? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
zwani.com myspace graphic comments

Rabu, 25 Februari 2009

Kawin oh Kawin...



26.02.2009

Hari ini, sudah berkali-kali ucapan TAHNIAH aku terima atas jemputan dariku ke rumah sempena majlis akad yang bakal menjelang tidak lama lagi. Atas bebrapa kemusykilan, aku menjadi 'bakal pengantin' secara tak bertauliah..hehehe. Terkejut jugak bila Bro Has telefon dan ucapan bertalu2 darinya ditujukan buatku....hahahaha..

Nampaknya ada orang salah faham..hehehehe...
Lewat petang, berborak lama dengan seorang adik yang telah lama tidak kujumpa. Saat bercerita, terpacul dari mulut bahawa dia diam-diam kini sudah 'diikat'. Malah, sudah setahun berlalu.

Alhamdulillah...terkejut? gembira? tak percaya? percaya je?

semua bercampur aduk. Ya Allah..Kau permudahkan urusan dia. Bertunang akhirnya. Mendapat bakal suami dari ahli jemaah. Hubungan yang diikat bukan atas sekadar suka tetapi istikharah yang telah ditunjukiNya. Alhamdulillah. Dia semakin istiqamah..Subhanallah..Indah benar percaturan jodoh yang ditemukan Allah untuknya. Allahuakbar!!!
Kelmarin dulu, aku baru sahaja terima sekeping kad cantik dan berwarna ungu lembut dari seorang rakan kolej yang telah graduate. Isnin, 16 mac 2009. Tapi jauhnya kalau nak pergi. Aloq Staq tue..huhuhuhu...Berkahwin jugak dia akhirnya.
Sebelum itu sahabatku menyampaikan juga satu berita gembira bahawa seorang sahabat juga telah bertunang dan perjalanan sebagai seorang tunang sungguh dijaga dan dibatasi serta dijaga orang tua disisi. Alhamdulillah. Bukan mudah menjaga hati. Saat diikat terasa dekat. Lalu iman perlu diperkuat. Agar yang pahala tidak menjadi dosa sia-sia. Kemanisan rumah tangga tidak tersia seawalnya.

Cuti semseter baru-baru ini. Sempat kumenghadiri majlis kahwin sahabatku yang baru sahaja gradute dari sebuah universiti. Berdiri segak disisinya sang suami bergelar polis lengkap sepasang sedondon baju berwarna biru. Pada tarikh yang sama, kudapat tahu dari seorang sahabatku, seorang kawan turut bertunang. Alhamdulillah, semua kahwin dalam umur yang dikira muda untuk zaman serba ke depan ini. Menumpang gembira aku atas kegembiraan sahabat-sahabatku yang bertuang kini dan sudah menjadi isteri.


Hai manusia,

Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari Laki-laki dan perempuan

dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dari suku suku

supaya kamu saling kenal-mengenali.

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa di antara kamu.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

(Surah Al-HUjurat, ayat 13)

Mudah benar kulihat sahabat- dan rakan-rakanku diikat dan melangsungkan perkahwinan.
Pernah kutanya pada seorang rakan, untuk apa dia bercinta. Katanya pantas, 'untuk berkahwin'.

Dan untuk berkahwin, perlu mencari suami atau isteri yang solehah. Tapi kalau diri sendiri belum soleh atau solehah, layakkah kita untuk meminta selebih itu? Kurenung diriku...

BUkan mudah berpaut di dahan cinta rupanya. Takut terpaut di dahan rapuh, lalu patah menyesal tak sudah. Hendak mencari permata suci, cinta hati insani, bukan mudah seperti mengutip batu di jalanan. Menjejaknya umpama mengutip mutiara di dasar lautan. Ada nafas yang perlu di tahan untuk menyelam. Ada kekuatan yang diperlukan untuk berenang ke dasar yang dalam. Dan yang penting ada keimanan yang kuat untuk menemani sepanjang pengembaraan di lautan dalam.
"Ya Allah, Akadkan aku dengan segera sekiranya itu yang terbaik untukku. Usah biarkan aku diracuni cinta yang meragui..amin..." (n_n)

0 ulasan: