Hari ini 29 0gos 2012 bersamaan 11 Syawal..sudah terasa bahang-bahangnya sambutan hari kemerdekaan..Namun, apa sangatlah merdeka tentang dunia selagi tidak bebas dari maksiat dan dosa..Alhamdulillah, ummat seluruh dunia juga sebenarnya merdeka apabila mula menyambut hari raya...Akhirnya telah berjaya dan menang dalam menahan diri dari makan dan minum, dosa dan maksiat dan berkejar-kejar mengumpul pahala yang berganda-ganda pada RamAdhan Kareem yang lalu.
Masih terngiang-ngiang takbir raya yang dialunkan saat kaki memijak Masjid Al'Azim pada satu Syawal yang lalu..
"Allahuakbar (3x)..Tiada tuhan melainkan Allah..Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah, Allah Maha Besar dan Maha Agung dan segala puji bagi Allah. Maha suci Allah pada pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada yang kami sembah melainkan Allah, dengan ikhlas kami beragama kepadaNya, walaupun orang-orang kafir membenci, Tidak ada Tuhan melainkan Allah sendiriNya, benar janjiNya, dan Dia menolong hamba-hambaNya, dan Dia mengusir musuh NabiNya dengan sendiriNya, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagiNya segala puji..",
SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM...Semoga Ramadhan yang lalu memberi kita seribu makna dan mudah-mudahan kita masih dipanjangkan umur untuk bertemu Ramdhan yang akan datang. Masih lagi berkesempatan untuk saling maaf-bermaafan sesama saudara yang berdekatan mahupun berjauhan dalam Syawal yang mulia ini. Antara golongan yang tidak mendapat pelepasan dari api neraka adalah mereka yang memutuskan silaturrahim,, minum arak dan berzina dan orang yang bermusuhan sesama muslim.Dengan ini, agar tidak termasuk dalam golongan itu, hamba memohon maaf atas segala kesilapan sepanjang perkenalan ini.Salam Minal 'aidilWal Faa'ezin.Taqabbalallahu minna wa minkum taqabball ya kareem ( Semoga Allah menerima amalanku & amalan kamu).
"SESUATU
YANG PALING JAUH BUKANLAH BINTANG..MENTARI JUGA BUKAN..TAPI IA ADALAH MASA LALU YANG TIDAK AKAN KEMBALI LAGI.KELMARIN YANG LUPUT, MENJADI SECANGKIR KENANGAN..SEMALAM YANG TERLUPUT, MUNGKIN SESALAN. YANG ADA HANYA HARI INI & AKAN DATANG.GUNAKAN HARI INI SEBAIKNYA KERANA ESOK BELUM TENTU MILIK KITA.. DAN SEMALAM TELAH PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA..
SALAM AIDLIFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN" :)
0 ulasan:
Catat Ulasan