? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
zwani.com myspace graphic comments

Sabtu, 1 Ogos 2009

GAYAT..aku GAYAT...

Bermula 17 hb- 19 hb Julai yang lalu, UBK ( Unit Bimbingan dan kaunseling PSA) telah diamanahkan untuk menguruskan satu program motivasi, KEm Pembangunan sahsiah Diri, untuk pelajar-pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik. nak cerita pajang pun tak sempat, Sop tengok jerk la beberapa keping gambar yang sempat kucurik daripada laptop si hasnan ini..heheheheeh
HAmpir Tiba..selamat datang ke daerah yang takde line tepon...hahahaha....

Ngan Vinoth, orang kuat PRS ( Pembingbing Rakan Siswa..)
Angkat barang cepattttttt.......
Bertolak...cam nak gi perkampungan orang asli plak..naik benda nie..daki bukit tinggi..huhuhu
Kusyuk dengar tazkirah pagi dari Cikgu...
Nyanyi jangan tak nyanyi..Lagu Tema...
Ketua-ketua Senaman Pagi..Tak pasal-pasal ada yang didenda kena buat Ninja Turtle..hahahahaha
Sehening pagi untuk Senaman...sejukk...belakang, kolam air sungai...
Fasilitator yang nakal-nakal...
Group Rijal bersama Cikgu....
Group nisa' ngn Pn Syafiqah...
Adik Famy. Cikgu Shamsul, hafsyam, Ma, Pn. Syafiqah dan Cik Sara...
Di kawal oleh dua bodyguard yang handsome memberi kata-kata peransang untukku melangkah..Terima kasih Cikgu Shamsul dan adik-adikku, Hasnan, Famy, Akmal, Hafsyam untuk motivasi itu.. Menangis jugak nak sampai..hukhukhukhuk..menderita...
Bersama adik-adik yang banyak menyumbang tenaga dan ankal-nakal..hohohoho
Ini kumpulan adik Famy dan Abang-abang..hahahahha...juga 'abang muke ketat'
mengaco kumpulan Vinoth...heheheh.mencapak jerk..hihihi
Dusun inMemory..Dewan Lentang, kem Rimba, Dusun Eco Resort...
Orang-orang kuat KEM..hehehehehe


12.26 pm 1 ogos, cc pntai permai nan indah..(n_n)

Khamis, 30 Julai 2009

Di Sini cintaku berlabuh...PSA...

Dulu... Dulu, Logo Um..asal nak buat assignment..carik logo Um..sekarang, logo baru pulak..tiada lagi warna biru, Kini sudah berganti baru dihatiku..PSA..POliteknik Sultan salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Dah agak lama tak update blog. Sekarang busy, tapi ambil mood kejap. Sementara masa masih ada. Kumasih ingat lagi saat mula-mula melangkah kaki ke PSA ini bersama fail dan surat. Berulangkali juga sebeeum didaftarkan masuk secara rasminya pada 6 Julai 2009. Dan esok akan tamat bulan Julai..Kadang-kadang rasa menderita menunggu masa berlabuh di muara. Selama empat bulan berada di sini perlbagai perkara aku belajar, pengalaman datang silih berganti..Begitu juga dugaan dan Ujian. Alahmdulillah..Aku masih stabil menempuhi segalanya. Cuma kadang-kadang kesihatan ini cepat sangat terganggu. Apatah lagi sudah 3 minggu aku bekerja tanpa henti. Setiap hari cuti ada sahaja kem yang mahu diuruskan. Inilah dunia kaunselor. Itu tidak termasuk lagi sesi-sesi kaunseling yang bagai sudah memenuhi jadual sehingga terpaksa aku hadkan sekadar empat sesi sahaja dalam sehari. Penat memnag penat. Tapi inilah dunia. Bukan syurga, terniat sahaja sudah berada di depan mata.
When we change our thinking, We change our belief...
When we change our beliefs, we change our expectations...
When we change our expectations, we change our attitude...
When we change our attitude, we change our behaviour...
when we change our behavior, we change our performance...
When we change our performance, we change our life
Cikgu Shamsul, pegawai Kaunseling yang amat aku kagumi selalu mengulangi kata-kata ini. Sebagai penyelia ku di sini, sebagai ayah, sebagai ketua..dan segala-galanya...tanpanya, aku mungkin tidak dapat singgah dan berkhidmat di sini...Terima kasih Cikgu..Puan Sakinah..Hasnan ( S/U PRS), adik-adik PRS yang lain juga, FamY, rafiQ, hafsyam...Apa yang penting? KERJASAMA..hehehehehe

BERKELANA DAN MENJADI WARGANEGARA...MENDERITA..huhuhu

Sangat mengantuk. Mengikut jadualku jika tiada apa-apa urusan saat ini aku lenakan diri sekejap sementara Zuhur tiba. Agar tubuh rasa segar. Tapi..sekarang ini berada di pejabat, dan waktu rehat pejabat dalam 4 minit lagi..hohohoho...Menumpang komputer pegawai kaunselor memandangkan komputerku AGAK SAKIT..tidak dapat bertahan lama. Laporan ceramah semalam baru separuh siap. Penat. Masih bertimbun yang tertangguh. Kadang-kadang aku cemburu dengan rakan praktikalku yang lebih pantas siap dariku. tapi..inlah dugaan untukku. Redhalah aku... Esok, 31 Julai hampir genaplah aku sebualn di sini. Seawal 7.15 pagi menunggu teksi ( jalan kaki takut lambat nak punch card..huhuhu ). Itu kalau bernasib baik dapatlah teksi seawal mungkin. Biar sampai awal ke pejabat asal tidak lambat. Kadang-kadang dimurahkan rezeki apabila pensyarah bagi tumpang. Segan aku.Huhuhu...
Begitu juga pulang. Hampir setengah jam, menunggu makanan siap di kedai ( takde gas nak masak kat umah) , itu tak termasuk lagi masa yang diambil untuk kaki ini melangkah gagah ke tingkat empat. Blok empat itu. (waaaaaaa...takde lif..Penat giler..huhuhuhu ) tapi Alhamdulillah solat kuawalkan. Kadang-kadang aku terpaksa bertarung jugak dengan masa, ( BUkan kadang-kadang tetapi selalu ), bertarung dengan kehendak rakan untuk balik terus tanpa solat dan solat dirumah. Menghaibkan diri tika azan sedangkan rakanku sudah mula mengemas. Bagi aku solat dahulu lagi penting, apatah lagi masa untuk berjalan pulang dan tiba di rumah memenatkan..membazir masa..tapi kadang-kadang terpaksa mengalah...(dugaan...lewat solat ku..adehh....tak sedap hati..hukhukhuk..)
Dalam kesibukan ini terasa masa agak berjalan laju dalam perlahan. Agak laju dalam perlahan??? Pelik..entah... kehidupan, jam biologi yang berubah, tidur malam yang masih terjaga dan kepenatan sehingga makin kurang aku berkhalwah denganNya..ya Allah..Janganlah Engkau biarkan aku tanpa perhatian dan kasih sayangMu selalu...Temani aku harungi perubahna hidup yang agak memenatkan ini....
"ya Allah,
permudahkanlah aku ini menduduki imtihan duniaMU..
Jadikanlah debaran dijiwaku dan sebabkanlah risau dihatiku jika gagal melamar redhaMU...
Dengarlah rintihanku yang sanggup bersusah demi ilmuMU..
terimalah airmata ini sebgai penyejuk kemurkaanMU...
Belailah jiwaku di saat aku terkulai lemah agar aku terhindar dari mengaharapkan selain dariMU..
amin, ya rabbal a'lamin...."
ubk/psa 1.20pm