? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
zwani.com myspace graphic comments

Ahad, 28 Jun 2009

AKU TERIMA NIKAHNYA...

Inilah cinta yang sesungguhnya.
Yang diikat, bukan dengan lafaz


" I love U.."



bukan dengan lafaz


"Aku cinta padamu.."



Tapi dengan lafaz

"AKU TERIMA NIKAHNYA.. "

Inilah cinta yang sesungguhnya...

Sekadar mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan sekolah lamaku, Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Puan Marliza (dah jadik Puan ekk..hehehehe) yang selamat diijabkabulkan entah bila tarikh tepatnya. (kad pun tak tengok sebab sampai kat umah, aku di KL..huhuhu) Maaf laaa semua tak dapat pergi ke majlismu penuh erti..
Tahniah sahabatku Marliza...(n_n)



Buat Awien, kawan dari sekolah rendah sampai laa ambil STPM, yang baru saja tamat belajar kat UKM, tup-tup dah kawin dengan orang Pahang. Terkejut jugak...hehehe(yang nie lagi ralat, baru pi Perak, tengah cuti tapi tak dapat balik laa, tolong kakak jaga baby baru lahir) Dah dapat suami yang berkerja apa lagi nak tunggu kan? Perkara yang baik jangan ditangguh-tangguh. Membazir masa..hehehehehe.

Dan selamat selamat bertunang juga lah kepada Yana kawan baik Awien yang kiut itu dan juga Lekha (dengar khabar nak bertunang da bulan enam nie..entah-entah dah bertunang, hihihi) Aku tumpang gumbira...(n_n)

Tahniah Faz...Cumel..hehehehe

Dan juga untuk budak-budak kelas...(budak-budak apa dah kahwin..heheheh) Rakan-rakan sekelas yang khabarnya sudah melangkah ke jinjang pelamin dengan pasangan masing. Faz, Ummi, sape lagi ek? Ramai sangat yang kawin...Kad kawin kat rumah dah banyak yang sampai, tapi tak sampai ke tangan ini. Huhuhuhu..Maklumlah bermusafir di negeri orang...hohoho

TAHNIAH YA SAHABAT-SAHABAT..

INI DOA UNTUKMU YANG SEDANG BERBAHGIA MENGECAPI SUNNAH..



"SEMOGA


ALLAH MEMBERKATI ENGKAU


DAN MENYATUKAN KAMU BERDUA


DALAM KEBAIKAN..


.amin..."


Dan aku..insyaAllah..doa-doakan ya...entah bila..tapi pastinya suatu hari nanti...Sekarang pun sudah ada yang menggosipkan aku sudah bertunang...senyum jer la..hahahaha..


Yang dicari walau bukan PUTERA RAJA,

Yang diimpi, biarlah tak punya RUPA,

Asal SEDAP DIPANDANG MATA,

Yang dinilai bukan sempurna SIFAT JASMANI,

Asalkan sihat ruhani, SEMPURNA HATI...

Yang diharap bukan JIHAD PADA SEMANGAT,

Asalkan PERJUANGANNNYA ADA MATLAMAT,
Yang datang, tak perlu dinilai dengan SILAM YANG GEMILANG
Kerana hamba serikandi dengan SILAM YANG KELAM

Yang dinanti, bukan lamaran dengan PERMATA

Cukuplah AKAD dan JANJI SETIA..

Dan, yang terjadi,

ANDAI TAK SAMA KEHENDAK HATI, HAMBA REDHA KETETAPAN ILAHI...