Selepas kuliah, bergegas kau ke cafe tempat biasa kusinggah sepertimana kebiasaanku apabila lapar menjengah perut. Di situ aku terasa jauh dari
orang-orang yang aku kenali dan menenangkan hatiku ini (n_n) berbanding cafe fakulti sendiri.
Saat melalui lorong menuju ke destinasi, kuterpandang dua gadis berkulit hitam. Gadis Afrika barangkali tekaku menonong. Blousnya jean yang labuh, berserta tudung labuhnya yang hampir sampai ke paras lutut bertebar-tebar ditiup angin. Terdetik hatiku, dia antara yang masih patuh pada agama, menutup aurat malah melebihi menutup dada, sedangkan umat Islam di negara ini sendiri tidak begitu mengimani apa yang diajari Islam sendiri.
Aku memaniskan muka, kelihatan keduanya memandangku.Tulus. mereka bertutur dalam bahasa yang aku langsung tidak fahami. Semakin dekat..Setapak lagi untuk menyamai..
Tiba-tiba, terlantun kalimah indah itu dari bibirnya..Kalimah yang menyatukan sesama islami supaya saling menyintai.
"ASSALAMUALAIKUM..."
Aku terkejut dan terpana dibuatnya. Dalam dengar tak dengar aku menjawabnya..
"wa alaikummussalam"
Malu..sungguh malu aku dibuatnya. Rakannya seolah-olah mempersoalkan rakannya memberi salam kepadaku atau mungkin juga dia memberitahu kawannya yang memberi salam padaku bahawa responku yang agak terkejut tadi..huhuhuhu...husnu zan daa...sahabatnya yang memberi salam tadi hanya berlalu dan tersenyum padaku
Sabda RASULULLAH SAW :
"tidak akan masuk syurga
sebelum kamu beriman,
dan tidak dapat dikatakan beriman
sebelum kamu saling mencintai antara satu sama lain.
Mahukah kamu
saya tunjukkan tentang sesuatu yang kalau kamu kerjakan tentu
kamu akan saling mencintai?
Iaitu
sebar luaskan salam diantara kamu.
(HR. Muslim)
Tersenyum aku selepas itu. Sungguh..sungguh malu tadi. Malu aku pada seorang gadis yang hanya menumpang menuntut ilmu di negeriku. Kami mungkin beza pada warna kulitnya, pada bangsa, bahasa dan negara. Tapi, aku lupa sebenarnya kami sama. Kami bediri di atas akidah yang sama. Iman yang sama.
Lantaran itu, salam itu sepatutnye disebarkan. Tetapi yang memalukannya adalah bukan aku yang memulakannya. Tapi dia.
RASULULLAH SAW bersabda :
"hak orang Islam terhadap orang islam yang lain ada lima :
- Menjawab salam.
- Melihat orang sakit.
- Mengiringi jenazah.
- Menghadiri undangan.
- Mendo'akan orang yang bersin."(HR Bukhari dan Muslim)
Alhamdulillah, aku telah menunaikan hak yang pertama itu. (n_n) Jumaat 23/01/2009
2 ulasan:
cerita tauladan nih...menarik sb d ltakkn hadis brsama
peringatan buat yang lupa dan beriman..(n_n)
Catat Ulasan