‘UMAT YANG LEMAH DAN SENTIASA BERDOSA ‘
Selesai Allah menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat.
Selepas itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata :
“wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?”
Lalu Allah berfirman yang bermaksud :
“Tidak”
Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rakaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rakaat itu tempohnya 20,000 tahun.
Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud :
“Wahai Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan jika tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadatmu, akan tetapi akhir zaman nanti akan ada seorang Nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad.
Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.
Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang dan dosa mereka pun besar juga.
Maka, demi kemulianKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih aku sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedang kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu”
Kemudian Jibril a.s berkata :
“ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan?”
Lalu Allah Berfirman yang bermaksud :
“Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’wa sebagai tempat tinggal.”
Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara :
-Allah menyembunyikan redaNya dalam taat
-Allah menyembunyikan murkaNya dalam maksiat
-Allah menyembunyikan namaNya yang Maha Agung di dalam al-Quran
-Allah menyembunyikan lailatul Qadar di dalam Ramadhan
-Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu)
-Allah menyembunyikan (tarikh berlaku ) hari Qiamat di dalam semua hari
0 ulasan:
Catat Ulasan