ANTARA DUA PUTERA..
Pada firasat ayah, abang Junaid, anak kesayangannya itu dilanggar motor barangkali, lagipun dia suka benar menaiki basikal dengan laju dan jarang lekat di rumah.
Di rumah,maa kelam kabut..bimbang tak keruan..Kami adik-beradik jadik bising. Meninggalkan tanda Tanya, siapa sebenarnya dilanggar, kerana di rumah ini hanya antara dua sahaja yang tiada, abang Junaid yang suka berbasikal atau abang man yang suka bermotosikal.
DARAH MELIMPAH…
Setibanya ayah, sudah ramai orang berkerumun…Tapi dua tubuh terbaring masih lagi kekal di situ, darah yang membuak-buak membasahi jalan benar-benar mengerikan dan menakutkan orang untuk mengangkat dua tubuh tak bermaya itu. Kelihatan motosikal anak ayah yang sudah hilang rupa RXZnya. Patah dua renyuk dan calar balar.
Di sebelah sana pula terpelanting satu lagi tubuh yang tak dapat dikenal pasti dan motosikalnya terperosok ke tepi jalan. Ayah angkat anak ayah. Meminta orang ramai menelefon polis atau ambulans…Entah diharap pada siapa.
Ayah pangku anak ayah..Darah anak ayah membasahi pula tubuh ayah yang memangkunya. Berkali ayah panggil dengan linangan airmata nama anak ayah berselang seli dengan laungan takbir. Tidak putus-putus ayah menyebut nama Allah..mengumpul kekuatan di dalam kekalutan.
Tapi anak ayah tetap diam. Hanya nafasnya turun naik. Ayah memanggil lagi nama anak ayah, disuruhnya membuka mata dan mengucap..
”LailahaillAllah..! Man..!dengar nie Man..! LailaihaillAllah..ikut ayah man! man..oo..man…!”
Tak putus asa. Ayah lupa, anak ayah itu mabuk darah, Mana mungkin dia tahan melihat darah yang banyak. Inikan pula darahnya yang membuak-buak dari batang tubuhnya sendiri. Dia pengsan. Darah itu keluar dari mulutnya barangkali, telinganya, hidungnya..Terus mengalir membasahi jalan.
Kawan ayah pujuk ayah. Katanya
“sudah la…dia sudah pengsan…tak dengar dah..”
Ayah peluk lagi kemas-kemas anak ayah. Ayah tak peduli lagi pada darah, pada orang yang mengerumuni di tepi jalan.
Ayah semakin sebak. Ayah tahan. Mata ayah berkaca-kaca.
Ayah ucap lagi kalimah suci itu di telinganya anak ayah yang berdarah..
”Lailahaillallah…”
Perlahan-lahan ayah hembus di telinga anak ayah. Ayah tidak putus asa, takut hanya di situ nyawa anaknya tersisa. Lalu ayah ulangi…Lagi..Lagi..dan Lagi…
Satu jiwa sedang bertarung nyawa dengan maut dalam rangkulan jiwa seorang ayah yang tidak surut berusaha demi darah dagingnya kembali membuka mata.
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
2 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan