Yang diikat, bukan dengan lafaz
" I love U.."
bukan dengan lafaz
"Aku cinta padamu.."
Tapi dengan lafaz
"AKU TERIMA NIKAHNYA.. "
Inilah cinta yang sesungguhnya...
Sekadar mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan sekolah lamaku, Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Puan Marliza (dah jadik Puan ekk..hehehehe) yang selamat diijabkabulkan entah bila tarikh tepatnya. (kad pun tak tengok sebab sampai kat umah, aku di KL..huhuhu) Maaf laaa semua tak dapat pergi ke majlismu penuh erti..
Tahniah sahabatku Marliza...(n_n)Sekadar mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan sekolah lamaku, Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Puan Marliza (dah jadik Puan ekk..hehehehe) yang selamat diijabkabulkan entah bila tarikh tepatnya. (kad pun tak tengok sebab sampai kat umah, aku di KL..huhuhu) Maaf laaa semua tak dapat pergi ke majlismu penuh erti..
Buat Awien, kawan dari sekolah rendah sampai laa ambil STPM, yang baru saja tamat belajar kat UKM, tup-tup dah kawin dengan orang Pahang. Terkejut jugak...hehehe(yang nie lagi ralat, baru pi Perak, tengah cuti tapi tak dapat balik laa, tolong kakak jaga baby baru lahir) Dah dapat suami yang berkerja apa lagi nak tunggu kan? Perkara yang baik jangan ditangguh-tangguh. Membazir masa..hehehehehe.
Dan selamat selamat bertunang juga lah kepada Yana kawan baik Awien yang kiut itu dan juga Lekha (dengar khabar nak bertunang da bulan enam nie..entah-entah dah bertunang, hihihi) Aku tumpang gumbira...(n_n)
Tahniah Faz...Cumel..hehehehe
Tahniah Faz...Cumel..hehehehe
Dan juga untuk budak-budak kelas...(budak-budak apa dah kahwin..heheheh) Rakan-rakan sekelas yang khabarnya sudah melangkah ke jinjang pelamin dengan pasangan masing. Faz, Ummi, sape lagi ek? Ramai sangat yang kawin...Kad kawin kat rumah dah banyak yang sampai, tapi tak sampai ke tangan ini. Huhuhuhu..Maklumlah bermusafir di negeri orang...hohoho
TAHNIAH YA SAHABAT-SAHABAT..
INI DOA UNTUKMU YANG SEDANG BERBAHGIA MENGECAPI SUNNAH..
"SEMOGA
ALLAH MEMBERKATI ENGKAU
DAN MENYATUKAN KAMU BERDUA
DALAM KEBAIKAN..
.amin..."
Dan aku..insyaAllah..doa-doakan ya...entah bila..tapi pastinya suatu hari nanti...Sekarang pun sudah ada yang menggosipkan aku sudah bertunang...senyum jer la..hahahaha..
Yang dicari walau bukan PUTERA RAJA,
Yang diimpi, biarlah tak punya RUPA,
Asal SEDAP DIPANDANG MATA,
Yang dinilai bukan sempurna SIFAT JASMANI,
Asalkan sihat ruhani, SEMPURNA HATI...
Yang diharap bukan JIHAD PADA SEMANGAT,
Asalkan PERJUANGANNNYA ADA MATLAMAT,
Yang datang, tak perlu dinilai dengan SILAM YANG GEMILANG
Kerana hamba serikandi dengan SILAM YANG KELAM
Yang dinanti, bukan lamaran dengan PERMATA
Cukuplah AKAD dan JANJI SETIA..
Dan, yang terjadi,
ANDAI TAK SAMA KEHENDAK HATI, HAMBA REDHA KETETAPAN ILAHI...
7 ulasan:
tuan umah bile lagi...??huhu
hihihi..tuan umah..insyaAllah..coming up..hahahaha..fokus pada pektikel dulu..huhuhu (n_n)
ha,nnti jgn lupa bg kad ye kanda.hihi..
insyaAllah..(n_n)kad? bleh-bleh..kad buatan sewndrik..hihihi...kalo takde kad jemput ngn mulut boleh? hehehehe
mopga kamu punya menyusul....
hebat luahan ati nih...
"Yang dicari walau bukan PUTERA RAJA,
Yang diimpi, biarlah tak punya RUPA,
Asal SEDAP DIPANDANG MATA,
Yang dinilai bukan sempurna SIFAT JASMANI,
Asalkan sihat ruhani, SEMPURNA HATI...
Yang diharap bukan JIHAD PADA SEMANGAT,
Asalkan PERJUANGANNNYA ADA MATLAMAT,
Yang datang, tak perlu dinilai dengan SILAM YANG GEMILANG
Kerana hamba serikandi dengan SILAM YANG KELAM
Yang dinanti, bukan lamaran dengan PERMATA
Cukuplah AKAD dan JANJI SETIA..
Dan, yang terjadi,
ANDAI TAK SAMA KEHENDAK HATI, HAMBA REDHA KETETAPAN ILAHI..."
^_^
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."al hujurat:13
"perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. " an-nur:26
.:.moga d ketemukan dgn yg soleh ^_^
Amin..insyaAllah..moga diketemukan dengan yang soleh..tTerima kasih ya Keretasorong....Sesungguhnya janji-janji Allah itu benar. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! (n_n)
Catat Ulasan