? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
zwani.com myspace graphic comments

Jumaat, 1 Mei 2009

PETANG YANG REDUP....(EPISOD 3)

Maa memanggil-manggil namaku. Lalu ditanya ke aman abang pergi. Sudah hampir lewat petang. Disuruhnya aku mencari abang, bimbang ayah akan pulang sebelum abang pulang. nanti dimarah lagi pada anak lelakinya itu.
Lalu aku melangkah ke rumah Pak Mat di situ abang sedang lincah bermain ping pong. Serba salah aku mahu memangilnya pulang. Diselubungi pula rasa takut dimarah kerana dia itu garang sungguh bagiku. Lalu dia memandangku dan berhenti lalu bertanya. Janjinya kan pulang sebentar lagi lalu aku disuruh pulang dahulu. Lega hatiku.

Abang pulang dengan riang. Kami adik-adik kecil yang asyik bermain di ruang tamu di bawah automatik terdiam. Tapi abang hanya tersenyum dan melangkah tangga ke ruang tamu atas. Pelik, hari ini abang tidak marah bila pulang kami kebisingan. Kami riuh semula.
Tiba-tiba terdengar maa dan kakakku gelak kerana seluar abang yang terkoyak apabila satu tendangan yang tinggi dilayangkan bila dia berlagak bagai seorang hero di depan maa dan kakak.. Laksana seorang pendekar kononya. Tidak kunafikan abang memang handal dalam ilmu silat dan tinju yang dia sendiri pelari tanpa pengetahuan ayah. Kulihat dia riang benar. Bergurau senda lewat petang.
Maghrib berlalu riang hari itu tanpa menyedari ada hati yang bakal tinggalaan kami dalam kesedihan untuk beberapa hari lagi.

0 ulasan: