Tit..Tit..
“Assalamualaikum. sahabat-sahabat, ayah k.mash telah kembali ke rahmatullah petang tadi. Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah, moga dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang bertakwa. Doakan juga ketabahan untuk k.mash dan keluarga.amin..”-deq jan
Innalillahiwainnailairaji’un…
Al-fatihah untuk arwah ayah sahabtku itu.
segera kuforwardkan mesej tersebut sebelum maghrib tiba. Malamnya ku forwardkan lagi pada sahabat-sahabat lain dan kuhantarkan ucapan takziah untuknya sekeluarga.
Setiap detik kudengarkan kematian. Sesungguhnya kematian itu sangat dekat. Aku juga merasa mati itu sangat dekat denganku. Cuma aku tidak tahu bila masanya dan tarikhnya. Allah berahsia denganku agar aku tak terleka. Tapi kadang-kadang aku terleka juga.
Kalau Allah mahu ambil nyawaku, sudah pasti Allah boleh matikan sahaja aku pada 4/06/09 yang lalu di hadapan perumahanku. Entah bagaimana sewaktu menanti untuk melintas jalan, tiba-tiba langkahku terhenti apabila lenganku segera ditarik sahabatku Azilah dan motor lelaki itu brek dekat benar dengan jubahku. Terkejut aku. Kenapa dia menyonsang arus? Merungut aku. Jika sahabatku tidak sedar dan aku terus melangkah dan brek tidak sempat ditekan aku pasti dilanggar. Dan nyawa itu bisa saja Izrail tarik disitu. Tapi Allah selamatkanku. Alhamdulillah…
Petang itu juga nyawaku dihujung tanduk kurasakan. Apabila dapur terbakar akibat sisa minyak yang tidak dilap membakar marak dapur rumahku. Aku kaget dan hanya berpasrah cuba memadamkan api keseorangan. Terasa lemah lutut ini melihat hanya beberap cm lagi api mahu menyambar tiup gas berdekatan.
Tika itu aku pasrah jika aku meninggal dalam kebakaran. Hanya Allah tempat pergantunganku. Namun, Allah masih memberiku peluang hidup untuk kali ini. Syukur aku api itu tidak membakarku dan Allah melindungiku. Sebak aku. Wajah orang yang kusayang terpapar diminda yang masih dalam kejutan. Pasti pemergianku ditangisi Terima kasih ya Allah untuk nyawa kali ini. Aku beringat, MATIKU DEKAT
Al-Ghazali :
Yang jauh itu WAKTU
Yang dekat itu MATI,
Yang besar itu NAFSU,
Yang berat itu AMANAH,
Yang mudah itu BERBUAT DOSA,
Yang panjang itu AMAL SOLEH,
Dan
Yang indah itu SALING MEMAAFKAN..
09/06/2009/03.59pm
0 ulasan:
Catat Ulasan