Terima kasih Tuhan
Kerana mendatangkan cahaya
Ketika aku teraba dalam gulita
Terima kasih Tuhan
Kerana mengejutkan segera
Ketika aku terlena dalam alpa
Terima kasih Tuhan
Kerana menunjukkan hala
Ketika aku tersesat dalam kembara
Terima kasih Tuhan
Kerana menyedarkan hamba
Ketika aku terleka dalam suka
Terima kasih Tuhan
Kerana mengingatkan semula
Ketika aku terbabas lupa
Terima kasih Tuhan
Terima kasih Tuhan
Jika tidaklah kerana ehsan rahmatMU
Hanyut aku lalu karam di lautan nafsu.
OLEH: Ehsan Jamilly, Parit Keroma, muar
11/06/09
360 SEDEKAH SEHARI
-
Tubuh manusia diciptakan dengan 360 sendi, sebagaimana dalam hadis Aisyah.
Setiap sendi merupakan nikmat Allah yang wajar disyukuri. Cara mensyukuri
nikmat...
Seminggu yang lalu

















0 ulasan:
Catat Ulasan