'Jumaat17hb042009'
Alhamdulillah, kelas yang mendebarkan ini akhirnya tamat jua gantinya. 12.30terpacak di stesen Pudu untuk ke Ipoh. 4.30 petang tiba jua di Ipoh. Dahulukan solat dan jamak. Abang ipar ambil, singgah sebentar membeli makanan petang dan terus ke wad Bersalin, Hospital Besar Ipoh, Perak. Alhamdulillah, kak ja kembali sihat. Cuma babynya tidak mahu bergerak. Nakal benar dia ya. Hm…Tak suka tinggal di hospital seperti ayahnya barangkali.hihihi Tahu-tahu sahaja ya baby nie..Puas doctor mahu memdengar denyutan jantungnya, asyik berpusing-pusing di dalam kantungnya.
Sarat pun pi pantai ya..huhuhu..tak ajak Pon... Alhamdulillah, kelas yang mendebarkan ini akhirnya tamat jua gantinya. 12.30terpacak di stesen Pudu untuk ke Ipoh. 4.30 petang tiba jua di Ipoh. Dahulukan solat dan jamak. Abang ipar ambil, singgah sebentar membeli makanan petang dan terus ke wad Bersalin, Hospital Besar Ipoh, Perak. Alhamdulillah, kak ja kembali sihat. Cuma babynya tidak mahu bergerak. Nakal benar dia ya. Hm…Tak suka tinggal di hospital seperti ayahnya barangkali.hihihi Tahu-tahu sahaja ya baby nie..Puas doctor mahu memdengar denyutan jantungnya, asyik berpusing-pusing di dalam kantungnya.
Saat-saat bahagia tika di hari perkahwinan di rumah abang ipar...
Tak semena-mena doktot terlepas cakap..’Baby lelaki..’ padahal kakakku sudah berpesan dan tidak mahu doctor membritahunya, Biarlah menjadi satu kejutan. Tapi…huhuhu..Dah ter'tahu'.ketawa aku mendengar ceritanya..haha..Suprise untuk maa di rumah. Asyik benar maa mengulang-ngulang keyakinannya bahawa cucunya kali ini adalah lelaki. Juga yakin benar maa bahwa cucunya akan melihat dunia ini pada hari Selasa nanti. Tersenyum aku. Maa sudah melahirkan 16 orang dari rahimnya, tak mustahil kalau telahannya betul, pengalaman menambah pengetahuan. Segunung kasih dan selaut sayang yang tak bertepian untuk maa yang disayangi.
Abang ipar mula bercakap dengan babynya untuk meransang otaknya bergerak. Kakakku menyuruhnya membaca surah tapi baby tetap diam dank eras di dalam rahimnya. Last-last abang iparku mmebuka sahaja teleponnya dan memasang asma’ Allah lalu diletakkan di atas perut kakakku. Terlupe aku. Aku juga ada menyimpan ayat-ayat cinta yang dilagukan oleh seorang syeikh Arab.
‘AYAT-AYAT CINTA…’
Aku mula mem’bluetooth’kan ayat-ayat cinta itu ke dalam telefonnya. Tapi baru beberapa surah kecil, sudah penuh memorynya.huhuhu..Akhirnya kupasang sahaja ayat-ayat cinta itu dan kuletakkn di atas perut kakakku. Sempat kakakku memuji bacaan yang sangat merdu itu. Mestilah merdu, qari dari arab tapi lupe namanya. Syeikh al-ghamidi? Mungkin ker..hihi, lupe sudaa…
Beberapa minit kemudian, perut mula melembut semula. Baby sudah mula bergerak dan tidak lagi berdiam diri. Barangkali bacaan surah yang merdu ini lagi best dari suara ayahnya..hehehe..Kata kak ja, biar dia dengar orang mengaji nanti biar cepat pandai mengaji. Menggunung tinggi harapannya melihat anak yang bakal dilahirkan pandai mengaji. Berlainan benar dengan hasrat ayahnya yang mahu melihat anaknya pandai berbahasa Ingeris dan bermain bola.huhuhu..Orang lelaki..begitulah..bola juga yang diharapkannya..ishk..ishk..hihihi
‘KERANA SAYANG KUTURUTKAN…’
MALAM-kuteman adikku yang nakal ke Jusco berdekatan untuk mebeli sepasang seluar slack hitam. Mencari sepasang sahaja, tapi satu gedung JUSCO tak dijumpe. Penat melangkah ke Tesco pula barulah bertemu akhirnya. Aku jugak yang penat, penat menaikim bus pun belum hilang lagi, rasa mahu tercabut sahaja lutut ini.
Sebelum tidur, menjahit seluarnya yang agak labuh. Dia sudah tergolek di tepi..hmm..nakal sungguh..dideranya aku ini…Sabor jer la..'kerana sayang kuturutkan…'
0 ulasan:
Catat Ulasan