayar...ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUKBAR!!! ALLHUAKBAR!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!! MERDEKA!!! HEEEHEEHEEE...

Sebelum dibinding...

17 November 2009-Bertolak seawal 9.00 pagi ,menuju KTM seterusnya singgah di KL Central sebelum menukar stesen ke Stesen Universiti. Alahmdulillah..Terasa asing setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Stesen Berijazah ini..hehehehe

Seterusnya beratur seperti muda-muda dulu dan melangkah naik Bus Rapid yang makin mahal nie..huhuhuhu.

Tiba Universiti..tu dia..REXTON..kereta prof..bikin hati kami bergelodak dengan seribu macam rasa..wiwiwiwi..Ya Allah permudahkan urusan kami..pemudahkan ya Allah..Ya Mujib..Ya Mujib...Ya Mujib

Kalimah salam membuatkan prof mula menutup akhbar yang dibelek-beleknya tadi...Maka, bermula satu episode...Akhirnya prof memberi satu amanat..yang bernilai...banyak..insyaAllah...

Dan laporan setebal empat jariku itu, laporan aktiviti setebal tiga jari barangkali mungkin, buku log harian, buku laporan sesi kaunseling kuhantar secara rasminya.


Alhamdulillah..segalanya berjalan seperti yang kudoakan..Makasih Ya Allah...

Leganya hati ini..melangkah bebas ke cafe. Berenti rehat di KPS bersama semangkuk cendol bersama sahabatku Mahiran. Berjumpa dan berborak pula dengan Tamil (classmate ) yang sama-sama praktikal. Nampaknya beliau masih belum menghantar laporan..wiwiwiwi..

Terima kasih untuk semua yang setia menemani aku sepajang perjuangan berliku ini..Semoga Allah sahaja membalas jasa kalian...


1.0 PENGHARGAAN/ SEKAPUR SIRIH
_________________________________________________________
Assalamualaikum W.B.T…

Alhamdulillahi Rabbil Alamin, dipanjatkan setinggi-tingi syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memudahkan hamba yang dhaif ini menyelesaikan latihan praktikum di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari bulan Julai sehingga awal November 2009. Selawat dan salam untuk Rasul pilihan Muhammad S.A.W yang telah memberi contoh serta pengajaran bagi ummat manusia dalam menempuh langkah-langkah pasti melalui jambatan Ilahi.

Alhamdulillah sekali kerana sepanjang tempoh yang panjang itu, Allah telah permudahkan urusan praktikal saya walaupun pelbagai dugaan dan cabaran menimpa.
Jutaan terima kasih kepada warga politeknik yang telah banyak berjasa kepada saya terutama Tuan Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Puan Asmara binti Sulong kerana telah meluluskan permohonan saya untuk menjalani latihan praktikal saya disini.

Tidak dilupakan kepada pensyarah saya, yang juga merupakan Penyelia sepanjang saya praktikal iaitu Professor Dr. Suradi Salim di Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya di atas bimbingan, teguran dan nasihat beliau dalam membentuk saya menjadi seorang kaunselor yang berjaya dan profesional. Sesungguhnya setiap ilmu yang dititiskan kepada saya sepanjang menjadi pelajarnya amat mahal harganya.

Kepada En. Shamsul Bahrain bin Haron K.B;P.A selaku Penyelaras Unit Bimbingan dan Kaunseling, PSA yang juga merupakan Penyelia Lapangan saya di UBK PSA, diucapkan ribuan terima kasih atas jasa beliau yang banyak memberi tunjuk ajar dan bersabar dengan karenah saya sepanjang berpraktikal di sini. Kesabaran dan kasih sayang beliau seperti seorang ayah yang mendidik dan membentuk seorang anak yang berjaya telah beliau jalankan dengan baik membuatkan saya sangat bertuah dapat berada di bawah didikannya sepanjang tempoh ini.

Tidak dilupakan kepada Puan Sakinah Mat Ail iaitu Pegawai Kaunselor sebelum ini yang juga telah banyak membantu saya, Puan Nurulliza Muklas Pegawai Psikologi Dan Kaunseling UBK, Puan Zaiton dan, Puan Azwira bekas Pegawai Kaunseling UBK kerana memberi sokongan dan bantuan.

Ucapan terima kasih juga dihulurkan kepada Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Puan Hajjah Roziah binti Haji Abdul Latif, Penyelaras Bimbingan Dan Kaunseling JKE Puan Rohayu binti SES, Penolong Penasihat En.Khairul Napisham bin Abd. Razak, Puan Syafiqah Abdullah bekas Penolong Penasihat Bimbingan Dan Kaunseling JKE yang telah banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar sepanjang saya ditugaskan di jabatan tersebut. Jasa kalian amat dihargai dan saya memohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan sepanjang memikul tanggungjawab sebagai seorang kaunselor di jabatan tersebut.

Ucapan terima kasih diteruskan kepada Encik Mu’ammar Shakir, Penyelaras Bimbingan Dan Kaunseling Jabatan Penyenggaraan Pesawat, Puan Halimah selaku Penyelaras Bimbingan Dan Kaunseling Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Puan Norhayati selaku Penyelaras Bimbingan Dan Kaunseling Jabatan Kejuruteraan Awam yang sering memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada saya. Terima kasih diucapkan.

Ucapan terima kasih tak terhingga juga ditujukan kepada rakan pelatih, Cik Normahiran Zainal Abidin yang sama-sama membantu saya dan saling bekerjasama untuk setiap program dan tugas-tugas yang diamanahkan. Didoakan agar beliau akan entati mencapai cita-citanya suatu hari nanti.

Tidak lupa kepada sahabat-sahabatku yang sama-sama mengiringi perjuanganku di bidang ilmu ini dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Buat teristimewa, Matahariku yang banyak memberi sokongan dan motivasi untukku, sahabat lamaku Solehah atau Nor Suriati Mamat, adindaku Huzaifah dan Putri Azilah, Adik Fitri Ismail, Siti Nadiah Ariff, Mahafizyatun Mamat, Adik Aish dan Adinda Redha dan sahabat-sahabat di kolej Kediaman Keempat. Semoga ukhwah ini terus dibasahi dengan mawaddah dan rahmat Allah. Begitu juga dengan ahli-ahli PRS yang banyak membantu terutamanya Adik Hasnan, Adik Mina, Adik Adam, dan adik-adik lain yang sudah kuanggap seperti adikku sendiri. Semoga kalian juga entati dalam pelajaran.

Ucapan khas dan teristimewa untuk keluarga yang tercinta iaitu Salmi binti Ahmad (maa) , Mohd bin Husin (ayah) , kakak-kakak, abang dan adik-adik yang memberi sokongan yang tak berbelah bahagi. Terima kasih untuk kasih entat dan pengorbanan kalian. Semoga Allah akan memelihara dan menjaga ikatan yang bertaut dengan satu darah dan satu rahim ini. Kepada Maa dan ayah, semoga syurga milikmu.
Semoga latihan praktikal kali ini diberkati oleh Allah SWT dan laporan ini dapat dijadikan satu sumber ilmu yang diberkati Allah bagi pembacanya dan diri penulis sendiri. Amin. Barakallahufiq.

Siti Sahara Mohd
PEC 050071
Kaunselor Pelatih
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
4 November 2009

Ahad, 2009 Ogos 02

"1 PRS , 1 PSA , 1 MALAYSIA..."

Hemm...Kem Lagi, 24 Julai sehingga 26 Julai...Oh ya lupa nak bercerita tentang Minggu Suaikenal di PSA. Takpe, lain kali..hohohoho..Gambar pun takde nak dikongsi dengan sahabat-sahabat pembaca setiaku. Tapi kali ini kem suaikenal untuk ahli-ahli PRS yang baru masuk sebagai ahli.Sambutan yang agak memberansangkan daripada pelajar-pelajar baru. PRS ( Pembimbing Rakan Siswa...) Itu Logo PRS...

Riang Riang peserta-peserta yang terpilih....
Da dapat barang amanah...jangan makan sudaa...hehehehe
Gemuruh Jiwa......waaa...waaa..wa....
Bersama Puan Sakinah, Pegawai kaunseling PSA..join nyanyi lagu tema kem..
Bersedia...
Cian.... kena buli ngn Abang famy yerk? hehehehe...
Gimana dong? Enggak bisa pikir lagi ya? jangan putus asa!!! Cuba lagiiiiii....
asyik kena buli kat Fasi...Takpe..takpe...sabar eaa..hehehehe
Check Point last..hehehehe..kena dera plak ngan abang Hasnan n Cik Sara..hehehehe..
My Group 'Eagle'..tanpa Akmal...

SEmoga ahli PRS menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain di PSA..majulah PRS untuk UBK, Majulah UBK untuk PSA...hehehehehe...

11.56 am CC pntai permai...nak siapkan report plak..huhuhuhu

Sabtu, 2009 Ogos 01

GAYAT..aku GAYAT...

Bermula 17 hb- 19 hb Julai yang lalu, UBK ( Unit Bimbingan dan kaunseling PSA) telah diamanahkan untuk menguruskan satu program motivasi, KEm Pembangunan sahsiah Diri, untuk pelajar-pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik. nak cerita pajang pun tak sempat, Sop tengok jerk la beberapa keping gambar yang sempat kucurik daripada laptop si hasnan ini..heheheheeh
HAmpir Tiba..selamat datang ke daerah yang takde line tepon...hahahaha....

Ngan Vinoth, orang kuat PRS ( Pembingbing Rakan Siswa..)
Angkat barang cepattttttt.......
Bertolak...cam nak gi perkampungan orang asli plak..naik benda nie..daki bukit tinggi..huhuhu
Kusyuk dengar tazkirah pagi dari Cikgu...
Nyanyi jangan tak nyanyi..Lagu Tema...
Ketua-ketua Senaman Pagi..Tak pasal-pasal ada yang didenda kena buat Ninja Turtle..hahahahaha
Sehening pagi untuk Senaman...sejukk...belakang, kolam air sungai...
Fasilitator yang nakal-nakal...
Group Rijal bersama Cikgu....
Group nisa' ngn Pn Syafiqah...
Adik Famy. Cikgu Shamsul, hafsyam, Ma, Pn. Syafiqah dan Cik Sara...
Di kawal oleh dua bodyguard yang handsome memberi kata-kata peransang untukku melangkah..Terima kasih Cikgu Shamsul dan adik-adikku, Hasnan, Famy, Akmal, Hafsyam untuk motivasi itu.. Menangis jugak nak sampai..hukhukhukhuk..menderita...
Bersama adik-adik yang banyak menyumbang tenaga dan ankal-nakal..hohohoho
Ini kumpulan adik Famy dan Abang-abang..hahahahha...juga 'abang muke ketat'
mengaco kumpulan Vinoth...heheheh.mencapak jerk..hihihi
Dusun inMemory..Dewan Lentang, kem Rimba, Dusun Eco Resort...
Orang-orang kuat KEM..hehehehehe


12.26 pm 1 ogos, cc pntai permai nan indah..(n_n)

Khamis, 2009 Julai 30

Di Sini cintaku berlabuh...PSA...

Dulu... Dulu, Logo Um..asal nak buat assignment..carik logo Um..sekarang, logo baru pulak..tiada lagi warna biru, Kini sudah berganti baru dihatiku..PSA..POliteknik Sultan salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Dah agak lama tak update blog. Sekarang busy, tapi ambil mood kejap. Sementara masa masih ada. Kumasih ingat lagi saat mula-mula melangkah kaki ke PSA ini bersama fail dan surat. Berulangkali juga sebeeum didaftarkan masuk secara rasminya pada 6 Julai 2009. Dan esok akan tamat bulan Julai..Kadang-kadang rasa menderita menunggu masa berlabuh di muara. Selama empat bulan berada di sini perlbagai perkara aku belajar, pengalaman datang silih berganti..Begitu juga dugaan dan Ujian. Alahmdulillah..Aku masih stabil menempuhi segalanya. Cuma kadang-kadang kesihatan ini cepat sangat terganggu. Apatah lagi sudah 3 minggu aku bekerja tanpa henti. Setiap hari cuti ada sahaja kem yang mahu diuruskan. Inilah dunia kaunselor. Itu tidak termasuk lagi sesi-sesi kaunseling yang bagai sudah memenuhi jadual sehingga terpaksa aku hadkan sekadar empat sesi sahaja dalam sehari. Penat memnag penat. Tapi inilah dunia. Bukan syurga, terniat sahaja sudah berada di depan mata.
When we change our thinking, We change our belief...
When we change our beliefs, we change our expectations...
When we change our expectations, we change our attitude...
When we change our attitude, we change our behaviour...
when we change our behavior, we change our performance...
When we change our performance, we change our life
Cikgu Shamsul, pegawai Kaunseling yang amat aku kagumi selalu mengulangi kata-kata ini. Sebagai penyelia ku di sini, sebagai ayah, sebagai ketua..dan segala-galanya...tanpanya, aku mungkin tidak dapat singgah dan berkhidmat di sini...Terima kasih Cikgu..Puan Sakinah..Hasnan ( S/U PRS), adik-adik PRS yang lain juga, FamY, rafiQ, hafsyam...Apa yang penting? KERJASAMA..hehehehehe