? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Isnin, 15 Jun 2009

TERIMA KASIH UNTUK PENGORBANAN INI...

06/06/09/T.Meru.Perak

Dalam aku terkalut-kalut dan sesak memikirkan bagaimana harus aku mendapatkan dana untuk aku yang kesempitan menyambung perjuangan , kuluahkan kebimbangan dan keresahan pada seorang teman. Terfikir aku untuk membuat pinjaman kurang dari dua ribu, lalu padanya kutanyakan bagaimana halnya. Aku tahu, tiada siapa lagi dapat membantuku, Sekadar wang kiriman ayah hanya mampu untuk melunasi sewa rumah lamaku. Nak kuharapkan pada kakakku tidak mungkin lagi kerana dia baru membina keluarga, dan kuhanya sandarkan harapan pada seorang lagi kakakku untuk mengurangkan bebanku. Itupun aku tidak boleh meminta-minta kerana dia juga baru sahaja melahirkan anak kecil dan suaminya pula baru sahaja tamat kontark kerjanya dan masih mencari kerja. Ku tak mahu menyusahkan orang sudah dalam kesusahan. Lantaran itu aku harapkan pinjaman. Dulu terfikir aku untuk meminta pinjaman dan bantuan dari yayasan tetapi mendengar karenah dan bantuan yang terlampau lambat, aku lupakan hasrat tersebut.


Sekarang aku terfikir pula untuk membuat pinjaman, tapi…slip gaji pula masalah keperluannya.Aku bukannya sudah bekerja. Aku hampir putus asa. Kasihan sahabatku menanggung sama resah didadaku. Lalu..dia dengan hati yang ikhlas telah menawarkan bantuannya untukku. Aku malu untuk menerimanya dan sangat terharu. Mulianya hatinya itu kerana sudi membantuku dan mengambil risiko mengurangkan bebanku. Sesungguhnya, jasanya itu kalau kuterima hanya Allah sebagai saksi kemuliaan hatinya dan aku akan membalasnya saat aku mulai tamat praktikal dan mulai bekerja nanti. Ya Allah, betapa besarnya hadiah yang KAU berikan padaku, seorang sahabat yang sanggup bersusah senang denganku. Makasih ya Allah. Kuminta dia menyediakan surat perjanjian agar seandainya berlaku apa-apa di luar perjanjian kami, sahabatku masih boleh menuntut dari warisku dan aku pula boleh memberi kepada warisnya. Ku bimbang kerana umur bukanlah dalam hitunganku. Aku mohon diturunkan sekali tandatangannya dan aku untuk menunjukkan aku akan berusaha membalas semula jasanya apabila tiba masanya nanti. Tetapi sahabatku pula tidak mahu menyusahkanku pula. Tapi, keikhlasan memenangi hatinya dengan hanya menghalalkan segalanya seandainya maut menjemputnya ataupun aku terlebih dahulu.. Asalkan ilmu yang kudapat dapatku bimbing mereka yang susah hati di luar sana. Terasa aku menerima satu lagi amanah dan pesan yang sungguh berat untukku gapaikan. Terima kasih ya Allah mengurniakan aku seorang sahabat sejati.



Teringat aku pada pesanan Al-Qamah dalam mencari seorang teman…..


Al-Qamah pernah member wasiat kepada puteranya dan ia berkata :



“hai anakku, jikalau engkau merasa perlu bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini, iaitu :


jikalau engkau melayaninya, ia akan melindungimu,


jikalau engkau bersahabat dengannya dia merupakan hiasan bagi dirimu,


dan,
jikalau kau dalam kekurangan nafkah, ia akan mencukupi keperluanmu.


Pilihlah sahabat yang jikalau kau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia beri,


Jikalau kau diam ia menyapamu dulu dan kesedihan yang menimpa dirimu ia membantu dan mengiburkanmu..”.


Terima kasih sahabatku, aku terima pengorbananmu dan keikhlasan hatimu mengurangkan beban yang kutanggung saat ini.


“Ya Allah,

kau limpahkanlah rezeki sahabatku dan Kau berikanlah kepadanya segala yang Kau berikan kepada hamba-hambaMu yang soleh..amin…”
08/06/09.T.meru Ipoh

0 ulasan: