? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
zwani.com myspace graphic comments

Khamis, 25 Jun 2009

KAMI BERSALAH...

Alhamdulillah...


Leganya hati tak dapat dibayangkan. Kudoakan Prof tidak lagi memarahi kami dan menerima kesalahan kami. Alhamdulillah, beliau membantu kami dan....dapat laa sikit tazkirah..hehehe (sape suruh buat salah dengan prof..huhuhu) Ya Prof, memang salah kami. Huhuhu. Tapi hari ini beliau memberi nasihat dengan senyuman dan ketawa. Fuhh...syukur sangat-sangat...Itu lah, lain kali jangan careless. Tengok surat itu betul-betul. Isi pun salah. kami lah yang isi salah tue. Tak pepasal surat tak dapat disimpan dalam rekod PSA. Tapi, alhamdulillah kerana Cr. Syamsul banyak membantu kami yang setahun jagung. Baru nak bergelar pelatih (bukan pelatih pusat serenti tau..hehehehe) pelatih kaunselor, awal-awal dah buat salah. Huuu...Hmmm, Itu cerita dua hari yang lepas.

Ini cerita hari ini. Barang-barang semua dah kemas. Cuma sedikit lagi baju tak muat untuk dimasukkan dlam satu beg. Buku? Hmm..letak dlm beg galas jerk la. Kalau letak dalam kotak banyak pulak nak kena usung, tak termasuk lagi dengan kotak komputer dua bijik.

Tadi telefon sahabatku atau adikku Aish yang sedang sibuk berpraktikal. Ingin memohon bantuannya untuk menghantarku ke rumah baru di Shah Alam...Alhamdulillah...Dia sudi membantu. Nakku sewa kereta sewa mahal pula harganya. Makin tercekik aku yang sudah hampir tercekik ini. Hohoho..barang-barang lain sudah disimpan, dan menunggu masa untuk dipindahkan selepas habis kontrak umah ini. Tak tahulah nak dipindahkan ke mana nanti. Sibuk dengan praktikal lagi. ya Allah, Engkau permudahkanlah urusanku.

Kukenangkan balik saat-saat menguruskan urusan ini. bermula sebelum exam lagi. Dari satu masalah ke satu masalah menuggu kami dan menguji kesabaran hati. Berulang-alik ke bilik prof demi satu surat penting, maklumat yang tidak lengkap, kesalahan surat, masalah rumah sewa, kewangan dan sebagainya. Perlbagai dugaan yang menguji sehingga kadang-kadang hati ini merintih sedih. Menangis sepi mencari kekuatan dlaam diri. Tapi aku tahu aku tidak sendirian. Lantaran itu kaki ini terus melangkah walaupun hampir rebah menongkah musibah, kerana kutahu KEKASIH AGUNGKU setia disisiku.

Terima kasih ya ALLAH, di atas segala ujian yang KAU berikan kerana ia menguatkan iman yang goncang. Mendekatkan aku untuk semakin dekat denganMU.

Terima kasih untuk adik Aye Yuni, kata-kata itu sering mengiringi hidupku..dan terima aksih kerana cuba untuk menguatkan lagi ingatan ini..


"Bila engkau memandang segalanya dari ALLAH, yang menjadikan segalanya,

yang menimpakan ujian,

yang menjadikan sebab sakit hatimu,

yang membuat keinginanmu terhalang,

serta yang menyusahkanmu, pasti damai hatimu.

Masakan ALLAH sengaja takdirkan segalanya sia-sia.

BUkan ALLAh tak tahu deritamu, retaknya hatimu,

tapi mungkin itulah yang DIA mahu.

Kerana DIA tahu, hati beginilah yang selalunya lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNYA.."10.06.2009

TIDURLAH-TIDURLAH WAHAI MATA...

Kalau nak gugur,
gugurlah nangka,
jangan menimpa si dahan pauh...
kalau nak tidur,
tidurlah mata,
jangan terkenangkan orang yang jauh...Masih kuingat lagi pantun itu, pantun untuk orang yang tidak mahu tidur..hehehehe
Bukan mahu bercakap tentang orang yang tidak mahu tidur, tapi sekadar ingin bercerita tentang kelebihan tidur..tidur malam? semestinya..Tak tidur malam maknanya tak normal..
Ini cerita tentang tidur siang. Tidur siang? hmm...
Tidur seketika pada waktu tengah hari. Pernah tidur tengahari tak? hehehe..Tidur tengah hari atau lebih dikenali dengan 'qailulah' memang sudah menjadi amalan dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. Bukan lambang kemalasan tetapi ini adalah satu amalan yang amat memberuntungkan jika dimanfaatkan betul pada caranya dan tidak melakukannya secara berlebih-lebihan.
Imam al-Ghazali pernah mengatakan bahawa :
" Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu melaksanakan ibadah pada waktu malam,
sebagaimana amalan bersahur membantu ibadah puasa di siang hari.
Sebaik-baiknya hendaklah seseorang itu bangun dari tidurnya sebelum gelincir matahari untuk menunaikan solat Zuhur"
Amalan 'qailulah' adalah suatu amalan sunnah yang dapat menyegarkan tubuh badan dan sekali gus dapat meningkat produktiviti diri. Kajian menunjukkan tidur pada waktu tengahari didapati amat berkesan untuk meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti kerja seseorang. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat dan seterusnya meningkatkan produktiviti keseluruhannya.
Amalan 'qailulah' ini amat sesuai dilaksanakan oleh semua orang dalam usaha dan salah satu cara meningkatkan kekuatan tubuh serta membina kekuatan mental.
So, mai ler tido siang, tapi jangan lebih-lebih..hehehehe

Ahad, 21 Jun 2009

Di sentuh TERGURIS..Di hantuk TERSERPIH...

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk terserpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...
Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu;
kerana malu itu, sebahagian daripada iman...