? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
zwani.com myspace graphic comments

Selasa, 24 Februari 2009

Di sini ku bersinggah..FROM ZERO TO HERO!!!!

...SK Seksyen 1 Bandar Kinrara..
Kelapangan yang terlalu lapang menyebabkan aku menerima sahaja tawaran rakanku untuk menjadi fasilalitator bagi program ASA Explore yang entah ke berapa, aku sendiri tidak tahu. Kali ini bertempat di Sekolah Kebangsaan Kinrara.


Walaupun kepenatan kerana baru balik dari kelas silat yang meletihkan, kukuatkan badan kerana menunai janji yang sudah dipatri.


Lewat tengah malam aku dan Ummi, dan Adhaha dihantar ke sana oleh Bro Has. Kepenatan membuat latihan silat amat terasa hingga ke sendi tulang.


Malam, tidur dengan tidak lenanya kerana kesakitan di badan-badan. Bimbang juga kerana modul-modul untuk LDK belum kubaca, apatah lagi untuk memahaminya. Sedang sahabat-sahabat fasilitator yang lain tekun mengulangkaji. sebenarnya, modul tak cukup lagi. kena kongsi dulu ..huhuhu...tapi kedahulukan memberi kerehatan kepada badan yang kepenatan.


Pagi esoknya barulah kubaca dan fahami modul mana yang sempat kubaca dan faham. Persediaan untuk hari pertama dan malamnya. Alhamdulillah, modul yang senang kuingat dan mudah untuk kuolah bila bersama adik2 nanti.


Hari pertama bersama dan mula mengenali adik-adik. Ada pelbagai ragam. Hannah dengan suka termenungnya, Maha yang suka menhilangkan dirinya ketika saat-saat makan bersama dan ketika mula masuk dewan. Anis yang sering mengantuk dan asyik blurrr jerk..hehehehe. Macam-macam peel adik-adiku ini.


Tiga hari bersama mereka sudah cukup membina satu ikatan kasih sayang yang amat sukar dimengertikan oleh hati ini. Terasa sayu bila lagu tema berkumandang, terasa gembira bila mereka menjawab dan bercakap riang. Terasa kenyang bila melihat mereka makan menyuapkan makanan untuk kakak yang mereka sayang. Terasa bangga bila mereka berjaya menang dalam permainan tapak gergasi biarpun kesilapanku memberi mereka kertas yang lebih kerana kurang dengar arahan dari Bro Sham menyebabkan mereka terpaksa berpatah balik mengulang. Maafkan akak..huhuhuhu...tapi kamu semua MENANG!!!! Terasa kasihan bila mereka kelihatan keletihan dan meminta minuman. Malah ada yang minta mahu pergi mandi ketika program masih ada..huhuhu, sori tak dapat tolong..masa mandi belum tiba lagi..adik-adik..macam-macam...(n_n)






Mereka ini amat bersemangat, tapi mungkin kurang penguat. Lanataran itu, kau cuba sedaya upaya membina keyakinan diri mereka, membuka minda mereka supaya berfikir dengan lebih maju, dan jadi lebih bermotivasi. Mendidik kanak-kanak ni agak senang berbanding mengajar budak-budak yang dah remaja. Walaupun mereka nakal, tapi mereka mendengar kata.




Alhamdulillah..Mudah-mudahan mereka berjaya dalam peperiksaan UPSR yang akan menjelang tidak lama lagi. InsyaAllah. Mudah-mudahan segala janji-janji yang telah mereka tulis dan baca di hadapan ibu dan ayah masing-masing ditunaikan.




Sesungguhnya ini kali pertama kau menjadi fasilitator untuk budak-budak sekolah rendah. Banyak ilmu baru yang Allah berikan padaku sebagai imbuhan perjalanan. Ilmu untuk menjadi seorang fasilitator yang baik, untuk mnejadi orang baik, untuk menjadi kakak yang baik, untuk mnejadi anak yang baik, untuk membuatkan semuanya menjadi baik. Malah, aku sendiri termotivasi dengan sendirinya apabila berada di sini. (n_n) Alhamdulillah...






Sebelum pulang, ku salam dan peluk mereka erat-erat. Malah ada ibu mereka yang datang mengucapkan terima kasih. Terharu. Mudah-mudahan anak-anak mereka semakin taat.






KITA DITAKDIRKAN BERJAYA




Di hari permulaan


suatu pertemuan


merancang pelayaran


disulam keazaman


berbekal kecekalan dan impian




mengemudi bahtera


merentasi samudera


mengejar cita-cita


satu hasrat terpendam


seiring pengobanan dan harapan




walau ribut..walau badai yang melanda


kan diharungi dengan tabah dan rela


ini semua sudah suratan Ilahi


hadapi dengan sepenuh kenyataan


biar...apapun dugaan


kita...jadikan panduan


agar tidak kalah di pertengahan


pelayaran


semoga dapat diteruskan perjuangan




berarak kabus pagi


terserlah sinar suci


keringat yang tercurah


terbalas sudah




melangkah ke akhirat


pulau harapan....



Tahniah juga kepada adik-adik semua keseluruhannya, peserta MIND-A 2009 SKBK1 , kerana berjaya memecah rekod ‘beat for d clap’ sbnyk 16 kali…TAHNIAH!!!!




dan...yang terakhir...




Salam sayang untuk adik-adikku yang comel di Sekolah Kebangsaan Kinrara, Bdr Kinrara.



KUMPULAN SEBELAS : " RAJIN! DISIPLIN! zas! zas! I'M the best!! Ape yang penting???? KERJASAMA!!!!

adeQ AMIRA, adeQ HANNAH, adeQ NABILA, adeQ SAIDATUL, adeQ ANIS, adeQ NADHIRAH, adeQ AINA, adeQ AMIRAH, adeQ SHAHIRAH, adeQ MAHA (n_n) Luv u all...


Di sini ku bersinggah : MOtivasi Insan Dinamik [MIND-A], SK seksyen 1 Bandar Kinrara (pelajar tahun 6)

14hb-15hb Februari 2009

0 ulasan: