? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Isnin, 19 Januari 2009

KAU YANG KUSAYANG...


Ibu...

Insan yang amat kusayangi dan kukagumi...

Kerana dia bersabung nyawa untuk meraikan aku menjadi penduduk Bumi...

Mendidik enam belas hati berduri yang tak mungkin mampu bagi yang lain...

Lalu dialah insan yang kupanggil "MAA.."


Bapa...

Insan kukasihi dan kuhormati...

Suara iqamahnya yang pertama kudengari ditelinga...

Tika aku menjengah ke dunia..

Tegasnya, ku kenal apa itu agama...

Lalu dialah insan yang kupanggil "AYAH..."


Maa...

tanpa segulung ijazah,

Hanya sekadar tamat Darjah Lima di sekolah...

Ayah...

Apatah lagi,

Sekadar darjah tiga menjejak kaki...


Tapi, MAa dan Ayah punya anak-anak seperti kami...

Yang berijazah dari Universiti...

Berjaya mendidik kami ini...


Maa dan Ayah yang kusayang...

Tangismu, sakitnya kerana kami...

Lelahmu, penatnya kerana kami...

LUkamu, durinya kerana kami...


Maa dan Ayah yang kusayang...

Cintamu, bunganya kami...

Bahagiamu, syurganya kami..

sayangmu, kasihnya kami...

dan,

Nyawamu, nadinya kami...


Kerana kamilah anak-anakmu..

Enam belas duri yang tegak berdiri...
"KAMU SAYANG IBU AYAHMU..?"



1.51a.m/28hb122008/30 zulhijjah1403