Kenapa manusia selalu leka? Kerana mereka tidak sedar mereka hidup tidak lama. Bila-bila masa dan ketika, malaikat akan datang menunaikan perintah Allah untuk mencabut nyawa. Mereka lupa apada M.A.T.I.
Padahal Rasulullah SAW telah berpesan :
"Perbanyakkanlah engkau mengingati mati, yang akan memutuskan kamu dengan kesenangan dunia. Tiap orang yang mengingati mati akan dilapangkan hidupnya yang sempit dengan keluasan nikmat, sebaliknya tiap orang yang tidak ingat akan mati, akan dikecilkan hidupnya yang luas."
Bukan dikatakan mengingati mati itu dengan kita berwajah monyok, lesu dan tidak bersemangat. Wajah pucat seperti mayat, tidak lalu makan dan asyik termenung mengenangkan umur yang entah bila kekalnya. Entah esok lusa nyawa aku ditarik nyawa oleh Izrael bagaimana ya? Maklumlah, umur tidak tahu bila panjangnya...huhuhu..
Sesungguhnya mengingati mati adalah satu amalan yang mulia dan terpuji, kerana membuatkan kita sebagai manusia sedar, kemudian berusaha untuk beramal sebanyak-banyaknya. Baik dalam amalan ibadah, muamalah, mahupun segala amalan yang baik untuk manusia.
Sebahagian ulama besar mengatakan bahawa sesiapa yang banyak mengingati mati akan terdorong olehnya untuk melakuakn tiga perkara yang utama dalam hidupnya iaitu segera bertaubat, berhati tenang, dan rajin beribadah. Tetapi, sesiapa yang melupakan kematian, ia akan mengalami penderitaan dalam tiga perkara iaitu menangguhkan taubat, tidak rela hidup sederhana dan malas beribadah.
Kita sebagai mahkluk yang telah dianugerahkan Allah dengan akal dan pelbagai nikmat lainnya hendaklah sedar bahawa hidup di dunia ini mempunyai batas-batas waktu yang tertentu, dan kesenangan hidup ini hanyalah bersifat sementara sahaja.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.
Dan sesungguhnya pada hari khiamat akan disempurnakan balasan amalmu. Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya"
(ali Imran :185)
0 ulasan:
Catat Ulasan