? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
zwani.com myspace graphic comments

Khamis, 30 April 2009

SELESAI UNTUK HARI INI....

Hari ini, kaki ini melangkah lagi pergi ke bilik prof tersayang. Harapanku. Setelah agak lama menunggu giliran, akhirnya dapat kami bersemuka.


"Hmm...Saya akan pertimbangkan"

"Jadi Prof???"

Maksudnya tidak seperti kebiasaannya seperti semester-semester yang lepas. Kali ini Prof. terpaksa bertegas. Surat pelepasan untuk praktikal hanya diberi dan dikeluarkan selepas keputusan peperiksaan keluar untuk memastikan kami benar-benar layak. Masalah yang dibawa oleh pelajar semester lepas telah mengajar Prof. untuk tidak lagi berlembut dengan pelajarnya kali ini. Keadaan ini menyukarkan kami kerana surat itu perlu dihantar awal. Kami perlu memaklumkan semula keputusan Prof. kepada kaunselor yang telah kami janjikan suratnya. Melangkah kami keluar dengan tenang. Sedikit perasaan gembira kerana tidak perlu lagi memikirnya buat masa terdekat ini, dan balik kampung menjadi niat di hati.
















Kekalutan aku... kesedihan aku...Sehingga aku sering menyendiri untuk membina semula semangat ini...

Tapi hatiku begitu berdebar. Ya Allah, kelas amali itu amat sukar aku untuk dilalui. Prestasiku hanya Engkau sahaja tahu. Kadang-kadang lembabnya diri ini aku kesali. Astaghfirullah al a'zim. Aku hambaMu yang hina ya allah..Ampunkan kesilapan dan kekesalanku. Luluskah aku nanti?? Terpaksa mengulangkah nanti?? ya Allah, selamatkan aku dari belenggu ini...Kau tahu betapa banyak airmata yang telah mengalir untuk aku bertahan...Kau Maha tahu sebanyak mana aku telah berputus asa hingga hampir membuat kerja gila untuk menamatkan sahaja pengajian ini walaupun masa masa banyak berbaki kala itu..Saat kaki ini lemah untuk melangkah, aku hanya berpaut pada kasih sayangMu semata. kadang-kadang menumpang kasih saudara dan semangat rakan-rakan seperjuangan. Airmata ini kengkadang kering sendiri. Usah biar aku menangis lagi ya Rabbi..Noktahkan persinggahan ini yang terakhirku yang pasti. Bantu aku ya Allah..
Aku mahu tinggalkan tapak ini yang dulunya aku singgah dengan hati yang tak pasti. Aku mahu segera bebas seperti rakan-rakanku yang telah berjaya menamatkan perjuangan ini sedangkan aku terkandas di persimpangan. kuatkan aku ya Allah...kuatkan aku menempuhi dugaanMu...kuatkan aku untuk terus berpegang pada taliMu agar aku tak terjatuh dan terduduk dan menangis sendiri lagi. tenggelam dalam putus asa lagi. aku ingin kuat, kuat dan terus kuat!!!



"yaa hayyu yaa qayyummu birahmatika astaghiistu"

"Wahai tuhan Yang Maha hidup, wahai Tuhan yang Tetap Mengurus melindungi, aku berlindung diri dengan rahmatMu...amin"

0 ulasan: