? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
zwani.com myspace graphic comments

Sabtu, 28 Mac 2009

YANG LEBIH CANTIK, YANG LEBIH MANIS..DAN YANG LEBIH SULIT...

Tika membelek-belek fail sijilku, terpandang aku pada satu artikel yang telah lama aku simpan
Kulihat tarikhnya 30januari 2005. Agak lama sudah tersimpan di dalam fail ini. Kenapa aku menyimpannya? Kerana di atas sekeping kertas lusuh itu, tertera satu kisah yang cukup bermakna dan dibelakangnya tersisip sedikit panduan dari Imam al-Ghazali agar tidak bersifat sombong dan angkuh. Untuk pencinta ilmu seperti aku yang tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah menengah agama, kukutip ilmu di mana-mana aku jumpa.
Disitu tertulis sebuah cerita tentang Rasulullah yang selalu bermuzakarah bersama umat Islam yang lain, terutamanya empat sahabat karib baginda yakni Abu Bakar r.a, Umar r.a,Usman r.a dan Ali r.a
Suatu hari, Rasulullah bersama Abu Bakar, Umar dan dan Usman berkunjung ke rumah Ali. Di rumah Ali, sayyidatina Fathimah yang juga isteri Ali r.a menghidangkan madu untuk mereka.

Madu itu diletakkan Sayyidatina Fathimah di dalam sebuah mangkuk yang cantik. Ketika dihidangkan, sehelai rambut secara tiba-tiba jatuh ke dalam mangkuk tersebut.

Rasulullah kemudian meminta sahabatnya membuat perbandingan terhadap tiga perkara tersebut, iaitu mangkuk cantik, madu dan sehelai rambut.
Abu BAkar berkata :

"Iman itu lebih cantik dariapda mangkuk yang cantik ini,
orang yang beriman itu lebih manis daripada madu,
dan
mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut"



Umar berkata:

"Kerajaan itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini,
seorang raja itu lebih manis daripada madu,
dan
memerintah dengan adil itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut.

Usman berkata :
"iLmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini,
orang yang menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu,
dan
beramal dengan ilmu dimilki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut."


Ali berkata:
"Tamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini,
menjamu tamu ini adalah lebih manis daripada madu,
dan
membuat tamu senang sampai pulang ke rumahnya lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."


Fathimah berkata:


"Seorang wanita itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis daripada madu,
dan
mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang kecuali muhrimnya lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."

Rasulullah kemudian berkata:

"Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini,
beramal dengan penuh amal yang baik adalah lebih manis daripada madu, dan
berbuat amal dengann ikhlas adlah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."



Malaikat Jibril a.s pula berkata:'

"Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik,
menyerah diri, harta dan waktu untuk usaha agama itu lebih manis daripada madu,
dan
mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."

Allah SWT kemudiannya berfirman:
"Syurga-Ku itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu,
nikmat syurga-Ku itu lebih manis daripada madu,
dan
jalan menuju syurga-ku itu adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."

2 ulasan:

Head Shot berkata...

bagus..dah boleh komen.

maharcinta berkata...

hihihi..dia ajaib sikit ustaz.huhuhu, menguji kesabarn..hehehe