Sangat mengantuk. Mengikut jadualku jika tiada apa-apa urusan saat ini aku lenakan diri sekejap sementara Zuhur tiba. Agar tubuh rasa segar. Tapi..sekarang ini berada di pejabat, dan waktu rehat pejabat dalam 4 minit lagi..hohohoho...Menumpang komputer pegawai kaunselor memandangkan komputerku AGAK SAKIT..tidak dapat bertahan lama. Laporan ceramah semalam baru separuh siap. Penat. Masih bertimbun yang tertangguh. Kadang-kadang aku cemburu dengan rakan praktikalku yang lebih pantas siap dariku. tapi..inlah dugaan untukku. Redhalah aku... Esok, 31 Julai hampir genaplah aku sebualn di sini. Seawal 7.15 pagi menunggu teksi ( jalan kaki takut lambat nak punch card..huhuhu ). Itu kalau bernasib baik dapatlah teksi seawal mungkin. Biar sampai awal ke pejabat asal tidak lambat. Kadang-kadang dimurahkan rezeki apabila pensyarah bagi tumpang. Segan aku.Huhuhu...
Begitu juga pulang. Hampir setengah jam, menunggu makanan siap di kedai ( takde gas nak masak kat umah) , itu tak termasuk lagi masa yang diambil untuk kaki ini melangkah gagah ke tingkat empat. Blok empat itu. (waaaaaaa...takde lif..Penat giler..huhuhuhu ) tapi Alhamdulillah solat kuawalkan. Kadang-kadang aku terpaksa bertarung jugak dengan masa, ( BUkan kadang-kadang tetapi selalu ), bertarung dengan kehendak rakan untuk balik terus tanpa solat dan solat dirumah. Menghaibkan diri tika azan sedangkan rakanku sudah mula mengemas. Bagi aku solat dahulu lagi penting, apatah lagi masa untuk berjalan pulang dan tiba di rumah memenatkan..membazir masa..tapi kadang-kadang terpaksa mengalah...(dugaan...lewat solat ku..adehh....tak sedap hati..hukhukhuk..)
Dalam kesibukan ini terasa masa agak berjalan laju dalam perlahan. Agak laju dalam perlahan??? Pelik..entah... kehidupan, jam biologi yang berubah, tidur malam yang masih terjaga dan kepenatan sehingga makin kurang aku berkhalwah denganNya..ya Allah..Janganlah Engkau biarkan aku tanpa perhatian dan kasih sayangMu selalu...Temani aku harungi perubahna hidup yang agak memenatkan ini....
"ya Allah,
permudahkanlah aku ini menduduki imtihan duniaMU..
Jadikanlah debaran dijiwaku dan sebabkanlah risau dihatiku jika gagal melamar redhaMU...
Dengarlah rintihanku yang sanggup bersusah demi ilmuMU..
terimalah airmata ini sebgai penyejuk kemurkaanMU...
Belailah jiwaku di saat aku terkulai lemah agar aku terhindar dari mengaharapkan selain dariMU..
amin, ya rabbal a'lamin...."
ubk/psa 1.20pm
0 ulasan:
Catat Ulasan