? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Khamis, 1 Januari 2009

'CINTAI PALESTIN...'


LIHATLAH DUNIA...!


Sudah sepuluh saat selepas detik 12 malam berlalu. Namun, masih kedengaran dentuman di sana-sini. Asalnya ku tak berganjak dari tempatk dudukku, namun bunyi itu segera menarik kakiku untuk mengintainya...Kelihatan di kananku, bunga api dari Dataran Merdeka, kelihatan bangga mencurahkan cahayanya. Di sebelah kiri, warga perumahan pula menjerit kegembiraan. Biarpun tak sebesar cahaya dari dataran, mereka terutamanya anak-anak bersorak keriangan...




31 Disember 2008...


Nun jauh di sana, kelihatan bunga-bunga api yang meletus dan memuntahkan warna-warna yang bercahaya dan berwarna-warni menerangi angkasa...




31 Disember 2008...


Nun jauh di Palestine sana, kelihatan api yang marak bercahaya garang, lalu meletupkan rumah-rumah dan bangunan-bangunan memuntahkan asap yang pekat..kelam dalam malam...




Antara dua peristiwa..


Yang di sini...


Kedengaran kanak-kanak bersorak keriangan, riuh rendah..meriah..


Bezanya,
Yang disana,
Kedengaran kanak-kanak menangis ketakutan, suara menjerit serak basah, parah...




Yang di sini...


Kejauhannya api-api yang meletus menghiasi langit dan celah-celah bangunan yang tetap gah walaupun berbagai letupan datang mencurah...




Bezanya,
Yang disana, Kejauhannya api-api yang meletus terus meranapkan bangunan yang tadinya megah, jatuh tersembam ke tanah, rumah-rumah runtuh sepi, meninggalkan debu benci




Sebelumnya..30 Disember 2008


Israel terus mengganas, korban meningkat 374 orang
GENTING GAZA 30 Dis. – Jet-jet pejuang Israel terus memperhebatkan serangan di Genting Gaza awal hari ini, masuk hari keempat berturut-turut, mengorbankan 10 lagi penduduk Palestin.


Israel enggan berdamai
GENTING GAZA 30 Dis
. - Israel hari ini menolak sebarang perjanjian damai dengan Hamas dan menegaskan ia bersedia untuk "bertindak selama berminggu- minggu", yang masuk hari keempat berturut-turut serangan udara paling dahsyat Israel ke atas Genting Gaza, sejak sedekad.


Israel terus dikutuk
PARIS 30 Dis.
- Negara-negara Islam semalam mengutuk Israel kerana melancarkan serangan udara ke atas Genting Gaza, ketika diplomat Eropah sedang mengusahakan cadangan untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan krisis di Genting Gaza, yang telah mencetuskan protes anti-Israel di benua ini.
-UTUSAN-
LIHATLAH DUNIA...
Terus sengketa, Islam ditindas sebegitu rupa..
Untukmu Palestin, Teruslah, Kuatlah wahai negara jihad...Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

video

Rabu, 31 Disember 2008

CINTAI WANITA 'Kaulah RAcun, Kaulah Penawar'



"WANITA

YANG BIJAKSANA

MAMPU MENGUBAH

SAHARA

YANG GERSANG MENJADI

TAMAN YANG SEGAR MENGHIJAU"(Syeikh 'Aidh Al-Qarni)

WANITA...kaulah madu, kaulah penawar...Teringat aku pada satu artikel yang pernah ku baca dan masih kusimpan sehingga sekarang...Buat peringatan untukku mendatang...

"MELURUSKAN RUSUK YANG BENGKOK"

JANGANKAN lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.

Apalagi yang tiada di syurga, namun Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.

Dijadikan mereka dari tulang rusuk lelaki yang bengkok untuk diluruskan lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, tidak mungkin dia mampu untuk luruskan mereka.

Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskan wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan daripada-Nya.

Jangan jinakkan mereka mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangankan hiburkan dengan kecantikan, nanti mereka akan semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.

Kenalkan mereka kepada Allah yang kekal, di situ suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkanlah dengan ilmu.

Hati serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman.

Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah, kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah hati mereka walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden atau Perdana Menteri ataupun women gladiator sekalipun.

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan, keran rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja negarawan, karyawan, jutan dan wan-wan yang lain.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur apalagi menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak diluruskan bahkan mereka pula yang membengkokkannya.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan berbanding perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak mengenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri apalagi mengenal lelaki.

Kini bukan lagi ramai bos telah kehilangan sekretari, bahkan anak pun kehilangan ibu, suami akan kehilangan isteri dan bapa kehilangan puteri.

Apabila wanita derhaka, dunia lelaki akan menjadi huru-hara. Apabila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa.

Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan daripada mereka, tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita. InsyaAllah.

"Jangan mengharapkan isteri seperti Saiyidatina Fatimah r.a selagi peribadi belum seperti Sayidina Ali r.a"

~MOhd. Fauzi Ramin, Melaka~

Selasa, 30 Disember 2008

'CINTAI QURAN...'



'BERMULANYA SEBUAH CINTA….'

Tunduk aku.
“Mengaji lagi! Mengaji lagi! Mengaji sokmo!”
Getusku dalam hati..Geram..

“Kalau tak nak mengaji nak buat ape!? Nak biar quran tu sumpah dulu baru nak mengaji?!”
Marah benar Maa.
Telan air liur aku.Saat aku berdegil dan memprotes kerana malas mengaji quran tika kecil2 dulu…Bukan aku ini bengap dalam mengingati setiap huruf, setiap suku dan ayat..Tidak..Cepat benar 'tangkap. Biarpun tika maa dan ayah menghantarku mengaji umurku sudah awal tahun 1.

Mungkin aku tidak bersekolah pra seperti kawan yang lain, pergi sekolah agama rakyat pun sekerat, lantaran kerja rumah yg perlu kubuat, biarpun tak padan dengan tulang kecilku yang sekerat..tapi nak buat macamana, hidup kami tika itu tidak sederhana, apatah lagi kaya…Tapi surah-surah kecil telah lama kuhafaz…Okey la tue..Huhuhu...

Cuma tempat mengaji itu, aku selalu benar dibuli kawan dan dianaktirikan, perginya awal, bacanya tak henti, tapi sampai tengahari, kengkadang sampai azan baru aku dan kakak-kakakku diajari. Hati mana mahu tahan setiap hari dan malam andai begitu yang dilayani? Protes hati seorang budak. Kakakku yang kupanggil Kak Dah sabar je memanjang.Baik betul dia.. Abang jugak senang hati, ‘ponteng’ ada saja niatnya dalam hati.Nakal betul…hahaha.Ponteng plak ke mana? Tuu ha, umah Mak Yah, selang sebelah umah tok guru yang mengajar ngaji..Pi tengok TV..huhuhu..Ada ke patut? Mana aci kan? Kan?

Sebelum pergi mengaji, ayah selalu berpesan, pegang Quran baik-baik, kalau mahu kelek biar betul-betul di atas pusat dan pinggang, jangan dipegang dan dihayun mengikut gerak tangan berlenggang-lenggang..Kalau tak mahu dikelek, peluk saja ke dada atau junjung sahaja di atas kepala . Kalau mahu disimpan, simpan di tempat tinggi, biar lepas paras pinggangku ini, jangan sekali-kali diletakkan merata-riti, apatah lagi di lantai kaki. Kenapa ayah? Kerana Quran itu tinggi martabatnya. Kerana itu sehingga sekarang, tidak senang jika kulihat ada orang yang meletakkan quran sesuka hati, di lantai apatah lagi.

Itu pesan ayah tika kukecil dulu. Benar, Quran itu kitab mulia, sebagai rahmat bagi alam semesta dan juga petunjuk bagi seluruh umat manusia.



Firman Allah SWT yang maksudnya :

“Inilah kitab
yang Kami turunkan kepada engkau supaya engkau mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya yang terang, dengan izin Tuhan mereka menunjukkan kepada jalan Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Terpuji” (Ibrahim : 1)

Andai aku malas, entah Quran itu bisa kujadikan teman atau tidak sekarang..? Alhamdulillah…

Isnin, 29 Disember 2008

CINTA -PSIKOLOGI


Cinta

adalah pengalaman psikologikal

yang unggul

dalam kehidupan personal dan sosial manusia



Cinta Pandang Pertama

Cinta ini terdorong hasil daripada kesan impresi pandangan pertama yang membangkitkan rasa seronok yang tidak terhingga kepada pemiliknya.
Kesan pandang pertama akan
menggoda hati, fikiran terbayang-bayang
imej kesan pandang pertama pada individu yang menjadi sasaran cinta.
Cinta pandang pertama hasil daripada kesan visual spontan ini berlaku dalam keadaan yang tidak disangka.
Cinta pandang pertama akan disusuli dengan tindakan untuk menjalinkan perhubungan.
Cinta sebegini kemungkinan terbiar tanpa reaksi dari individu yang menjadi sasaran cintanya walaupun pelbagai usaha dilakukan.
~cinta pandang pertama..orang kata ape, dari mate turun ke hati? makan tak lena, tidur tak basah..hehehe..mandi tak kenyang? hahaha..selalunya berlaku bagi orang yang first time jatuh cinta kata orang...~

Cinta Suci Murni

Cinta suci lagi murni lahir daripada rasa tulus lagi ikhlas. Cinta suci tidak dapat dibina dalam jangka masa yang pendek.
Selalunya cinta suci atau cinta murni berlaku apabila ikatan perhubungan berkekalan dalam satu jangka masa yang lama.
Banyak
pengorbanan
yang perlu dilakukan untuk menikmati cinta suci ini.
Keinginan untuk terus bersama dengan pasangan adalah milik diri yang unggul kepada pemiliknya.
Melalui cinta suci lagi murni kedua-dua pasangan berusaha untuk terus bersama tanpa rasa untuk memilih, mencari orang lain sebagai pengganti.
~ni plak cinta yang serius gitu laa...sanggup sehidup semati? lautan api sanggup kurenangi? huhuhu...selalunya cinta ini ke jinjang pelamin..insyaAllah~


Cinta Permainan

Cinta hanya menjadi alat untuk melihat kebolehan diri memikat dan menakluk individu lain.
Rasa cinta yang ditunjukkan begitu hebat dan bersemarak.
Cinta ini hanya dirasai oleh satu pihak sahaja.
Cinta menjadi suatu bentuk
permainan yang harus dimenangi bagi pemiliknya.
Ia akan cuba sedaya upaya untuk tidak tewas dalam permainan cintanya dan berusaha untuk turus menawan minda, emosi dan tingkah laku pasangan.
Kemenangan menawan cinta pasangan merupakan ganjaran psikologikal yang amat dibanggakan.
Cinta dijadikan sebagai alat untuk mengukur kehebatan dan kebolehan diri.
Bila permainan cinta ini berjaya dilakukan, individu yang ditawan sepenuhnya akan dibiarkan sendirian.
Mangsa menjadi kecewa dan tertanya-tanya mengapa ia ditinggalkan.
~nama pun dah mainan..untuk main-main jer laa..huhuhu...sian laa sape jadik mangsa...huhuhu~


Cinta Bodoh

Cinta jenis ini banyak mengikut runtuhan. Pemilihan pasangan tidak atau kurang menggunakan kebijaksanaan akal fikiran dan kewarasan minda.
Cinta sebegini
menyerahkan segala yang ada pada diri sama ada dalam bentuk material dan/atau psikologikal semata-mata untuk mendapatkan perhatian, pengiktirafan dan sentiasa ingin terus bersama dengan pasangan.

Harga diri, maruah diri tergadai melalui cinta bodoh.

Pasangan tidak menunjukkan keintiman perhubungan yang ikhlas, tulus, lagi suci murni.
~haaa, ni cinta-cinta yang bertebaran kat taman-taman , kengkadang ditangkat khalwat, kerana nafsu..bila maruah tergadai baru bercucuran airmata...sedihnya, si kecil tak berdosa dibuang dan mati di mana-mana...di mana perikemanusiaan...?~


Cinta Monyet

Cinta monyet lebih mementingkan keseronokan.
Cinta jenis ini bersifat percubaan.
Cinta monyet disangka sebagai suatu bentuk tingkah laku yang melambangkan ciri-ciri kedewasaan, kematangan di kalangan remaja.
Ganjaran psikologikal yang diterima bila rakan-rakan sebaya mengiktiraf jalinan perhubungan cinta yang dibuat.
~Cinta monyet, selalu budak-budak sekolah punyer cinta nie..hihihi..bercinta kejap jek..suka sangat kalau ade pakwe..boleh tunjuk kat kengkawan..huhuhu~


"Lalu, cintamu, yang mana agaknya adikku? "