UM RESULT USERNAME PASSWORD dan hantar ke 15888. Begitu caranya, beritahu rakanku. Asalnya berkira-kira untuk pergi ke ke cc . Berdebar-debar aku. Andai rebah lagi, aku pasrah pada takdir Ilahi.
“Tit..Tit..tit..tit.tittt….”
RM0.2o UM: No Daftar PECo50071 SEm (Sesi): 2(2008/2009) GPA/CGPA:____/____ Keputusan : LULUS PPEC3107: _ PPEC3141:__GVEK1015:__
Received : 02:08:14 02-06-2009
Alhamdulillah ya Allah..Menitis airmata ini. Perkataan lulus itu lagi besar maknanya buatku berbanding grednya. Allahuakbar! Doaku dimakbul Allah..Hajatku diperkenankan. Tangisku didengari Ilahi. Syukur aku. Sujud aku. Teramat sangat gembiranya. Terasa lapang dada yang menanggung sesak selama ini memikirkannya. Ini membawa makna bahawa aku akan dapat praktikal. Makasih ya Allah untuk anugerah tak terhingga ini untukku bagi semester akhirku yang agak lewat berbanding dengan rakan-rakanku yang sudah mulai bekerja. Syukur lagi aku setelah diberitahukan bahawa rumah sewa yang dicari sudah ditemui. Alhamdulillah lagi ya Allah untuk anugerah yang tidak terhingga ini. Puas aku bertanya rakan-rakan, tapi kenalan yang agak terbatas di daerah sana amat menyukarkan aku sehinggakan abang iparku juga berusaha sama untuk menjejaki sebuah rumah untukku dengan menghubung rakan-rakan lamanya dari sana.
Bila difikirkan, banyaknya urusanku dipermudahkan Allah serentak pada bulan Mei ini dan Allah telah mengkabulkan beberapa doaku . Dan kuanggap ini adalah anugerah dari Allah, setelah kugantungkan segalanya hanya padaNya, kerana kutahu DIA mengira setiap titisan airmataku. Aku berfikir lagi tentang rumah sewa lamaku, barang-barang dan buku-buku yang masih belum dikemaskan lagi ke dalam kotak.
Dan…satu perkara yang berat menanggung dalam kepala ini adalah bagaimana akan aku membiayai dua bayaran sewa umah serentak dan belanja untuk praktikalku nanti. Ya Allah permudahkanlah urusanku ini. Urusan duniaku ini. Permudahkan urusan prktikalku nanti, semoga aku dapat menjalaninya dengan jayanya seperti rakan-rakan yang lain.
Hanya padaMu kuserahan urusan kehidupanku di dunia ini ya Allah.
Kutahu kasihMu tak terbanding…
09/06/09
Kutahu kasihMu tak terbanding…
09/06/09
0 ulasan:
Catat Ulasan