? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
zwani.com myspace graphic comments
Memaparkan catatan dengan label LIHATLAH DUNIA... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LIHATLAH DUNIA... Papar semua catatan

Isnin, 15 Jun 2009

MULIAKANLAH DIA...

Pembantu rumah warga Indonesia, Siti Hajar, 33, sebak apabila menceritakan pengalamannya didera semasa diketemukan dengan kakak sulungnya, Nani Suriani (kiri) di Kedutaan Indonesia.Siti Hajar yang berasal dari Jawa Barat, dilaporkan didera selama tiga tahun bekerja dengan majikannya di Mont Kiara, Kuala Lumpur. Beliau melarikan diri dari rumah majikan dan bertindak mendapatkan perlindungan dari Kedutaan Indonesia.

Sedih melihat kes-kes pembantu rumah yang didera. Tidak cukup didera secara fizikal, malah turut didera secara psikologi. Makan dan tidur yang tidak cukup serta menanggung beban dan marah tuan yang tidak berkesudahan dan akhirnya diri sendiri yang terpaksa menerima siksaan. Bahkan dipaksa membuat perkara-perkara di luar batas kemanusiaan dan pegangan keagamaan. Semua itu sudah cukup membuktikan tamadun manusia zaman sekarang yang tidak lagi punya erti kemanusiaan dan kembali menjahilkan diri sendiri.
Islam itu indah dan kerana keindahan Islam itu sendiri, Islam mengajar umatNya memuliakan pembantu rumah. Cukuplah sirah ini sebagai khabaran keindahan Islam yang menuntut umatNya memuliakan tetamu yang banyak membantu dan menyenangkan tuannya dan keluarga.

Pada suatu hari RAsulullah SAW melihat seorang lelaki sedang menunggang kenderaan, sedangkan di belakangnya adalah seorang hambanya yang sedang berjalan kaki. Melihat peristiwa itu, Rasulullah SAW dengan suara yang tinggi bersabda:

“wahai hamba Allah, tunggangkan ia dibelakang kamu.
Sesungguhnya dia saudara kamu,
nyawanya sama dengan nyawa kamu.”

Seorang sahabat bernama Al-Mai’rur bin Suwaid r.a pernah menceritakan bahawa beliau melihat Abu zar r.a memakai satu pakaian dan hambanya juga memakai pakaian yang sama. Beliau bertanya kepada Abu Zar:

“Mengapa demikian”

Jawab Abu Zar :

“ Aku pernah marah kepada khadam (pembantu rumahku) pada masa Nabi SAW. Lalu Rasulullah SAW menegurku dengan katanya :

“Sesungguhnya pada engkau ada sifat jahiliah.
Hamba-hamba kamu sebenarnya adalah saudara-saudara kamu.
Allah Taala meletakkan mereka di bawah kekuasaanmu,
maka
hendaklah ia (tuan rumah) member makan kepadanya (pembantu rumah) makanan yang ia makan
dan
member pakai kepadanya apa yang ia pakai
dan
jangan memberi mereka bebanan
yang
tidak upaya mereka tanggung”.

Seorang sahabat bernama Abu Mas’ud al Badri pernah menceritakan bahawa beliau pernah memukul seorang hamba (pembantu rumah) dengan tongkat.Tiba-tiba beliau terdengar suara datang dari arah belakang menegurnya. Beliau mengabaikan teguran itu. Apabila suara itu semakin mendekatinya, barulah ia sedar suara itu adalah suara Rasulullah SAW yang menegur perbuatannya tadi.

Rasulullah SAW menegurnya:

“Wahai Abu Mas’ud, sesungguhnya Allah Taala lebih berkuasa, daripada engkau terhadap hamba ini. “

Abu Mas’ud terus memerdekakan hambanya itu kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT. Rasulullah SAW. Rasulullah SAW terus bersabda :

“Jika engkau tidak berbuat demikian, nescaya engkau akan diselar dengan api neraka.”

Mlm.11/06/2009 Tmeru ipoh

Jumaat, 3 April 2009

PENGEMIS..SEDEKAH...PEMURAH..PEMALAS...PENGUASA..

PENGEMIS :' (
Setapak berjalan di pasar malam berhampiran pasti ketemu beberapa orang pak cik bersama sebiji bakul merah didalamnya terisi beberapa tisu , kadang-kadang sebuah kota khas, suasana bertambah hening dan syhdu apabila lagu-lagu lama dimainkan warga buta, mengharapkan belas kasihan warga kota kaya yang lalu lalang di depan mata. Telinga sudah mendengarnya, terasa wajib pula membayarnya atas segala yang didendangkan mereka. Hmmm...

Ku perhatikan sekekliling. Ada yang menjeling sebelah mata, tidak langsung memandangnya, malah ada yang mengelak pula. Terbaru kulihat ada pertambahan golongan ini, tapi nampaknya bukan warga Malaysia barngkali. Matanya sepet dan wajahnya merah terbakar. Barangkali rakyat Kemboja yang bergelandangan di negara ini tanpa arah tuju.

SEDEKAH (n_n)
Kata seorang rakanku, beliau berat benar mahu memberi sedekah pada 'mereka-meraka' ini kerana itu langsung tidak membantu mereka malah menambahkan kemalasan mereka untuk mencari rezeki sendiri tanpa mengharapkan belas kasihan orang setiap jam. Tambahan lagi yang cukup sempurna sifatnya, tapi masih mendah tangan mengharap rezeki dari orang.Terfikir sejenak aku. Berkira benar dia.hehehe...tapi kalau cacat yang cacat sebegitu rupa mahu bekerja bagaimana ya??


Kan Rasulullah SAW sudah bersabda:

"Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah(ertinya tangan yang memberi lebik baik daripada tangan yang menerima)"

(HR Ahmad)


PEMURAH : )
Tak salah kurasa menghulurkan seringgit dua, apalah sangat pada nilai not berwarna biru itu, syiling yang bergerincing. Takkan luak kurasa kalau dihulur sesen dua. Jadilah seorang yang pemurah.

PEMALAS???
Tapi kengkadang bila dilihat orang yang sama sahaja, elok sahaja pakaiannya, siap merokok lagi, kudratnya bagi kuat sahaja tampaknya, musykil juga di hati ya.? Miskin benarkah dia...tak mampu benarkah dia sehingga kudrat tangan sahaja mampu diangkatnya di depan warga kota yang lalu lalang di hadapannya??

Nabi SAW bersabda :

SEseorang yang mencari kayu lalu memikulnya di atas belakangnya lebih baik daripada orang yang meminta-minta kepada orang lain sama ada diberi atau tidak"

(HR. Bukhari)

PAda saat itu aku hanya terfikir, di mana ya wang zakat yang dikumpul bertahun-tahun? Bangunan zakat semakin tinggi, tapi yang melarat semakin menjadi-jadi. Pelik benar. Yang kaya semakin kaya, yang miskin bertambah papa.


PENGUASA

Penguasa sekarang kaya, tapi rakyatnya papa. Berkereta mewah ke sana kemari tapi rakyatnya berkematu berjalan tanpa selipar di kaki. Makan makanan yang mahal dan enak-enak, sedangkan rakyatnya miskin mengikat perut akibat makanan yang tak cukup.

Teringat aku pada seorang tokoh Islam yang baru usai kubaca novel tentangnya. Sultan Salahuddin Ayubi itu pemurah orangnya. Kesemua wangnya habis diberikan kepada yang memerlukan. Biarpun dia adalah sultan yang memerintah dari Mesir hingga ke Yaman, namun dia tidak hidup mewah. Ketika meninggal dunia, dia tidak milki apa-apa walaupun sebuah rumah, dan wang simpanannya empat dinar sahaja. Allahuakbar!

LIHATLAH DUNIA...di manakah keadilan dan kesamarataan...???

Khamis, 1 Januari 2009

'CINTAI PALESTIN...'


LIHATLAH DUNIA...!


Sudah sepuluh saat selepas detik 12 malam berlalu. Namun, masih kedengaran dentuman di sana-sini. Asalnya ku tak berganjak dari tempatk dudukku, namun bunyi itu segera menarik kakiku untuk mengintainya...Kelihatan di kananku, bunga api dari Dataran Merdeka, kelihatan bangga mencurahkan cahayanya. Di sebelah kiri, warga perumahan pula menjerit kegembiraan. Biarpun tak sebesar cahaya dari dataran, mereka terutamanya anak-anak bersorak keriangan...




31 Disember 2008...


Nun jauh di sana, kelihatan bunga-bunga api yang meletus dan memuntahkan warna-warna yang bercahaya dan berwarna-warni menerangi angkasa...




31 Disember 2008...


Nun jauh di Palestine sana, kelihatan api yang marak bercahaya garang, lalu meletupkan rumah-rumah dan bangunan-bangunan memuntahkan asap yang pekat..kelam dalam malam...




Antara dua peristiwa..


Yang di sini...


Kedengaran kanak-kanak bersorak keriangan, riuh rendah..meriah..


Bezanya,
Yang disana,
Kedengaran kanak-kanak menangis ketakutan, suara menjerit serak basah, parah...




Yang di sini...


Kejauhannya api-api yang meletus menghiasi langit dan celah-celah bangunan yang tetap gah walaupun berbagai letupan datang mencurah...




Bezanya,
Yang disana, Kejauhannya api-api yang meletus terus meranapkan bangunan yang tadinya megah, jatuh tersembam ke tanah, rumah-rumah runtuh sepi, meninggalkan debu benci




Sebelumnya..30 Disember 2008


Israel terus mengganas, korban meningkat 374 orang
GENTING GAZA 30 Dis. – Jet-jet pejuang Israel terus memperhebatkan serangan di Genting Gaza awal hari ini, masuk hari keempat berturut-turut, mengorbankan 10 lagi penduduk Palestin.


Israel enggan berdamai
GENTING GAZA 30 Dis
. - Israel hari ini menolak sebarang perjanjian damai dengan Hamas dan menegaskan ia bersedia untuk "bertindak selama berminggu- minggu", yang masuk hari keempat berturut-turut serangan udara paling dahsyat Israel ke atas Genting Gaza, sejak sedekad.


Israel terus dikutuk
PARIS 30 Dis.
- Negara-negara Islam semalam mengutuk Israel kerana melancarkan serangan udara ke atas Genting Gaza, ketika diplomat Eropah sedang mengusahakan cadangan untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan krisis di Genting Gaza, yang telah mencetuskan protes anti-Israel di benua ini.
-UTUSAN-
LIHATLAH DUNIA...
Terus sengketa, Islam ditindas sebegitu rupa..
Untukmu Palestin, Teruslah, Kuatlah wahai negara jihad...Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!