Alhamdulillah sekali kerana sepanjang tempoh yang panjang itu, Allah telah permudahkan urusan praktikal saya walaupun pelbagai dugaan dan cabaran menimpa.
Jutaan terima kasih kepada warga politeknik yang telah banyak berjasa kepada saya terutama Tuan Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Puan Asmara binti Sulong kerana telah meluluskan permohonan saya untuk menjalani latihan praktikal saya disini.
Tidak dilupakan kepada pensyarah saya, yang juga merupakan Penyelia sepanjang saya praktikal iaitu Professor Dr. Suradi Salim di Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya di atas bimbingan, teguran dan nasihat beliau dalam membentuk saya menjadi seorang kaunselor yang berjaya dan profesional. Sesungguhnya setiap ilmu yang dititiskan kepada saya sepanjang menjadi pelajarnya amat mahal harganya.
Kepada En. Shamsul Bahrain bin Haron K.B;P.A selaku Penyelaras Unit Bimbingan dan Kaunseling, PSA yang juga merupakan Penyelia Lapangan saya di UBK PSA, diucapkan ribuan terima kasih atas jasa beliau yang banyak memberi tunjuk ajar dan bersabar dengan karenah saya sepanjang berpraktikal di sini. Kesabaran dan kasih sayang beliau seperti seorang ayah yang mendidik dan membentuk seorang anak yang berjaya telah beliau jalankan dengan baik membuatkan saya sangat bertuah dapat berada di bawah didikannya sepanjang tempoh ini.
Tidak dilupakan kepada Puan Sakinah Mat Ail iaitu Pegawai Kaunselor sebelum ini yang juga telah banyak membantu saya, Puan Nurulliza Muklas Pegawai Psikologi Dan Kaunseling UBK, Puan Zaiton dan, Puan Azwira bekas Pegawai Kaunseling UBK kerana memberi sokongan dan bantuan.
Ucapan terima kasih juga dihulurkan kepada Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Puan Hajjah Roziah binti Haji Abdul Latif, Penyelaras Bimbingan Dan Kaunseling JKE Puan Rohayu binti SES, Penolong Penasihat En.Khairul Napisham bin Abd. Razak, Puan Syafiqah Abdullah bekas Penolong Penasihat Bimbingan Dan Kaunseling JKE yang telah banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar sepanjang saya ditugaskan di jabatan tersebut. Jasa kalian amat dihargai dan saya memohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan sepanjang memikul tanggungjawab sebagai seorang kaunselor di jabatan tersebut.
Ucapan terima kasih diteruskan kepada Encik Mu’ammar Shakir, Penyelaras Bimbingan Dan Kaunseling Jabatan Penyenggaraan Pesawat, Puan Halimah selaku Penyelaras Bimbingan Dan Kaunseling Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Puan Norhayati selaku Penyelaras Bimbingan Dan Kaunseling Jabatan Kejuruteraan Awam yang sering memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada saya. Terima kasih diucapkan.
Ucapan terima kasih tak terhingga juga ditujukan kepada rakan pelatih, Cik Normahiran Zainal Abidin yang sama-sama membantu saya dan saling bekerjasama untuk setiap program dan tugas-tugas yang diamanahkan. Didoakan agar beliau akan entati mencapai cita-citanya suatu hari nanti.
Tidak lupa kepada sahabat-sahabatku yang sama-sama mengiringi perjuanganku di bidang ilmu ini dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Buat teristimewa, Matahariku yang banyak memberi sokongan dan motivasi untukku, sahabat lamaku Solehah atau Nor Suriati Mamat, adindaku Huzaifah dan Putri Azilah, Adik Fitri Ismail, Siti Nadiah Ariff, Mahafizyatun Mamat, Adik Aish dan Adinda Redha dan sahabat-sahabat di kolej Kediaman Keempat. Semoga ukhwah ini terus dibasahi dengan mawaddah dan rahmat Allah. Begitu juga dengan ahli-ahli PRS yang banyak membantu terutamanya Adik Hasnan, Adik Mina, Adik Adam, dan adik-adik lain yang sudah kuanggap seperti adikku sendiri. Semoga kalian juga entati dalam pelajaran.
Ucapan khas dan teristimewa untuk keluarga yang tercinta iaitu Salmi binti Ahmad (maa) , Mohd bin Husin (ayah) , kakak-kakak, abang dan adik-adik yang memberi sokongan yang tak berbelah bahagi. Terima kasih untuk kasih entat dan pengorbanan kalian. Semoga Allah akan memelihara dan menjaga ikatan yang bertaut dengan satu darah dan satu rahim ini. Kepada Maa dan ayah, semoga syurga milikmu.
Semoga latihan praktikal kali ini diberkati oleh Allah SWT dan laporan ini dapat dijadikan satu sumber ilmu yang diberkati Allah bagi pembacanya dan diri penulis sendiri. Amin. Barakallahufiq.
Siti Sahara Mohd
PEC 050071
Kaunselor Pelatih
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
4 November 2009