? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Isnin, 15 Jun 2009

MULIAKANLAH DIA...

Pembantu rumah warga Indonesia, Siti Hajar, 33, sebak apabila menceritakan pengalamannya didera semasa diketemukan dengan kakak sulungnya, Nani Suriani (kiri) di Kedutaan Indonesia.Siti Hajar yang berasal dari Jawa Barat, dilaporkan didera selama tiga tahun bekerja dengan majikannya di Mont Kiara, Kuala Lumpur. Beliau melarikan diri dari rumah majikan dan bertindak mendapatkan perlindungan dari Kedutaan Indonesia.

Sedih melihat kes-kes pembantu rumah yang didera. Tidak cukup didera secara fizikal, malah turut didera secara psikologi. Makan dan tidur yang tidak cukup serta menanggung beban dan marah tuan yang tidak berkesudahan dan akhirnya diri sendiri yang terpaksa menerima siksaan. Bahkan dipaksa membuat perkara-perkara di luar batas kemanusiaan dan pegangan keagamaan. Semua itu sudah cukup membuktikan tamadun manusia zaman sekarang yang tidak lagi punya erti kemanusiaan dan kembali menjahilkan diri sendiri.
Islam itu indah dan kerana keindahan Islam itu sendiri, Islam mengajar umatNya memuliakan pembantu rumah. Cukuplah sirah ini sebagai khabaran keindahan Islam yang menuntut umatNya memuliakan tetamu yang banyak membantu dan menyenangkan tuannya dan keluarga.

Pada suatu hari RAsulullah SAW melihat seorang lelaki sedang menunggang kenderaan, sedangkan di belakangnya adalah seorang hambanya yang sedang berjalan kaki. Melihat peristiwa itu, Rasulullah SAW dengan suara yang tinggi bersabda:

“wahai hamba Allah, tunggangkan ia dibelakang kamu.
Sesungguhnya dia saudara kamu,
nyawanya sama dengan nyawa kamu.”

Seorang sahabat bernama Al-Mai’rur bin Suwaid r.a pernah menceritakan bahawa beliau melihat Abu zar r.a memakai satu pakaian dan hambanya juga memakai pakaian yang sama. Beliau bertanya kepada Abu Zar:

“Mengapa demikian”

Jawab Abu Zar :

“ Aku pernah marah kepada khadam (pembantu rumahku) pada masa Nabi SAW. Lalu Rasulullah SAW menegurku dengan katanya :

“Sesungguhnya pada engkau ada sifat jahiliah.
Hamba-hamba kamu sebenarnya adalah saudara-saudara kamu.
Allah Taala meletakkan mereka di bawah kekuasaanmu,
maka
hendaklah ia (tuan rumah) member makan kepadanya (pembantu rumah) makanan yang ia makan
dan
member pakai kepadanya apa yang ia pakai
dan
jangan memberi mereka bebanan
yang
tidak upaya mereka tanggung”.

Seorang sahabat bernama Abu Mas’ud al Badri pernah menceritakan bahawa beliau pernah memukul seorang hamba (pembantu rumah) dengan tongkat.Tiba-tiba beliau terdengar suara datang dari arah belakang menegurnya. Beliau mengabaikan teguran itu. Apabila suara itu semakin mendekatinya, barulah ia sedar suara itu adalah suara Rasulullah SAW yang menegur perbuatannya tadi.

Rasulullah SAW menegurnya:

“Wahai Abu Mas’ud, sesungguhnya Allah Taala lebih berkuasa, daripada engkau terhadap hamba ini. “

Abu Mas’ud terus memerdekakan hambanya itu kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT. Rasulullah SAW. Rasulullah SAW terus bersabda :

“Jika engkau tidak berbuat demikian, nescaya engkau akan diselar dengan api neraka.”

Mlm.11/06/2009 Tmeru ipoh

0 ulasan: