Sabtu, 20 Jun 2009
"NERAKA DI SEBELAH KIRIKU..."
Dicatat oleh MAHARCINTA di 6/20/2009 02:42:00 PTG 0 ulasan
Isnin, 15 Jun 2009
MULIAKANLAH DIA...
Sedih melihat kes-kes pembantu rumah yang didera. Tidak cukup didera secara fizikal, malah turut didera secara psikologi. Makan dan tidur yang tidak cukup serta menanggung beban dan marah tuan yang tidak berkesudahan dan akhirnya diri sendiri yang terpaksa menerima siksaan. Bahkan dipaksa membuat perkara-perkara di luar batas kemanusiaan dan pegangan keagamaan. Semua itu sudah cukup membuktikan tamadun manusia zaman sekarang yang tidak lagi punya erti kemanusiaan dan kembali menjahilkan diri sendiri.
Islam itu indah dan kerana keindahan Islam itu sendiri, Islam mengajar umatNya memuliakan pembantu rumah. Cukuplah sirah ini sebagai khabaran keindahan Islam yang menuntut umatNya memuliakan tetamu yang banyak membantu dan menyenangkan tuannya dan keluarga.
Pada suatu hari RAsulullah SAW melihat seorang lelaki sedang menunggang kenderaan, sedangkan di belakangnya adalah seorang hambanya yang sedang berjalan kaki. Melihat peristiwa itu, Rasulullah SAW dengan suara yang tinggi bersabda:
“wahai hamba Allah, tunggangkan ia dibelakang kamu.
Sesungguhnya dia saudara kamu,
nyawanya sama dengan nyawa kamu.”
Seorang sahabat bernama Al-Mai’rur bin Suwaid r.a pernah menceritakan bahawa beliau melihat Abu zar r.a memakai satu pakaian dan hambanya juga memakai pakaian yang sama. Beliau bertanya kepada Abu Zar:
“Mengapa demikian”
Jawab Abu Zar :
“ Aku pernah marah kepada khadam (pembantu rumahku) pada masa Nabi SAW. Lalu Rasulullah SAW menegurku dengan katanya :
“Sesungguhnya pada engkau ada sifat jahiliah.
Seorang sahabat bernama Abu Mas’ud al Badri pernah menceritakan bahawa beliau pernah memukul seorang hamba (pembantu rumah) dengan tongkat.Tiba-tiba beliau terdengar suara datang dari arah belakang menegurnya. Beliau mengabaikan teguran itu. Apabila suara itu semakin mendekatinya, barulah ia sedar suara itu adalah suara Rasulullah SAW yang menegur perbuatannya tadi.
Rasulullah SAW menegurnya:
“Wahai Abu Mas’ud, sesungguhnya Allah Taala lebih berkuasa, daripada engkau terhadap hamba ini. “
Abu Mas’ud terus memerdekakan hambanya itu kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT. Rasulullah SAW. Rasulullah SAW terus bersabda :
“Jika engkau tidak berbuat demikian, nescaya engkau akan diselar dengan api neraka.”
Mlm.11/06/2009 Tmeru ipoh
Dicatat oleh MAHARCINTA di 6/15/2009 05:35:00 PTG 0 ulasan
Label: LIHATLAH DUNIA..
Mui'ZKU SAYANG...
( ^_^ )” )
.-.-.-.-.-.-.
“Salam maulud kali pertama untuk kelahiran anak saudara baru..Alhamdulillah kak ja selamat melahirkan bayi lelaki yang comel petang satni ; ) “
Begitu mesej yang ku forwardkan kepada adik beradikku setelah adikku mengkhabarkan kakakku yang tinggal di Perak selamat bersalin tepat jam 2.03petang pada 14/05/09. Dan beberapa hari selepas itu aku dan adikku Qinie berkemas dan bertolaklah kami ke sana. Aku sebagai bidan tak bertauliah yang dihantar khas oleh maa dengan pelbagai pesan dan ubat. Hohoho… Teruja dan sesungguhnya semua ahli keluarga kami sangat teruja untuk melihat si kecil baru ini. Dan maa ku juga telah berkira-kira untuk ke sini dalam beberapa hari lagi menjelangnya tiba cuti sekolah.
Tiba 3hb 06 2009, akhirnya maa, adik bongsuku yang nakal dan kakakku serta anak-anak tiba jua di medan Gopeng, Ipoh. Rumah mula menjadi riuh dan sesak. huhuhu Inilah Mu’izzuddin Nizam yang punya rambut terpacak dan bermata bulat. Hehehe. Mu’iz si comel yang tidak kuat meragam. Alhamdulillah.
09/06/2009 1.20pm T.Meru Perak
Dicatat oleh MAHARCINTA di 6/15/2009 05:21:00 PTG 0 ulasan
Label: KAU YANG KUSAYANG...
AKU BERINGAT, MATIKU DEKAT...
Tit..Tit..
“Assalamualaikum. sahabat-sahabat, ayah k.mash telah kembali ke rahmatullah petang tadi. Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah, moga dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang bertakwa. Doakan juga ketabahan untuk k.mash dan keluarga.amin..”-deq jan
Innalillahiwainnailairaji’un…
Al-fatihah untuk arwah ayah sahabtku itu.
segera kuforwardkan mesej tersebut sebelum maghrib tiba. Malamnya ku forwardkan lagi pada sahabat-sahabat lain dan kuhantarkan ucapan takziah untuknya sekeluarga.
Setiap detik kudengarkan kematian. Sesungguhnya kematian itu sangat dekat. Aku juga merasa mati itu sangat dekat denganku. Cuma aku tidak tahu bila masanya dan tarikhnya. Allah berahsia denganku agar aku tak terleka. Tapi kadang-kadang aku terleka juga.
Kalau Allah mahu ambil nyawaku, sudah pasti Allah boleh matikan sahaja aku pada 4/06/09 yang lalu di hadapan perumahanku. Entah bagaimana sewaktu menanti untuk melintas jalan, tiba-tiba langkahku terhenti apabila lenganku segera ditarik sahabatku Azilah dan motor lelaki itu brek dekat benar dengan jubahku. Terkejut aku. Kenapa dia menyonsang arus? Merungut aku. Jika sahabatku tidak sedar dan aku terus melangkah dan brek tidak sempat ditekan aku pasti dilanggar. Dan nyawa itu bisa saja Izrail tarik disitu. Tapi Allah selamatkanku. Alhamdulillah…
Petang itu juga nyawaku dihujung tanduk kurasakan. Apabila dapur terbakar akibat sisa minyak yang tidak dilap membakar marak dapur rumahku. Aku kaget dan hanya berpasrah cuba memadamkan api keseorangan. Terasa lemah lutut ini melihat hanya beberap cm lagi api mahu menyambar tiup gas berdekatan.
Tika itu aku pasrah jika aku meninggal dalam kebakaran. Hanya Allah tempat pergantunganku. Namun, Allah masih memberiku peluang hidup untuk kali ini. Syukur aku api itu tidak membakarku dan Allah melindungiku. Sebak aku. Wajah orang yang kusayang terpapar diminda yang masih dalam kejutan. Pasti pemergianku ditangisi Terima kasih ya Allah untuk nyawa kali ini. Aku beringat, MATIKU DEKAT
Al-Ghazali :
Yang jauh itu WAKTU
Yang dekat itu MATI,
Yang besar itu NAFSU,
Yang berat itu AMANAH,
Yang mudah itu BERBUAT DOSA,
Yang panjang itu AMAL SOLEH,
Dan
Yang indah itu SALING MEMAAFKAN..
09/06/2009/03.59pm
Dicatat oleh MAHARCINTA di 6/15/2009 05:13:00 PTG 0 ulasan
Label: CINTAI MATI
TERIMA KASIH UNTUK PENGORBANAN INI...
Dalam aku terkalut-kalut dan sesak memikirkan bagaimana harus aku mendapatkan dana untuk aku yang kesempitan menyambung perjuangan , kuluahkan kebimbangan dan keresahan pada seorang teman. Terfikir aku untuk membuat pinjaman kurang dari dua ribu, lalu padanya kutanyakan bagaimana halnya. Aku tahu, tiada siapa lagi dapat membantuku, Sekadar wang kiriman ayah hanya mampu untuk melunasi sewa rumah lamaku. Nak kuharapkan pada kakakku tidak mungkin lagi kerana dia baru membina keluarga, dan kuhanya sandarkan harapan pada seorang lagi kakakku untuk mengurangkan bebanku. Itupun aku tidak boleh meminta-minta kerana dia juga baru sahaja melahirkan anak kecil dan suaminya pula baru sahaja tamat kontark kerjanya dan masih mencari kerja. Ku tak mahu menyusahkan orang sudah dalam kesusahan. Lantaran itu aku harapkan pinjaman. Dulu terfikir aku untuk meminta pinjaman dan bantuan dari yayasan tetapi mendengar karenah dan bantuan yang terlampau lambat, aku lupakan hasrat tersebut.
Al-Qamah pernah member wasiat kepada puteranya dan ia berkata :
“hai anakku, jikalau engkau merasa perlu bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini, iaitu :
jikalau engkau melayaninya, ia akan melindungimu,
jikalau engkau bersahabat dengannya dia merupakan hiasan bagi dirimu,
dan,
jikalau kau dalam kekurangan nafkah, ia akan mencukupi keperluanmu.
Pilihlah sahabat yang jikalau kau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia beri,
Jikalau kau diam ia menyapamu dulu dan kesedihan yang menimpa dirimu ia membantu dan mengiburkanmu..”.
Terima kasih sahabatku, aku terima pengorbananmu dan keikhlasan hatimu mengurangkan beban yang kutanggung saat ini.
“Ya Allah,
08/06/09.T.meru Ipoh
Dicatat oleh MAHARCINTA di 6/15/2009 05:08:00 PTG 0 ulasan
Label: CINTA SEORANG SAHABAT...
AKHIRNYA AKU.......
UM RESULT USERNAME PASSWORD dan hantar ke 15888. Begitu caranya, beritahu rakanku. Asalnya berkira-kira untuk pergi ke ke cc . Berdebar-debar aku. Andai rebah lagi, aku pasrah pada takdir Ilahi.
“Tit..Tit..tit..tit.tittt….”
RM0.2o UM: No Daftar PECo50071 SEm (Sesi): 2(2008/2009) GPA/CGPA:____/____ Keputusan : LULUS PPEC3107: _ PPEC3141:__GVEK1015:__
Received : 02:08:14 02-06-2009
Alhamdulillah ya Allah..Menitis airmata ini. Perkataan lulus itu lagi besar maknanya buatku berbanding grednya. Allahuakbar! Doaku dimakbul Allah..Hajatku diperkenankan. Tangisku didengari Ilahi. Syukur aku. Sujud aku. Teramat sangat gembiranya. Terasa lapang dada yang menanggung sesak selama ini memikirkannya. Ini membawa makna bahawa aku akan dapat praktikal. Makasih ya Allah untuk anugerah tak terhingga ini untukku bagi semester akhirku yang agak lewat berbanding dengan rakan-rakanku yang sudah mulai bekerja. Syukur lagi aku setelah diberitahukan bahawa rumah sewa yang dicari sudah ditemui. Alhamdulillah lagi ya Allah untuk anugerah yang tidak terhingga ini. Puas aku bertanya rakan-rakan, tapi kenalan yang agak terbatas di daerah sana amat menyukarkan aku sehinggakan abang iparku juga berusaha sama untuk menjejaki sebuah rumah untukku dengan menghubung rakan-rakan lamanya dari sana.
Bila difikirkan, banyaknya urusanku dipermudahkan Allah serentak pada bulan Mei ini dan Allah telah mengkabulkan beberapa doaku . Dan kuanggap ini adalah anugerah dari Allah, setelah kugantungkan segalanya hanya padaNya, kerana kutahu DIA mengira setiap titisan airmataku. Aku berfikir lagi tentang rumah sewa lamaku, barang-barang dan buku-buku yang masih belum dikemaskan lagi ke dalam kotak.
Kutahu kasihMu tak terbanding…
09/06/09
Dicatat oleh MAHARCINTA di 6/15/2009 05:04:00 PTG 0 ulasan
HARI INI KAMI BERJUMPA...
3hb aku sampai hampir jam 10.30 pagi. Kemudian kami panjangkan langkah untuk makan tengahari dan malamnya bercadang untuk ke Bangi berjumpa lagi dua sahabat yang bakal mendirikan rumah tangga. InsyaAllah. Hehehe..
Riuh kami bercerita. Bersama mengulit kenangan tika menjadi usrah di bawah satu bumbung balai Islam kolej tercinta. KK4. Siapa sangka, pengerusi akan bertemu jodoh dengan timbalannya dan pengerusi seterusnya akan bertemu jodoh pula dengan ajk siswinya. Kami mula membina angan-angan untuk mewujudkan alumnai jika sahabat-sahabat kami berkahwin agar ukhwah ini terus terjalin hingga ke anak cucu. Besar sungguh angan-angan kami. hihihi
Esok paginya,4hb 06 2009, kami berjumpa pula seorang sahabat yang dulunya pernah menjadi imam di surau kolej kami. Kami pulang. Lewat petang , aku terasa sangat lapar.
‘TERASA NYAWAKU SEPERTI IKAN KELEMASAN’
Keadaan rumah yang bersepah, tidak terjaga dan dapur yang tak berkemas sangat merimaskan aku. Bagaimana penghuninya yang lawa-lawa dan cantik luarannya tidak tahu menjaga kebersihan rumah? Adehhh...Aku simpulkan ini adalah hasil sikap suka berkira dalam membuat kerja rumah. Sekadar singgah sekejap dua hari untuk satu urusan dan sering keluar membuatkan aku tidak sempat mengemas rumah yang sudah agak lama kutinggalkan untuk bercuti.
Kubasuh beras di dapur dan kupanaskan di atas dapur dan kubawa bawang untuk dikupas ke ruang tamu.Tiga biji baru kukupas, tiba-tiba bau hangit menusuk ke hidung. Takkan nasiku sudah hangit? Baru kuletakkan sekejap tadi. Bila kupandang ke dapur, asap yang kelam membuat aku curiga pantas kubangun melangkah laju ke dapur.,
Ya Allah, api marak meninggi sehingga tidak lagi nampak wajah periuk yang sedang menanggung nasi di dalamnya. Aku mendekat dan bau asap sehingga ke ruang tamu. Kaget aku, mahu kukejutkan zam yang sedang tidur di bilik depan? Rasanya tidak sempat. Untuk kukejutkan dia. Kulihat api marak kian menghampiri tiub gas. Larikan gas? Tidak! Bahaya. Mungkin api menyambar dan meletup. Ya Allah, kalau aku tidak berusaha, bukan zam sahaja, mak cik sebelah dan keluarga akan jadi mangsa juga. Rumah akan terbakar. Perumahan ini akan riuh kecemasan. Tidak dapat kubayangkan. Terasa sesak sekejap dada ini pantas kucapai tepung tapi terikat kemas pula. Kutinggalkan, dan tiba-tiba kuterpandangkan kain buruk lap kaki di hadapan tandas yang lembab. Kucapai dan kucuba padamkan api. Panas! Tapi tak terasa jemari ini dan ku segera angkat periuk nasiku. Nasi masih belum masak dan antah dan tidak hangit. Habis kenapa dapur masih terbakar?
Terpelanting tudung periuk ke kakiku kala kuletakkan periuk ke sinki. Melecur. Baru terasa sakit bahang panasnya.Pedih. hendak kutangis tapi kutahan. Hanya Allah tempat aku bergantung. Aku redha seandainya aku tidak selamat asalkan aku mati dalam keadaan sedang berusaha dari lari tetapi belum tentu ada yang selamat. Kucuba padamkan lagi api yang sedang marak membakar dapur dan kualihkan tungku dapur yang terbakar dan baling ke bilik air. Mujurlah tanganku tidak melecur tetapi tuala dapur yang terbakar pula. Kusiram besi tungku yang terbakar dan kupadamkan lagi saki baki api di atas dapur itu. Akhirnya api itu padam. Terasa nafasku tidak cukup. Rasa terkejut masih belum hilang. Terdiam sejenak aku memandang bekas hangit yang terbakar yang akhirnya berjaya kupadamkan. Ya Allah, aku mula teringat orang yang kusayang. Aku masih hidup rupanya. Tidak percaya.
Allahuakbar. Terasa lemah longlai. Rasa mahu rebah badan ini di situ juga. Mahu kumenangis. Sebak. Alhamdulillah ya Allah. Engkau membantuku, Engkau selamatkan rumahku, kawanku, jiranku, dan engkau masih memberi lagi nyawa padaku. Alhamdulillah untuk kasihMu hari ini.
4.45pm 09/06/09T.meru Ipoh
Dicatat oleh MAHARCINTA di 6/15/2009 04:56:00 PTG 2 ulasan
Label: HATI SEMALAM...
TERIMA KASIH ALLAH...
Terima kasih Tuhan
Kerana mendatangkan cahaya
Ketika aku teraba dalam gulita
Terima kasih Tuhan
Kerana mengejutkan segera
Ketika aku terlena dalam alpa
Terima kasih Tuhan
Kerana menunjukkan hala
Ketika aku tersesat dalam kembara
Terima kasih Tuhan
Kerana menyedarkan hamba
Ketika aku terleka dalam suka
Terima kasih Tuhan
Kerana mengingatkan semula
Ketika aku terbabas lupa
Terima kasih Tuhan
Terima kasih Tuhan
Jika tidaklah kerana ehsan rahmatMU
Hanyut aku lalu karam di lautan nafsu.
OLEH: Ehsan Jamilly, Parit Keroma, muar
11/06/09
Dicatat oleh MAHARCINTA di 6/15/2009 04:49:00 PTG 0 ulasan
Label: PUISI TERPILIH