Hari ini kurang sihat. Badan terasa agak letih dan panas. Petang kuterima pangilan dari adikku Aish untuk berjogging ke tasik yang sering kami kunjungi. Selalu pergi waktu pagi. Tidak mahu menghampakan, boleh juga kubersiar-siar menukar angin. Kebosanan terkurung di rumah terasa amat. Husna turut kuajak untuk tidak mensia-siakan kerusi kereta yang kosong. Ingatkan. Cik Ummu dan Cik Mar ikut serta tetapi masing ada agenda masing-masing. Pemandu dan bodyguard kami semestilah adikku si Redha..hahaha..Terima kasih kerana sering menjadi driver dan bodyguard terhormat untuk kekanda and the gang.(n_n)
Selalunya kami ke sini waktu pagi untuk berjongging.( Sambil-sambil main buaian kat taman mainan kanak-kanak nie, hehehe) Masih kuingat lagi, bangun awal pagi untuk memasak nasi lemak lauk ayam tumis. Dan nasi lemakku terlupa perencah garamnya. Hahaha. Tetapi menambah juga adikku yang kuat makan si Aiman. Selepas jogging makan nasi lemak. Bgus sungguh .hahaha. Hilang 1kg tambah plak 2kg.huhuhu
Dan hari ini, kerana kukurang sihat, kasut jogging ditukar kepada sandle biasa sahaja, hanya bertshirt dan berseluar track. Dan adikku juga sama, Jogging bertukar kepada wanging around. Boleh hirup udara segar di taman daripada terperuk di rumah, bertambah tak sihat jadinya.
Jalan-jalan juga, solat didahulukan pertama. Sempat bersolat awal maghrib di Masjid Negara yang berdekatan.Masyaallah, sungguh cantik dan luas. Selama ini sekadar lalu dan melihat dari jauh sahaja. Terima kasih atas kesempatan ini ya Allah, mengizinkan aku mengunjungi rumahMu yang cantik..
Dan penamatnya mestilah makan malam, satay dan makan berhidang dan berjemaah.
InsyaAllah bersinggah lagi di T.Perdana bersama sahabat-sahabat selepas ini. .
28.04.2009/TAMANTASIKPERDANA.KL.
0 ulasan:
Catat Ulasan