Pagi itu selepas beberapa ketika, ayah pulang dengan beberapa biji durian. Bersembang dan berbincang dengan tukang yang sedang sibuk membuat tiang pagar tangga.
Ketika kemudian, kulihat Manaf, anak jiran sekampungku berhenti di depan rumah dengan motosikalnya. Memandang dengan serba salah. Pelik aku dibuatnya. Kemudian dia pergi membawa teka –teki.
Sedetik kemudian, berhenti pula sebuah bull-dozer, ngaumannya di depan rumah sudah cukup menarik perhatian maa, ayah,aku dan beberapa orang yang berada di situ.
Dari seberang jalan, dia melaungkan. Kurang jelas..Tak puas hati dia mula turun dan melangkah mula..mendekati..
"Pak Awie mane?” anak dia accident!!! Cepat sikit..depan kedai Pak Hashim..takde orang angkat lagi, baru accident!!!"
Terkejut ayah. Istghfar ayah..
Terkejut maa..
Terkejut juga mak cik sebelah tak percaya.
Bergegas ayah turun tangga dan sempat bertanya,
“Junaid pergi mane tadi?”
Lantas maa menjawab,
“Tadi naik basikal ke sungai barangkali..!”
"Allahu ya Rabbi…”
Berkali ayah menyebut nama Allah. Langkahnya laju mencapai motor lalu menderum pergi.
0 ulasan:
Catat Ulasan