? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
zwani.com myspace graphic comments

Isnin, 15 Jun 2009

HARI INI KAMI BERJUMPA...

Kuterima mesej dari seorang sahabat. Janjiku untuk datang ke Kuala Lumpur untuk membayar sewa dan sekaligus bertemu dengannya yang sudah agak lama tidak berjumpa.

3hb aku sampai hampir jam 10.30 pagi. Kemudian kami panjangkan langkah untuk makan tengahari dan malamnya bercadang untuk ke Bangi berjumpa lagi dua sahabat yang bakal mendirikan rumah tangga. InsyaAllah. Hehehe..

Riuh kami bercerita. Bersama mengulit kenangan tika menjadi usrah di bawah satu bumbung balai Islam kolej tercinta. KK4. Siapa sangka, pengerusi akan bertemu jodoh dengan timbalannya dan pengerusi seterusnya akan bertemu jodoh pula dengan ajk siswinya. Kami mula membina angan-angan untuk mewujudkan alumnai jika sahabat-sahabat kami berkahwin agar ukhwah ini terus terjalin hingga ke anak cucu. Besar sungguh angan-angan kami. hihihi

Esok paginya,4hb 06 2009, kami berjumpa pula seorang sahabat yang dulunya pernah menjadi imam di surau kolej kami. Kami pulang. Lewat petang , aku terasa sangat lapar.

‘TERASA NYAWAKU SEPERTI IKAN KELEMASAN’
Keadaan rumah yang bersepah, tidak terjaga dan dapur yang tak berkemas sangat merimaskan aku. Bagaimana penghuninya yang lawa-lawa dan cantik luarannya tidak tahu menjaga kebersihan rumah? Adehhh...Aku simpulkan ini adalah hasil sikap suka berkira dalam membuat kerja rumah. Sekadar singgah sekejap dua hari untuk satu urusan dan sering keluar membuatkan aku tidak sempat mengemas rumah yang sudah agak lama kutinggalkan untuk bercuti.

Kubasuh beras di dapur dan kupanaskan di atas dapur dan kubawa bawang untuk dikupas ke ruang tamu.Tiga biji baru kukupas, tiba-tiba bau hangit menusuk ke hidung. Takkan nasiku sudah hangit? Baru kuletakkan sekejap tadi. Bila kupandang ke dapur, asap yang kelam membuat aku curiga pantas kubangun melangkah laju ke dapur.,
Ya Allah, api marak meninggi sehingga tidak lagi nampak wajah periuk yang sedang menanggung nasi di dalamnya. Aku mendekat dan bau asap sehingga ke ruang tamu. Kaget aku, mahu kukejutkan zam yang sedang tidur di bilik depan? Rasanya tidak sempat. Untuk kukejutkan dia. Kulihat api marak kian menghampiri tiub gas. Larikan gas? Tidak! Bahaya. Mungkin api menyambar dan meletup. Ya Allah, kalau aku tidak berusaha, bukan zam sahaja, mak cik sebelah dan keluarga akan jadi mangsa juga. Rumah akan terbakar. Perumahan ini akan riuh kecemasan. Tidak dapat kubayangkan. Terasa sesak sekejap dada ini pantas kucapai tepung tapi terikat kemas pula. Kutinggalkan, dan tiba-tiba kuterpandangkan kain buruk lap kaki di hadapan tandas yang lembab. Kucapai dan kucuba padamkan api. Panas! Tapi tak terasa jemari ini dan ku segera angkat periuk nasiku. Nasi masih belum masak dan antah dan tidak hangit. Habis kenapa dapur masih terbakar?

Terpelanting tudung periuk ke kakiku kala kuletakkan periuk ke sinki. Melecur. Baru terasa sakit bahang panasnya.Pedih. hendak kutangis tapi kutahan. Hanya Allah tempat aku bergantung. Aku redha seandainya aku tidak selamat asalkan aku mati dalam keadaan sedang berusaha dari lari tetapi belum tentu ada yang selamat. Kucuba padamkan lagi api yang sedang marak membakar dapur dan kualihkan tungku dapur yang terbakar dan baling ke bilik air. Mujurlah tanganku tidak melecur tetapi tuala dapur yang terbakar pula. Kusiram besi tungku yang terbakar dan kupadamkan lagi saki baki api di atas dapur itu. Akhirnya api itu padam. Terasa nafasku tidak cukup. Rasa terkejut masih belum hilang. Terdiam sejenak aku memandang bekas hangit yang terbakar yang akhirnya berjaya kupadamkan. Ya Allah, aku mula teringat orang yang kusayang. Aku masih hidup rupanya. Tidak percaya.

Allahuakbar. Terasa lemah longlai. Rasa mahu rebah badan ini di situ juga. Mahu kumenangis. Sebak. Alhamdulillah ya Allah. Engkau membantuku, Engkau selamatkan rumahku, kawanku, jiranku, dan engkau masih memberi lagi nyawa padaku. Alhamdulillah untuk kasihMu hari ini.

4.45pm 09/06/09T.meru Ipoh

2 ulasan:

sya_ais berkata...

salam..biar betul akak...
ALLAHUAKBAR...alhamdulillah akak selamat....

kekaNda13 berkata...

Alhamdulillah..kekanda amat merasakan kasih sayang Allah yang masih memberi pinjam nyawa untuk kali ini...(n_n) ati-ati ya kalo masuk dapur nti..huhuhuhu..