? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Sabtu, 28 Mac 2009

YANG LEBIH CANTIK, YANG LEBIH MANIS..DAN YANG LEBIH SULIT...

Tika membelek-belek fail sijilku, terpandang aku pada satu artikel yang telah lama aku simpan
Kulihat tarikhnya 30januari 2005. Agak lama sudah tersimpan di dalam fail ini. Kenapa aku menyimpannya? Kerana di atas sekeping kertas lusuh itu, tertera satu kisah yang cukup bermakna dan dibelakangnya tersisip sedikit panduan dari Imam al-Ghazali agar tidak bersifat sombong dan angkuh. Untuk pencinta ilmu seperti aku yang tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah menengah agama, kukutip ilmu di mana-mana aku jumpa.
Disitu tertulis sebuah cerita tentang Rasulullah yang selalu bermuzakarah bersama umat Islam yang lain, terutamanya empat sahabat karib baginda yakni Abu Bakar r.a, Umar r.a,Usman r.a dan Ali r.a
Suatu hari, Rasulullah bersama Abu Bakar, Umar dan dan Usman berkunjung ke rumah Ali. Di rumah Ali, sayyidatina Fathimah yang juga isteri Ali r.a menghidangkan madu untuk mereka.

Madu itu diletakkan Sayyidatina Fathimah di dalam sebuah mangkuk yang cantik. Ketika dihidangkan, sehelai rambut secara tiba-tiba jatuh ke dalam mangkuk tersebut.

Rasulullah kemudian meminta sahabatnya membuat perbandingan terhadap tiga perkara tersebut, iaitu mangkuk cantik, madu dan sehelai rambut.
Abu BAkar berkata :

"Iman itu lebih cantik dariapda mangkuk yang cantik ini,
orang yang beriman itu lebih manis daripada madu,
dan
mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut"



Umar berkata:

"Kerajaan itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini,
seorang raja itu lebih manis daripada madu,
dan
memerintah dengan adil itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.

Usman berkata :
"iLmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini,
orang yang menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu,
dan
beramal dengan ilmu dimilki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut."


Ali berkata:
"Tamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini,
menjamu tamu ini adalah lebih manis daripada madu,
dan
membuat tamu senang sampai pulang ke rumahnya lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."


Fathimah berkata:


"Seorang wanita itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis daripada madu,
dan
mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang kecuali muhrimnya lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."

Rasulullah kemudian berkata:

"Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini,
beramal dengan penuh amal yang baik adalah lebih manis daripada madu, dan
berbuat amal dengann ikhlas adlah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."



Malaikat Jibril a.s pula berkata:'

"Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik,
menyerah diri, harta dan waktu untuk usaha agama itu lebih manis daripada madu,
dan
mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."

Allah SWT kemudiannya berfirman:
"Syurga-Ku itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu,
nikmat syurga-Ku itu lebih manis daripada madu,
dan
jalan menuju syurga-ku itu adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."

BAHGIANYA BERKASIH DENGANMU....

Bahgianya
berkasih denganMu Allah.....

Dihadiahi
ujian yang amat berat

sebagai tanda
kasihMu padaku

Begitu rupanya
berkasih denganMu...

Tidak
dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah

Tetapi

dilindungi
dengan ujian yang tak berkesudahan

Kupanjatkan
kesyukuran kerana itu tanda sayangMu padaku,

sebagai
hambaMu....

kerana kutahu
hanya Kau yang tahu

apa yang
terbaik untukku...


Sesungguhnya
hidup ini indah...

Walau bersulam
lara dan gundah

Kan ku angkat
kakiku untuk terus melangkah

Andai
kutersadung atau rebah..

Tak beerti aku
mengalah

Dalam retak
menanti belah

Biar langkahku
terpaksa dipapah

Biar segunung
cabaran yang melimpah

Aku takkan
gentar dan mengalah!!!


Takkkan kutunduk pada perumpamaan, tepuk dada tanyalah selera..

Kan gubah menjadi panduan..tepuk dada tanyalah iman..


semalam diuji kebengangan...25/03/09

Jumaat, 27 Mac 2009

SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH HARAPANKU...

Bersama kaunselor LPPKN, KL...interview untuk Program Perkhidmatan Kaunseling

Semalam masih terasa keletihan berjalan ke rumah seorang sahabat. Hari ini kelam kabut aku memprintkan laporan tempat praktikal yang masih belum disettlekan. Juga sekeping kertas result seorang kawan. Gangguan teknikal di UMSISWEB pula menjadi masalah kelambatannya. Lantaran 'benda alah' ini, aku terpaksa hadkan aktivitiku menjadi fasi seperti sebelumnya.
Aik?? ke mana tudung labuhku berwarna biru? (baru teringin memakai jubah lusuh biruku itu) Hitam kegemaranku pun tiada??? Ke mana menghilang? huhuhu Takkan tertinggal kat rumah kut..hohoho..Rasanya dah packing siap-siap sebelum bertolak ke kota cinta manusia ini. Hm....
Sesampai di fakulti, bergegas ke bilik Dr untuk urusan tempat praktikal. Dr busy pula..Owh...Menuju pula ke bilik Prof di menara pendidikan. Kata assistannya "kalau Prof tak balik-balik maknanya tiadalah dia dua tiga hari ini" hohoho..Hmm, susah benar untuk berjumpa Prof ini, mengalahkan menteri sahaja. Pergi menyelia barangkali.huhuhu
Sementara menunggu Zuhur, mencari sesuap rezeki di tempat biasa kafe kegemaranku sebelum melangkah panjang ke office untuk mengambil slip exam.
Setelah perut kenyang, melangkah laju ke surau KPS lalu sesudahnya kembali ke office. Siap urusan di sana..TIba-tiba...
Ha??!!! dimana plastik yang kuletakakn kertas A4 beserta slip-slip keputusanku dan juga borang penting praktikalku??
huuuu..haru biru...Tapi dalam hati aku yakin 'dia' masih ada di mana-mana ku singgah tadi. Kuat benar hati mengatakan bahawa 'dia' kutinggalkan di atas meja makan. ya Allah..hanya padamu kuharap perlindungan..(n_n)
Bertanya pada kakak di kaunter tapi jawapannya... hampa. bergegas ke surau pula..juga hampa..kembali ke kafe lagi..tunggu..dan tunggu...kutanyakan pada seorang pelayan di situ..Alhamdulillah...Allah selamatkan 'dia'!!! Mujurlah rakan abang tadi menyimpannya di dalam almari pinggan.
Alhamdulillah, kubelek semula..

Terpampang nama Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah..
HARAPANKU..kutarik nafas lega...Senyum.Awal lagi Kau sudah uji aku ya Allah. Belum lagi melangkah ke sana nanti..SEBELUM DIUJI, KUMOHON DIKUATKAN HATI INI...amin..
5.25pm 25/03/2009 depan library kebanggaan

Rabu, 25 Mac 2009

5 BEFORE 5...

"ADA DUA JENIS KENIKMATAN YANG SEBAHAGIAN MANUSIA TERTUTUP
DARIPADANYA (YAKNI TIDAK MENGETAHUI ATAU KURANG MEMPERHATIKANNYA). IAITU KEADAAN
SIHAT DAN WAKTU TERLUANG"
sabda Nabi (HR Baihaqi)

Sepetang dihadapan perpustakan kebanggaan UM, hujan pula turun lebatnya. Sesekali terasa sejuk ke tulang sum-sum. Teringat tentang seorang sahabat baikku. Kuat benar dugaan yang diberi Allah sejak akhir-akhir ini untuk dirinya...Dari satu penyakit kepada satu penyakit. Aku sendiri gerun melihat penyakit barunya ini. Walaupun ajal maut itu di tangan Allah..kerap benar petanda-petanda sebelum ini bahawa sesiapa yang menghadapi sakit ini dan bila 'bersatu sakitnya' maka ajalnya bakal tiba. Ujian itu terasa berat. Aku yang memandang pun kasihan, apatah lagi yang mengalaminya. Berat lagi mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Dia sahabat baikku di sekolah. Setibanya aku di rumah itu, aku terharu, masih ada bingkisan-bingkisan lukisan dan sajak yang kuciptakan dan kulukiskan untuknya disimpan baik olehnya, malah dijadikan hiasan dinding beradunya pula... dan itu satu penghargaan dari seorang sahabat untukku. Terima kasih sahabatku..sayang sama kamu. (n_n)

Hasrat awalnya untuk menghantar barangan yang diamanahkan untuknya bertukar menjadi lawatan pula. Malah menemaninya ke hospital sana. Dugaan untuknya. Peringatan untukku jua...

Dulu wajahnya berseri, kini kesuraman sekali..Antibodi semakin lemah. Badannya sensitif bagai bayi. ya Allah..selamatkan sahabatku dari maut itu..panjangkan umurnya, sembuhkan sakitnya..deritanya...

Sesungguhnya kutahu sakit dan sihat itu adalah anugerahMu..Sakit itu adalah ujian dariMu untuknya...Hadiah dariMu Allah sebagai penebus dosa lalu sekaligus peringatan untuk dia dan diriku di sampingnya..Satu peringatan agar tidak mengulangi dosa lalu..dan bertaubat padaMu..kembali kepadaMu..ya Allah...kerana umur ini milikMu...

SAbda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Rebutlah lima perkara
sebelum datangnya lima perkara
iaitu selagi engkau sihat sebelum datang masa sakitmu,
selagi engkau kaya sebelum datang masa miskinmu,
selagi engkau menganggur (banyak masa)
sebelum datang masa sibukmu,
dan selagi engkau masih hidup sebelum datang masa kematianmu"
(HR Baihaqi)

Terlepas stesen, kuturun di Hill Park, beberapa langkahke depan, ada berpuluh-puluh nisan-nisan putih terpacak..hari ini aku dapat menjengah dan melihat lebih dekat tanah perkuburan Pantai Dalam..Lantaran ini yang Allah mahu aku lihat selepas terlepas hentian. Berhenti aku di hadapn tanah perkuburan ini. Kelihatan masih basah dedaun yang merimbun di atas tanah berjasad kaku di dalamnya. Kusisipkan doa..mudah-mudahan mereka ditempatkan di tempat orang-orang beriman. insyaAllah, aku akan mengikut jejak meraka juga suatu hari nanti..MATI TERSA DEKAT SEKALI..Allah ya Rabbi...




...2.42 am, atas meja studyku...masa rehat sbelum masa sibuk...

Ahad, 22 Mac 2009

AKhirnya KAu Miliknya..Bersatulah 2 hati..

Alahai pengantin..jauh pulakk...hehehe..malu sangat..huhuhuhu
SEsaat sebelum akad...senyum ajer penganti pompuannyer..hihihi

Si kecil plak semangat..pengantin debar sakan dahh....
ha..nk start da..hehehehhe
rumah tak siap..majlis tetap jadik majlis.. Pagi bersama bakal pengatin, sebelum akad tengahari..
Awal pagi dah start menggulai dalam kawah ...
Ayah..sibuk wehhhh...takut tak cukup santan..huhu
sape jadik model periuk nie???? kuikuikui
Adik2 sibuk pasang langsir sebelum hari akad...
Pelamin malam...
Mari mengenal menantu..huhuhu, senyum aje suaminye ye...
candid lagi..sian pengantin..kikiki
Pengantin lapar..hehehe
Menyibuk kejap...ni je masenyer, sebelum pengantin tiba..hahaha
SEhari sebelum, sibuk memask wajik...mekasih makcik2..hoho
ANtara Tetamu ayah...
Setakat ini sahaja..jenuh upload..upload lak gambar2 yang tak lawa..hahahaha
14Hb 03 2009, kak Zah sah menjadi milik Abg Am...alhamdulillah...(n_n)

KASIHMU tak TERBANDING....

Hilang arah aku...terasaberat benar dugaan ini..berat sekali untukku tanggung di dalam hati...


ku bertemu lagi sebelum subuh denganMu kekasih
mencium bauan harum hening pagi
lantas hajat kuhamparkan setelah lantai bersatu di dahi
ku bertemu denganMu sebelum subuh menyanyi
mencium haruman kasih sayangMu Ilahi
hanya padaMu aku bergantung harap
maafkanku jua kerana lambat mengadapmu kasih
kumerintih susah sendirian
sedangkan Kau ditepi masih meneman panjang
maafkan aku kekasih...
terasa tenang dan damai bersamaMu
mengadu denganMu
berikan aku pelangi untuk hujan lebat ini..
Kutahu sinar untukku esok ada
jika aku tetap sabar menantikannya....
Jumaat/12.39pmfacpddat.c