KAMU SUKA ORANG YANG MEROKOK???
Tak suka pun, abang-abang ipar merokok. Alhamdulillah abang dah berhenti merokok. Tambah sahabat itu. "Syukur sangat-sangat adik tak merokok... "
Kenapa orang merokok?
Kajian penyelidikan oleh beberapa institusi dan perkhidmatan kesihatan umum mengaitkan faktor-faktor merokok dengan faktor sosial.
Tengok kat bawah nie...
Kebanyakn orang-orang asap ni (perokok) mula merokok sejak masa di bangku sekolah, maktab atau pusat-pusat IPT atau masa mula-mula bekerja. Suka hati mereka la bila mereka mula merokok..tapi, yang bahayanya bila dah mula belajar untuk merokok, sangat susah untuk menghentikannya! Kalau kereta, habis minyak berhenti la sendiri, tapi hisap rokok??? ohhh tidak semudah itu..huhuhu
Kalau ditanya sama perempuan yang anti rokok, mesti diselitkan ciri-ciri calon suami ialah ..."tidak merokok"huhuhu..."habis la peluangku..." kata seorang lelaki.
"Rokok tak bahaya la..best ape? tenangkan fikiran..hilang stress..hilang sakit kepala yang tengah berserabut nie ha.." Ini adalah antara jawapan-jawapan perokok yang cinta sama rokok..hehehe
Eh, diorang nie tak tau ke?
Ancaman mereka yang menghisap rokok ialah barah???!!!
Barah?
Ya! Barah.
satu wabak pengembangan sel-sel yang tidak terkawal. tar yang disedut dalam rokok itu akan memendapkan kimia-kimia korosif ke atas lapisan peparu yang lembut dan juga didalam tenggorok. lalu disinilah bermulanya apa itu bronkitis kronik, barah, dan enfisema paru-paru, barah kerongkong dan penyakit salur nadi jantung. Bagi perokok, mereka punya kebarangkalian 3 kali ganda untuk mati akibat serangan sakit jantung akibat daripada merokok. Innalillah...
"Alaaa...dah bertahun aku merokok, takde penyakit punn..sihat walafiat lagi..." Orang macam nie, bukan tak tahu bahaya merokok, tapi sayang sama rokok. Bila sayang, buruk pun jadik baik..hehehehe...
Jom tengok penyakit-penyakit akibat merokok :
- Barah paru-paru -Berlaku bila tar yang memendap dalam saluran pernafasan. Barah ini selalunya merebak dengan tidak terkawal dan akan menyebabkan 95% kematian
- barah kerongkong - Bermula akibat kesan-kesan daripada bahan-bahan kimia. Sellaunya mangsa barah ini akan kehilangan suara selepas pembedahan dijalankan.
- Enfisema Paru-Paru - Berlaku apabila sel-sel permukaan peparu mula tumbuh akibat dari perangsang asap rokok. Apabila perkara ini berlaku, karbon dioksida akan terpengkap dalam pundi-pundi udara dan ini akan menyebabkan sesak nafas dan kurang tenaga.
- Pembuluh menjadi keras - Nikotin yang terdapat di dalam tembakau akan menambhakna pemendapan lemak terutamanya kolesterol di dalam saluran-saluran darah. pembuluh-pembuluh darah menjadi keras akibat terdapatnya lemak-lemak. Lemak-lemak ini akan menghalang pembekalan darah ke jantung dengan cukup, juga ke otak dan lain-lain organ.
- Pembekuan darah di dalam saluran darah boleh menyebabkan serangan penyakit jantung.
- Kerosakan Otak - Pemendapan kolesterol dalam saluran-saluran darah dalam otak akan menimbulkananoksia di beberapa bahagian otak. keadaan ini akan menyebabkan badan menjadi lumpuh dan juga lemah.
Kerosakan juga berlaku pada mata tunas perasa yang mana akan menghilangkan keupayaan menghidu dan merasa. Selain itu, berlaku juga kerosakan pada gusi dan kecenderungan untuk mati akibat barah mulut adalah 4 kali ganda berbanding orang yang tidak merokok. huhuuhu...
Merokok juga boleh menjejaskan kesuburan kerana bilangan sperma boleh menjadi rendah dan pergerakan sperma menjadi lemah..hati-hati kaum lelaki!
Ibu-ibu atau bakal-bakal ibu juga, perlu tahu bahawa merokok boleh membahayakan bayi dalam kandungan! sejumlah ibu-ibu yang merokok akan menghadapi masalah keguguran yang akan berlaku ketika peringkat kedua iaitu antara jangka masa empat hingga enam bulan mengandung...innalillah..
Orang asap ini selalu menolak bahawa terdapatnya gas-gas beracun dalam rokok yang dihisap oleh mereka. Gas-gas tersebut adalah seperti hidrogen sainod, nitrogen oksida dan karbon monoksida.
Meh kita tengok petua untuk berhenti plak..boleh ker? berkesan ker..? hmmm...
Semua orang merokok majoritinya berhasrat nak berhenti, tapi tak menjadi..Ada yang berusaha nak berhenti, berputus asa pula apabila tidak dapat melawan ketagihannya. Seorang kawan pernah berkata bahawa dia adalah seorang perokok. Pada waktu itu, dia sedang berusaha menghentikan tabiat merokok. Kenapa dia berhenti? kerana tiada faedah katanya..Tambahan pula dia ingin cari isteri yang solehah dan pada zaman sekarang perempuan yang solehah sudah tentu tidak mahukan suami yang merokok sepertinya. Lalu dia memberitahu sahabat-sahabatnya yang merokok supaya tidak sesekali menawarkannya rokok seperti biasa jika sayangkan dia sebagai sahabat dan menghormati keputusannya. Dia juga terpaksa menahan diri dan berjaga-jaga apabila keluar atau bersama-sama dengan kawan-kawan yang merokok. Lalu, lepak seperti biasa dihadkan kerana ketika itu keinginan untuk merokok akan menjadi kuat katanya. Dia sibukkan diri dengan pelajaran, beribadat dan berdoa..Alhamdulillah setelah melalui saat perit meininggalkan kekasih bernama rokok, dia berjaya! Tidak mudah tapi sedikit susah..kenapa?? kerana dia ada matlamat..iman dan semangat yang kuat.Mudah-mudahan dia ditemukan dengan calon isteri yang didambakannya (n_n)
Cara yang lebih berkesan untuk berehnti merokok adalah dengan menjauhi rokok sama sekali dan bukannya berhenti secara berperingkat-peringkat kerana adalah lebih baik mengalami yang teruk dua tiga hari daripada menyiksa diri berminggu-minggu dan berbulan-bulan. Anda pasti berjaya dengan cara begini dari yang anda fikir! betul!
"Susah tu..." kata seorang perokok
"Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih..." senang jawab kawan yang tak merokok. hehehehe...
Pada hari pertama memang susah dan payah untuk
berhenti merokok, tetapi selepas lima hari, kebanyakan ketagihan itu jelas akan kurang atau hilang terus. Tak percaya!? Cubalah! hehehehe...
Teruskan lagi sehingga sepuluh hari, dan anda akan berjaya. Katakan pada diri kamu bahawa kamu boleh melakukannya pada setiap kali sebelum tidur pada waktu malam.
hmmm...Perlu untuk memotivasikan diri sendiri jika tiada motivasi dari orang disisi, hihihi...
Jika ketagihan mula menguasai diri kamu, perhatikan jarum jam di tangan kamu.Lihat jam tersebut dari saat berjalan dan seterusnya.
Macam pukau plakk..jangan mata terbeliak suda.....hehehehe
Dengan azam yang gigih, kamu pasti boleh menahan diri daripada menghisap cuma selama enam puluh saat. Sekarang satu minit telah berlalu! Kamu boleh tahan satu minit lagi, tentu kamu boleh! Kamu akan dapat melihat, selepas minit ketiga, ketagihan itu akan berkurangan. Kamu akan tahu semua kuasa menahan kehendak itu akan digambarkan dari minit menjadi jam, dari jam menjadi hari, dari hari menjadi minggu, minggu menjadi bulan dan bulan menjadi tahun dan seterusnya! (n_n)
Hmmm....siapa yang bersemangat, dia pasti kuat dan boleh buat!
Di sini dicadangkan beberapa petua daripada sebuah buku untuk dipatuhi bagi mengawasi waktu-waktu ketagihan berlaku dalam tempoh seminggu dua yang pertama dan seterusnya ke arah cara hidup yang baru!- SELALU MANDI - Mandi 3 atau 4 kali sehari selama 15-20 minit sekali mandi. Waktu mandi lupakan segala-galanya (bertenang). Jika anda terasa hendak merokok semula, masuk ke bilik mandi dan mandi, memang payah merokok masa mandi..hehehehe
- BANYAKKAN MINUM AIR - Minum enam hingga lapan gelas air pada waktu makan. simpan satu rekod jika perlu. Lagi banyak air diminum lagi cepat nikotin dibersihkan dari badan. Haa..jangan sesekali minum minuman keras. Haram untuk orang Islam..huhuhu
- JADUAL KEGIATAN HARIAN - Berehatlah secukupnya. Masa makan dan tidur hendaklah ditentukan. Buata jadual tidur yang lebih awal dari biasa. Berilah peluang kepada saraf untuk mendapat rehat yang secukupnya. Apabila kita berada dalam keadaan letih, kuasa kehendak dan ketagihan merokok adalah tinggi...
- JANGAN DUDUK SELEPAS MAKAN - Selepas makan, keluarlah berjalan-jalan dan tarik nafas sedalam-dalamnya selama 15-30 minit. jangan duduk selepas makan kerana inilah masa keinginan yang kuat hendak merokok. Keluarkan kerusi, tirai, hamparan dan lain-lain yang berbau temabkau, jauhilah dari situ..hohoho..Kemaslah rumah tue terus lagi bagus..hehehehe..
- JANGAN MINUM MINUMAN KERAS DAN BERGAS - Kamu yang sedang berusaha untuk berhenti merokok juga perlu menjuahi minuman keras (bagi yang minum air haram ni laa..), kopi atau minuman yang mengandungi gas. Cuba elakkan diri dari ubat-ubatan yang kononnya untuk mententeramkan pada peringkat ini. Hmmm, susu adalah satu minuman yang sangat baik. Kebanyakan perokok yang mahu berhenti akan memilih kopi kerana berpendapat kopi boleh membantu mengurangkan ketagihan merokok. pendapat ini salah kerana minuman kopi sebenarnya boleh menggerakkan keinginan semula untuk merokok.
- JAUHI MAKANAN YANG PEDAS - Kebanyakan perokok sebenarnya sukakan makanan yang pedas-pedas. Kenapa? Kerana deria perasa pada lidah mereka tidak sensitif disebabkan kuasa 'bius' oleh nikotin. Jadi, elakkanlah makanan yang pedas-pedas kerana makanan ini akan membawa kepada ketagihan merokok. Begitu juga makann yang mengandungi manisan atau gula-gula. Sebaliknya, makanlah sebanyaknya makanan seperti buah-buhaan, sayur-sayuran, kekcang dan nasi. Di samping itu juga, perlu banayak makan makanan yang mengandungi Vitamin B untuk meningkatkan kuasa saraf sebagai menggantikan nikotin yang hilang itu.
Ikutilah petua yang tersedia ada ini.insyaAllah, dengan tekad, azam dan ditambah dengan iman dan semangat yang kuat..Kamu pasti berjaya! (n_n)
0 ulasan:
Catat Ulasan