? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
zwani.com myspace graphic comments

Ahad, 26 April 2009

HUNUSKAN PENA KEBENARAN

MERAYAU-RAYAU… Bosan sudah makin memenuhi kepala ini. Terasa bagai mayat hidup di dalam sebuah kotak 7kaki luasnya. Terasa kepala semakin berat, tak cukup udara yang bebas dan cahaya matahari yang bersinar..Ohhh..selagi aku berkurung, manalah nak dapat semua keindahan dan anugerah Allah itu..huhuhu
Petang, sesudah menaip, kusimpan laptop dan bersiap. Cari Café di kepala, terasa rindu pula pada desktop di rumah di KL sana. Berjalan-jalan akhirnya berjumpa kafe internet yang ditunjukkan abang ipar semalam. Hajat di hati ingin membuka email dan blog. Tapi…hasrat itu kupendam sahaja bila tiba di situ. Kulihat banyak benar motosikal di hadapan bangunan besar yang gah itu. Maknanya ramai lelaki di dalam sana. Main game gamaknya budak-budak laki nie. Segan mula menari dalam diri.Kutarik nafas..takpelah..dariku mencari nahas melangkah ke sana, baik kuputar langkah ke TESCO..atau JUSCO…
comelnya...
70%
Setelah mengeluarkan duit sekupang dua dari atm tesco, ku melangkah laju ke JUSCO di hadapannya. Panas terik sungguh. Ini bukan lagi panas sejengkal di padang masyar nanti. Bagaimanakah aku nanti ya Rabbi… Ya Allah…Ramainya manusia..rupa-rupanya tengah sale 70% tue..Hari untuk kaki shopping la nie..hm…round jer laa…Habislah, keringlah poket suami-suami yang baik hati mengikut kehendak isteri-isteri yang suke shopping..huhuhu
Pening jugak jalan-jalan time ramai orang nie..huhuhu..Last-last kuhentikan langkahku betul-betul di hadapan aneka manisan. Haa.pekena ABC dulu laa…hehehe..
Sambil-sambil baca nota yang kubawa..(bacalah sangat..termenung banyak) Sejuk mula menguasai diri..dah la jenis tak tahan sejuk.Minum pula minuman sejuk…huhuhu…Akhirnya habis jugak ABC jagung yang kubeli (selalu lembab nak habiskan benda-benda manis nie..huhuhu)..
Ke mana lagi?? Kalau ke Mid aku singgah ke gerai buku. Jom ke kedai buku.

SALJU SAKINAH…
Indah namanya..seindah maknanya…kulit pun ala-ala Ayat-Ayat Cinta..dipapar mata seorang gadis..bezanya Cuma kulitnya biru. Sejuk mata memandangnya.

Belilah...belilah...tolong kempen..hehehe
Novel baru ke? Entah…sudah berabad tak mengikuti perkembangan novel aku ini..huhuhu..Salju Sakinah… Novel Islamik…Di bawahnya Sejadah Cinta yang telah kukhatam tahun lepas hasil pinjaman seorang adik. Kubelek helaian lastnya..Owhh..heronya sakit..dan…akhirnya sihat..Balqis dan Wardah ‘begitulah..’ hohoho…Suka gak baca novel, tapi takleh ajar sangat, jadik lazim..nanti susah jadik kaki novel nie..huhuhu..pantang jumpe nak baca cam zaman muda-muda kat sekolah dulu. Sekarang dah dapat kawal.baca yang hak sahaja dan bila betul-betul free sahaja. Kadang-kadang baca novel nie buat lalai je. Setimbun pengajaran dalam tue, tapi yang selalu dikenangkan pembaca adalah heronya yang handsome macam pelakon filem..heroinnya yang cantik dan baik..berpisah dan sebagainya. Lalu melayang dalam angan-angan yang tak kesampaian.hohoho..


Berkalih ke rak buku-buku agama…kartun…majalah…Kalaulah kedai nie milikku, berkampung kat sini dah hari-hari. Tak makan pun tak pa. Terlintas jugak dahulu ingin memiliki sebuah kedai buku. Best kan? Takde orang beli, kite boleh baca sendiri..hihihi..Dah kaki buku, kaki buku jugak. Tapi..tue laa..takde duit nak beli semua nie..hukhukhuk…
Sejuk makin meraja di dalam diri. Sudah la…balik..jom balik…

TAUTAN HATI, SEINDAH MAWAR BERDURI …DAN FATIMAH SYARHA

Malam..selepas isya’. Kudengar pula ulasan dari Fatimah Syarha..penulis muda novel tentang cinta jiwa muda dan jihad serta dakwah. Ku pernah baca novel pertamanya dahulu. ‘SEINDAH MAWAR BERDURI’. Cerita itu memang indah. Indah pada jalan ceritanya, indah pada akhlak dan wataknya. Indah pada jalan dakwahnya, Indah pada jalan jodohnya. Indah pada segala-galanya. Sehingga disandarkan pada sekuntum mawar berduri bagaikan dia.
Tautan hati..Asiah Yusro..masih pada watak yang sama.cerita remaja, akidah dan dakwah di kampus…Eh, sejak bile plak jadik pengulas dan pengkritik novel nie? Hehehe..sejak bosan duk umah nie..Hmmm..dari bibir tuannya, novel ini memang best..mendidik jiwa muda seperti aku untuk kenal hakikat cinta kepada Allah. Untuk kuat menempuhi dugaan Allah..Untuk mendidik jiwa dan memelihara akidah demi Allah…
Mendengar suaranya yang lemak lembut itu, terfikir aku, hebatnya dia Fatimah Syarha. Jika seindah begitu rupa ceriteranya..maka tuannya juga mesti seindah novelnya. Kuat akidahnya, indah akhlaknya…dan semestinya tinggi ilmu agamanya kerana untuk menyiapkan novel-novel sebegitu rupa memerlukan pemerhatian dan pengetahuan agama yang luas. Kekuatan dan kesabaran yang tinggi terhadap dugaan Allah kerana bukan mudah untuk membina cerita dan menyiapkan sebuku novel yang mantap dan hebat seperti ini. “Mudah-mudahan usaha dakwahnya melalui penulisan novel diberkati Allah.Amin..”


Tertarik aku pada kalimah terakhirnya..’HUNUSKAN PENA KEBENARAN’-Fatimah Syarha’ TAMAT…

Malam ini aku ditemani IKIM lagi....nah, lagu Nur Kasih lagi…kasih ajer..layannn….(n_n)

“DitanganMu Tuhan, kusandar impian..penentu jodoh pertemuan..Seandainya dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya....”10.00pm

SEMALAM DI IPOH...17hb-25hb 04 2009

20hb 04 2009

0 ulasan: