Seredup petang di Nur Lembah Lenggong...
Kem di dalam ladang kelapa sawit. Tetiba teringat rumah. Maklumlah, anak FELDA, tak asing bagiku kelapa sawit seperti ini. Terasa nyaman dan hilang penat perjalanan, sepagi di dalam bas, sepetang menunggu di stesen bus hingga terlena di dalam surau pekan Lenggong, sepagi juga merempit dengan motosikal dengan seorang kawan yang bermurah hati membantu menghantarku ke stesen bas,pengalmana yang sungguh drastik kurasakan.
Aku sendiri tidak tahu kenapa senang benar aku mengikuti permintaan seorang sahabat yang tak pernah aku kenali. Jarang benar aku pergi sendiri tanpa ditemani rakan. huuuu..serun...Tapi dengan niat mahu membantu seorang sahabat yang amat memerlukan pertolongan, kuturutkan, tak kisah aku. Lagipun aku sendiri mahu mencipta 'sesuatu' dalam kehidupan supaya aku tidak kesunyian dan kuisi dengan perkara-perkara yang berfaedah dari melepak di rumah. Pengalaman itu akan mengajar aku apa itu keberanian, kecekalan, kesilapan yang harus kuperbetulkan dan mematangkan aku yang ingin benar-benar matang. Kuharap, dengan meyertai program-program seperti ini memberi aku kekuatan untuk bergelar seorang akunselor yang berjaya nanti, belajar menghadapi pelbagai karenah manusia yang berbeza.
Saranan sahabat untuk menaiki motosikal ke kem menimbulkan rasa gerun di hatiku. Takde lesen, jalan tak biasa, polis lagi...adehh...terbayang insiden terlanggar gate 4th yang masih segar di ingatanku..huhuhuhu..(boleh gelak2 lagi lepas terbabas, ubat bergolek sana-sini..hihihi) Alhamdulillah, akhirnya van Kolej Komuniti datang menjemput. (n_n)
Malamnya, selepas mendapat tentatif dan modul, aku masih blurr sebab takde perbincangan antara fasi lagi.hohoho...malam, menemani si Moderator Nazri membuat ice-breaking yang tak nampak macam ice breaking. Tapi alhamdulillah, walaupun dia kelam kabut takde idea tapi dia pandai cover..kikiki. Tak membantu langsung aku ini. Tapi takkan nak guna modul kanak-kanak lak untuk budak remaja (mentang-mentang baru balik dari kem budak sekolah rendah, tu je yang terfikir kat kepala nie...tak kreatif langsung aku ini ..huhuhuhu) Dua sahabat fasi plak dah ghaib (ke alam mimpi). Nazri terkontang-kanting..hehehe..Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kami.
Lantaran ketidakcukupan fasi menyebabkan kami menguruskan secara overal sahaja dan tidak menumpukan kepada satu fasi untuk satu kumpulan. Kadang-kadang ada kekelam-kabutan tetapi diuruskan dengan bijaknya oleh fasi-fasi lelaki yang mantap-mantap kurasa. memang mantap! Orang yang hebat adalah orang yang tahu menyelesaikan masalah dan bukannya cepat melatah. Lagi penting pandai cover, kuikuikui...Tapi diorang dah banyak pengalaman.. bagus lah..banding ngan aku nie, seciput je..huhuhuhu (n_n)
Aktiviti nite Walking "burung hantu' yang cukup menggelikan hati, kadang-kadang kasihan..huhuhu...macam-macam. Ada peserta yang lemah hingga pengsan. Sahabatku mengatakan bahawa dia ternampak sesutau dan mungin 'ditindih'. Tapi timbul persoalan di benakku, kalau ditindih bagaimana dia boleh bercakap. Selalunya kalau 'ditindih' mesti tak boleh bercakap, dan kalau ade orang pegang mesti dia sedar. Tapi ini tak..Mungkin ini adalah lumpuh pisikologi yang dinyatakan oleh Prof. Terlampau takut sehingga dia menjadi seperti itu untuk membela dirinya dan mendapat perhatian daripada orang lain untuk mengatasi rasa takutnya itu. Hmm..sukar untuk ditafsirkan. Hanya Allah lebih mengetahuinya. Aku cetek ilmu lagi dan perlu terus mengulangkaji. Pastu diteruskan dengan slot muhasabah. Pernah buat sekali dalam sesi kelompok sebagai pemimpin. Susah untuk menyentuh hati dan meyedarkan orang. huhuhu.. Last-last aku pulak yang rasa sebak dan termuhasabah..Baik keluar ikut sahabt-sahabat buat barbique yang takde dalam tentatif program ..sempoi..sampai 4 pagi tak tahannya. (~_~)
Terima kasih diucapkan kepada ketua fasi yang sudi mengalu-alukan kedatanganku yang kukira agak menyusahkan dari awal hingga akhir pulang, sahabat-sahabat fasi yang sungguh memahami dan baik hati dan juga nakal-nakal semua...adik-adik kolej dan juga pihak-pihak pentadbiran kolej yang berkaitan.
Singgahan kedua : Kem Modal Insan Kolej Komuniti Bandar Daul Aman, Kedah. 17hb-19hb Februari 2009. Nur lembah Lenggong, Perak
0 ulasan:
Catat Ulasan