? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
zwani.com myspace graphic comments

Jumaat, 1 Mei 2009

Episod 5 : KEMPUNAN DURIAN...

Pagi itu, maa lihat anak maa itu makannya di tepi maa tapi membelakanginya. Maa ajak makan bersama tapi katanya,
takpela..”
Pelik hati seorang ibu, sesudu disuapnya ke mulut..Dia keluar ke pintu dapur menuju ke tandas..kemudian dia makan lagi..Situ pergi ke tandas lagi.Bimbang maa takut perutnya meragam tapi katanya tidak. Akhirnya nasi goreng masakan maa tidak habis dan bagaikan tidak terusik.

Sepagi sibuk pak Cik tukang mendirikan kayu pagar tangga dan beranda rumah. Kayu diketam dan aku sibuk memerhatikan kerja-kerja yang rumit dan menarik hatiku itu. Dalam ketika itu juga abang pulang lagi. Naik ke rumah lalu bertanya,
“ayah sudah balik?”

Masuk kali ini sudah berapa kali dia pulang ke rumah semata-mata bertanya ayah. Barangkali menunggu janji ayah untuk belikan durian untuknya. Maklumlah beberapa hari lalu, ayah menyuruh dia mengalah dengan adik kerana durian yang dibeli tidak cukup, dan berjanji untuk belikan yang lain untuknya hari Ini. Kebetulan hari ini adalah hari Jumaat, sudah menjadi kebiasaan ayah pergi ke surau di Dungun dan singgah ke pasar sebelum pulang seperti kebiasaannya.
Bagi kami, satu kehairanan jika ayah tidak membeli durian jika tibanya musim durian biarpun buah durian di belakang rumah menjadi buahnya.

Kemudian, abang turun semula setelah mendapati ayah belum pulang. Mungkin ke workshop lagi. Katanya hari ini juga mahu disiapkan pemasangan enjin baru motosikal BCH 5991,RXZnya sebelum pergi kerja. Al-maklumlah baru mendapat kontrak baru kerjanya di Kuantan. Mahu berjalan jauh, segala diservis baru.

0 ulasan: