? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
zwani.com myspace graphic comments

Jumaat, 3 April 2009

PENGEMIS..SEDEKAH...PEMURAH..PEMALAS...PENGUASA..

PENGEMIS :' (
Setapak berjalan di pasar malam berhampiran pasti ketemu beberapa orang pak cik bersama sebiji bakul merah didalamnya terisi beberapa tisu , kadang-kadang sebuah kota khas, suasana bertambah hening dan syhdu apabila lagu-lagu lama dimainkan warga buta, mengharapkan belas kasihan warga kota kaya yang lalu lalang di depan mata. Telinga sudah mendengarnya, terasa wajib pula membayarnya atas segala yang didendangkan mereka. Hmmm...

Ku perhatikan sekekliling. Ada yang menjeling sebelah mata, tidak langsung memandangnya, malah ada yang mengelak pula. Terbaru kulihat ada pertambahan golongan ini, tapi nampaknya bukan warga Malaysia barngkali. Matanya sepet dan wajahnya merah terbakar. Barangkali rakyat Kemboja yang bergelandangan di negara ini tanpa arah tuju.

SEDEKAH (n_n)
Kata seorang rakanku, beliau berat benar mahu memberi sedekah pada 'mereka-meraka' ini kerana itu langsung tidak membantu mereka malah menambahkan kemalasan mereka untuk mencari rezeki sendiri tanpa mengharapkan belas kasihan orang setiap jam. Tambahan lagi yang cukup sempurna sifatnya, tapi masih mendah tangan mengharap rezeki dari orang.Terfikir sejenak aku. Berkira benar dia.hehehe...tapi kalau cacat yang cacat sebegitu rupa mahu bekerja bagaimana ya??


Kan Rasulullah SAW sudah bersabda:

"Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah(ertinya tangan yang memberi lebik baik daripada tangan yang menerima)"

(HR Ahmad)


PEMURAH : )
Tak salah kurasa menghulurkan seringgit dua, apalah sangat pada nilai not berwarna biru itu, syiling yang bergerincing. Takkan luak kurasa kalau dihulur sesen dua. Jadilah seorang yang pemurah.

PEMALAS???
Tapi kengkadang bila dilihat orang yang sama sahaja, elok sahaja pakaiannya, siap merokok lagi, kudratnya bagi kuat sahaja tampaknya, musykil juga di hati ya.? Miskin benarkah dia...tak mampu benarkah dia sehingga kudrat tangan sahaja mampu diangkatnya di depan warga kota yang lalu lalang di hadapannya??

Nabi SAW bersabda :

SEseorang yang mencari kayu lalu memikulnya di atas belakangnya lebih baik daripada orang yang meminta-minta kepada orang lain sama ada diberi atau tidak"

(HR. Bukhari)

PAda saat itu aku hanya terfikir, di mana ya wang zakat yang dikumpul bertahun-tahun? Bangunan zakat semakin tinggi, tapi yang melarat semakin menjadi-jadi. Pelik benar. Yang kaya semakin kaya, yang miskin bertambah papa.


PENGUASA

Penguasa sekarang kaya, tapi rakyatnya papa. Berkereta mewah ke sana kemari tapi rakyatnya berkematu berjalan tanpa selipar di kaki. Makan makanan yang mahal dan enak-enak, sedangkan rakyatnya miskin mengikat perut akibat makanan yang tak cukup.

Teringat aku pada seorang tokoh Islam yang baru usai kubaca novel tentangnya. Sultan Salahuddin Ayubi itu pemurah orangnya. Kesemua wangnya habis diberikan kepada yang memerlukan. Biarpun dia adalah sultan yang memerintah dari Mesir hingga ke Yaman, namun dia tidak hidup mewah. Ketika meninggal dunia, dia tidak milki apa-apa walaupun sebuah rumah, dan wang simpanannya empat dinar sahaja. Allahuakbar!

LIHATLAH DUNIA...di manakah keadilan dan kesamarataan...???

Rabu, 1 April 2009

BURUNG GAGAK DAN KLANG...

Aku dan Ais terlewat lagi. Habislah dimarah bos besar nanti.Huhuhu..Di seberang jalan sana sudah kelihatan Bro H dan kereta Bos sedang menunggu. Ummi dan seorang lagi fasi sudah berada di dalam kereta. Bertolak menuju ke Kelang. Sebelum kami sampai ke destinasi, kami disambut dengan layangan dan terbangan gagak-gagak di pagi hari mencari rezeki. Hinggap ke sana dan ke sini. Gagk seekor burung yang agak kotor dan dianggap membawa nasib buruk bagi sesetengah masyarakat. Tabiatnya yang suka memakan bangkai dan makanan-makanan yang kotor menjejaskan dirinya sendiri yang sudah berupa hitam gelap itu.Hihihi...Tapi itu adalah ciptaan Allah yang pasti ada hikmahnya kenapa diciptakan begitu rupa.
Pertama kali sampai ke Kelang ini, ku sudah agak bandarnya mungkin kotor. Lantaran itulah gagak riang bertebangan ke sana dan ke mari. Teringat aku pada sebuah syair Arab yang hampir begini ditulisnya...

"Jika kita jadikan gagak sebagai pemimpin hidup kita, maka dia akan membawa kita kepada kekotoran dan kehinaan.."

Syair ini mengingatkan supaya kita memilih pemimpin yang benar-benar layak apabila memimpin sesuatu kumpulan atau masyarakat. Jika memilih pemimpin yang buruk akhlaknya, maka dia akan menunjukkan dan membawa pengikutnya kepada keburukan dan kerosakan.

Bila disebut pemimpin, aku teringat apa yang telah diserapkan sebagai fasilitator di kem ASA. BUkan sahaja di ASA sebenarnya, semua oraganisasi mahu melahirkan pemimpin yang baik. Baik pemimpin di jabatan paling tinggi hinggalah kepada pemimpin yang paling rendah dan kecil seperti pengawas di sekolah, semuanya mahu pemimpin yang mereka lahirkan menjadi pemimpin yang berdedikasi dan boleh dijadikan contoh teladan.

Untuk mendidik adik-adik kami sebagai fasi diajari untuk menjaga personaliti kami, kemas, bersemangat tinggi, beretika dan patuh pada ketua, menjaga masa dan sebagainya. Segala yang dititikberatkan adalah kerana kami adalah idol adik-adik. Untuk menjadi seorang pembicara yang baik, kita perlu dahulu menjadi pendengar yang baik. SEpertimana kita mahukan orang sayangkan kita, kita perlu sayangkan mereka dahulu. dan untuk menjadi seorang yang disayangi seseorang, kita mulakan dengan senyuman! Kerana senyuman itu adalah satu kuasa yang luar biasa untuk kita membina satu hubungan yang bermakna. SEnyum itu sedekah..

Namun hari itu, terasa ketidakpuasan kerana program sehari apalah sangat mampu dibuat. Tetapi kami tetap rapat. Saling berkongsi dan bermanja. Melayan karenah mereka memang penat dibuatnya..huhuhu. Keriangan fasi menamatkan sesi. Bergambar merakamkan kenangan. Sempat berjumpa dengan adik-adik sebelum pulang. Terasa tidak puas kerana program hanya sehari, tapi sangat gembira kerana semuanya lancar sahaja.

Dan yang paling tak bestnyer bila ada bau yang kurang menyenangkan mengganggu program kami. Hmm..teringat semula pada si gagak. Bau ini seolah-olah mengiyakn bahawa kota ini telah dinoda sehingga hilang bau wanginya..huhuhu. Berprogram sambil menutup hidung..hahahaha...

Singgah sekejap cuma : SK (1) Simpang Lima Klang
4mac 2009.YOuLEAD.

MENGAPA MENANGIS ANAKKU??


Dalam sebuah riwayat menyatakan bahwa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.


Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi,


"Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."


Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."


Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."


Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Selasa, 31 Mac 2009

TABAHLAH WAHAI HATI...


SOLEHAH WOMEN...

smiLe TiMes oF tRouBLe

GaThEr StRenGhT fRoM doA

anD

Grow BraVer by IstiGhfaR anD soLaT

"muslimah as a source of inspiration"


Kata-kata itu sentiasa menjadi pemujukku kala aku kesedihan dan kemurungan..

Duhai kekasih, sesungguhnya Engkau lebih mengerti apa yang terjadi..

dan aku sendiri tidak mengerti mengapa aku terlalu sensitif untuk kata-kata itu...

Hampir bergenang airmata ini tika mendengarnya..Tapi kutahan sebak di dada.

Tersirap darah di hati hampir melonjakkan rasa benci...Sedangkan sebelum ini dinding kesabaranku amat menebal sehingga aku 'buat tak tahu saja, asalkan mereka bahgia"...

Tapi kala ini sedihnya sangat menggoda jiwa..istighfar aku...mungkin kerana diungkitnya apa yang aku ada..yang aku tak mampu capainya seperti orang lain yang lebih bijak dan mantap dari aku..dikatakannya dia mengetahuinya apa yang aku alami...

Selamilah sedih hatiku ya Allah..Ku tahu kau berikan dugaan ini supaya aku semakin kuat, kuat dan terus kuat..

Sesungguhnya dia tidak mengetahui sejauh mana aku dapat bertahan sehingga tahap ini..dan Sesungguhnya Engkau amat mengerti dan memahami...dan sesungguhnya Engkau juga lebih mengetahui mengapa berlaku' itu dan ini' sedangkan dia hanya tahu 'ini' sahaja...Mengapa aku harus beratkan apa yang dia kata..sedangkan bukan aku saja yang tersilap ketika itu, bahkan orang lain lebih teruk,tapi kerana aku ini berada di hadapan, aku menjadi tempat teguran..tapi tegurannya amat menusuk ke hati ini..Ampuni aku ya Allah..ampuni aku kerana tidak dapat melakukan apa yang dia inginkan..ampuni dia ya Allah..kau murahkan rezekinya kerana dia telah banyak membantuku sehingga tahap ini...aku hormatinya...

Airmata ini terlalu laju untuk kusapu, biar dia kering sendiri...dan untukmu hati kecil..."Tabahlah wahai hati..."


Sesungguhnya Allah SWT ciptakan setiap perkara penuh dengan hikmah..

dan mehnahNya

untuk menguji sejauh mana keimanan hambaNya dengan pelbagai musibah

Sebagai tanda cinta kepada hambaNya yang penuh karenah

Cinta sejatinya cintaNya RABUL MAGHFIRAH...

secebis coretan tazkirah buatmu wahai diriku...