? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
zwani.com myspace graphic comments

Rabu, 31 Disember 2008

CINTAI WANITA 'Kaulah RAcun, Kaulah Penawar'



"WANITA

YANG BIJAKSANA

MAMPU MENGUBAH

SAHARA

YANG GERSANG MENJADI

TAMAN YANG SEGAR MENGHIJAU"(Syeikh 'Aidh Al-Qarni)

WANITA...kaulah madu, kaulah penawar...Teringat aku pada satu artikel yang pernah ku baca dan masih kusimpan sehingga sekarang...Buat peringatan untukku mendatang...

"MELURUSKAN RUSUK YANG BENGKOK"

JANGANKAN lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.

Apalagi yang tiada di syurga, namun Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.

Dijadikan mereka dari tulang rusuk lelaki yang bengkok untuk diluruskan lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, tidak mungkin dia mampu untuk luruskan mereka.

Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskan wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan daripada-Nya.

Jangan jinakkan mereka mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangankan hiburkan dengan kecantikan, nanti mereka akan semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.

Kenalkan mereka kepada Allah yang kekal, di situ suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkanlah dengan ilmu.

Hati serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman.

Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah, kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah hati mereka walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden atau Perdana Menteri ataupun women gladiator sekalipun.

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan, keran rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja negarawan, karyawan, jutan dan wan-wan yang lain.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur apalagi menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak diluruskan bahkan mereka pula yang membengkokkannya.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan berbanding perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak mengenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri apalagi mengenal lelaki.

Kini bukan lagi ramai bos telah kehilangan sekretari, bahkan anak pun kehilangan ibu, suami akan kehilangan isteri dan bapa kehilangan puteri.

Apabila wanita derhaka, dunia lelaki akan menjadi huru-hara. Apabila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa.

Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan daripada mereka, tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita. InsyaAllah.

"Jangan mengharapkan isteri seperti Saiyidatina Fatimah r.a selagi peribadi belum seperti Sayidina Ali r.a"

~MOhd. Fauzi Ramin, Melaka~

Selasa, 30 Disember 2008

'CINTAI QURAN...'



'BERMULANYA SEBUAH CINTA….'

Tunduk aku.
“Mengaji lagi! Mengaji lagi! Mengaji sokmo!”
Getusku dalam hati..Geram..

“Kalau tak nak mengaji nak buat ape!? Nak biar quran tu sumpah dulu baru nak mengaji?!”
Marah benar Maa.
Telan air liur aku.Saat aku berdegil dan memprotes kerana malas mengaji quran tika kecil2 dulu…Bukan aku ini bengap dalam mengingati setiap huruf, setiap suku dan ayat..Tidak..Cepat benar 'tangkap. Biarpun tika maa dan ayah menghantarku mengaji umurku sudah awal tahun 1.

Mungkin aku tidak bersekolah pra seperti kawan yang lain, pergi sekolah agama rakyat pun sekerat, lantaran kerja rumah yg perlu kubuat, biarpun tak padan dengan tulang kecilku yang sekerat..tapi nak buat macamana, hidup kami tika itu tidak sederhana, apatah lagi kaya…Tapi surah-surah kecil telah lama kuhafaz…Okey la tue..Huhuhu...

Cuma tempat mengaji itu, aku selalu benar dibuli kawan dan dianaktirikan, perginya awal, bacanya tak henti, tapi sampai tengahari, kengkadang sampai azan baru aku dan kakak-kakakku diajari. Hati mana mahu tahan setiap hari dan malam andai begitu yang dilayani? Protes hati seorang budak. Kakakku yang kupanggil Kak Dah sabar je memanjang.Baik betul dia.. Abang jugak senang hati, ‘ponteng’ ada saja niatnya dalam hati.Nakal betul…hahaha.Ponteng plak ke mana? Tuu ha, umah Mak Yah, selang sebelah umah tok guru yang mengajar ngaji..Pi tengok TV..huhuhu..Ada ke patut? Mana aci kan? Kan?

Sebelum pergi mengaji, ayah selalu berpesan, pegang Quran baik-baik, kalau mahu kelek biar betul-betul di atas pusat dan pinggang, jangan dipegang dan dihayun mengikut gerak tangan berlenggang-lenggang..Kalau tak mahu dikelek, peluk saja ke dada atau junjung sahaja di atas kepala . Kalau mahu disimpan, simpan di tempat tinggi, biar lepas paras pinggangku ini, jangan sekali-kali diletakkan merata-riti, apatah lagi di lantai kaki. Kenapa ayah? Kerana Quran itu tinggi martabatnya. Kerana itu sehingga sekarang, tidak senang jika kulihat ada orang yang meletakkan quran sesuka hati, di lantai apatah lagi.

Itu pesan ayah tika kukecil dulu. Benar, Quran itu kitab mulia, sebagai rahmat bagi alam semesta dan juga petunjuk bagi seluruh umat manusia.



Firman Allah SWT yang maksudnya :

“Inilah kitab
yang Kami turunkan kepada engkau supaya engkau mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya yang terang, dengan izin Tuhan mereka menunjukkan kepada jalan Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Terpuji” (Ibrahim : 1)

Andai aku malas, entah Quran itu bisa kujadikan teman atau tidak sekarang..? Alhamdulillah…

Isnin, 29 Disember 2008

CINTA -PSIKOLOGI


Cinta

adalah pengalaman psikologikal

yang unggul

dalam kehidupan personal dan sosial manusia



Cinta Pandang Pertama

Cinta ini terdorong hasil daripada kesan impresi pandangan pertama yang membangkitkan rasa seronok yang tidak terhingga kepada pemiliknya.
Kesan pandang pertama akan
menggoda hati, fikiran terbayang-bayang
imej kesan pandang pertama pada individu yang menjadi sasaran cinta.
Cinta pandang pertama hasil daripada kesan visual spontan ini berlaku dalam keadaan yang tidak disangka.
Cinta pandang pertama akan disusuli dengan tindakan untuk menjalinkan perhubungan.
Cinta sebegini kemungkinan terbiar tanpa reaksi dari individu yang menjadi sasaran cintanya walaupun pelbagai usaha dilakukan.
~cinta pandang pertama..orang kata ape, dari mate turun ke hati? makan tak lena, tidur tak basah..hehehe..mandi tak kenyang? hahaha..selalunya berlaku bagi orang yang first time jatuh cinta kata orang...~

Cinta Suci Murni

Cinta suci lagi murni lahir daripada rasa tulus lagi ikhlas. Cinta suci tidak dapat dibina dalam jangka masa yang pendek.
Selalunya cinta suci atau cinta murni berlaku apabila ikatan perhubungan berkekalan dalam satu jangka masa yang lama.
Banyak
pengorbanan
yang perlu dilakukan untuk menikmati cinta suci ini.
Keinginan untuk terus bersama dengan pasangan adalah milik diri yang unggul kepada pemiliknya.
Melalui cinta suci lagi murni kedua-dua pasangan berusaha untuk terus bersama tanpa rasa untuk memilih, mencari orang lain sebagai pengganti.
~ni plak cinta yang serius gitu laa...sanggup sehidup semati? lautan api sanggup kurenangi? huhuhu...selalunya cinta ini ke jinjang pelamin..insyaAllah~


Cinta Permainan

Cinta hanya menjadi alat untuk melihat kebolehan diri memikat dan menakluk individu lain.
Rasa cinta yang ditunjukkan begitu hebat dan bersemarak.
Cinta ini hanya dirasai oleh satu pihak sahaja.
Cinta menjadi suatu bentuk
permainan yang harus dimenangi bagi pemiliknya.
Ia akan cuba sedaya upaya untuk tidak tewas dalam permainan cintanya dan berusaha untuk turus menawan minda, emosi dan tingkah laku pasangan.
Kemenangan menawan cinta pasangan merupakan ganjaran psikologikal yang amat dibanggakan.
Cinta dijadikan sebagai alat untuk mengukur kehebatan dan kebolehan diri.
Bila permainan cinta ini berjaya dilakukan, individu yang ditawan sepenuhnya akan dibiarkan sendirian.
Mangsa menjadi kecewa dan tertanya-tanya mengapa ia ditinggalkan.
~nama pun dah mainan..untuk main-main jer laa..huhuhu...sian laa sape jadik mangsa...huhuhu~


Cinta Bodoh

Cinta jenis ini banyak mengikut runtuhan. Pemilihan pasangan tidak atau kurang menggunakan kebijaksanaan akal fikiran dan kewarasan minda.
Cinta sebegini
menyerahkan segala yang ada pada diri sama ada dalam bentuk material dan/atau psikologikal semata-mata untuk mendapatkan perhatian, pengiktirafan dan sentiasa ingin terus bersama dengan pasangan.

Harga diri, maruah diri tergadai melalui cinta bodoh.

Pasangan tidak menunjukkan keintiman perhubungan yang ikhlas, tulus, lagi suci murni.
~haaa, ni cinta-cinta yang bertebaran kat taman-taman , kengkadang ditangkat khalwat, kerana nafsu..bila maruah tergadai baru bercucuran airmata...sedihnya, si kecil tak berdosa dibuang dan mati di mana-mana...di mana perikemanusiaan...?~


Cinta Monyet

Cinta monyet lebih mementingkan keseronokan.
Cinta jenis ini bersifat percubaan.
Cinta monyet disangka sebagai suatu bentuk tingkah laku yang melambangkan ciri-ciri kedewasaan, kematangan di kalangan remaja.
Ganjaran psikologikal yang diterima bila rakan-rakan sebaya mengiktiraf jalinan perhubungan cinta yang dibuat.
~Cinta monyet, selalu budak-budak sekolah punyer cinta nie..hihihi..bercinta kejap jek..suka sangat kalau ade pakwe..boleh tunjuk kat kengkawan..huhuhu~


"Lalu, cintamu, yang mana agaknya adikku? "

Sabtu, 27 Disember 2008

'CINTAI MATI...'

CINTAI MATI...


Takdir selalu mengintai di setiap negeri
Takdir pula yang siap menghancurkan setiap hamba
Kau pasti akan melihat nasib sebuah kaum yang kau jumpa.
Bagaimana yang menimpa kaum Tsamud dan ‘Ad.
Apakah kau ingat apa yang terjadi pada Bani Asfar, ahli bangunan dan penakluk gunung?
Apakah kau ingat apa yang terjadi pada Bani Sasan, yang menjadi benteng yang ganas dan hitam?
Di manakah Dawud dan Sulaiman, panglima penghadang pasukan
Di manakah Namrud dan anak-anaknya…dimanakah Qarun dan Haman yang mempunyai banyak pasukan

Semuanya tenggelam dalam pusaran takdir, dan tak pernah muncul kembali
Lupa, ataukah kamu pura-pura lupa terhadap takdir kematian
Apakah kamu lupa terhadap hari perpisahan dengan anak-anak?
Apakah kau lupa terhadap kubur,
Yang akan menjadi tempat tinggalmu, ditemani kehinaan, kengerian, dan kesendirian?
Di hari apakah kamu akan dijemput ajal,
Ketika itu kamu dipanggil..dan kau tak mampu menjawab panggilan.
Di hari apakah perpisahan itu terjadi, saat seluruh isi tubuhmu tergoncang.
Di hari apakah perpisahan itu terjadi, saat engkau menghadapi detik-detik kematian dengan susah payah
Di hari apakah jeritan itu, ketika wajah yang ceria dan indah, kini menggugup.
Mereka menangisi mayatmu dan berduka cita. Dengan hati dan jantung yang berdegup kencang
Tangis yang nyaring silih berganti. Airmata berlinang
deras tiada henti.
Di hari apakah, saat kita diam berdiri di hadapan Allah. Saat terjadi perhitungan amal dan persaksian.
Di hari apakah kita nanti akan meniti di atas neraka. Dalam kegoncangan yang hebat dan maha dahsyat.
Di hari apakah kita nanti akan terbebas dari neraka, adzab dan belenggu.

Berapa…berapa banyak para raja yang kini menghuni kubur
Berapa…berapa banyak para panglima perang yang kini terdiam di alam baqa
Berapa…berapa banyak ahli dunia terbujur di liang lahad.
Dan berapa banyak mereka yang zuhud kini membisu ditelan tanah
Semuanya tenggelam dalam takdir kematian, tanpa dapat keluar lagi darinya…
-Dr. ‘Aidh Al-Qarni M.A-

Jumaat, 26 Disember 2008

'CINTA SEORANG SAHABAT...'

Antara
dua cinta
yang ingin kumiliki,
cinta insan
dan
cinta Ilahi,
pasti yang utama
cinta Ilahi,
kerana cintaNya cinta hakiki...
Antara
dua insan
yang ingin kumiliki
kekasih hati
dan
sahabat sejati,
pasti yang utama
sahabat sejati,
kerana setianya sukar ditemui...

Rabu, 24 Disember 2008

-sambungan-"Usah meratap...Bumi Allah ini luas.."Lalu dia terdiam. Lama. kuharap diamnya berfikir bukannya sedih.Setiap orang mahukan yang terbaik. Mendapat yang terbaik. Dan tidak semua yang kita mahukan bisa menjadi kenyataan. Betapa hebat kita merancang, Allah itu lagi hebat menentukan.
Pelik juga aku melihatnya. Benci benar dia pada lelaki yang telah meninggalkannya, tetapi beria-ria pula agar lelaki itu bisa menjadi abang angkat sahaja jika bukan sebagai kekasih hati, biarpun sudah tahu lelaki itu kini sudah ada pengganti dirinya.
Bagaimana hendak aku menasihati sahabatku ini? cari kekasih baru untuk hapuskan luka hatimu? Itu saran sahabat keduaku.Ohh tidak...Bagiku belum tentu,. Untuk apa bercinta jika sekadar untuk menutup luka agar bahgia? Bukankah itu pura-pura? "..Ikhlas boleh dididik.." Pintas sahabat keduaku.
"benar...boleh sahaja jika itu yang dia mahu...tapi..yang utamanya kembali dulu kepada Penciptamu.." Pintasku pula.Kembalilah kepada Penciptamu sahabatku, yang menciptakan rasa cinta untukmu, kemudian ditumbuhkan pula rasa bahgia dalam dirimu. Sedang enak kau dibuai cinta, didatangkan pula ombak gelora, terkapar kau kelemasan. Akhirnya kau terdampar sendirian kelukaan dan dia..dia telah jauh meninggalkanmu. Muhasabahlah dirimu sahabatku.Mungkin ada langkah-langkah yang tersasar sehingga Allah tidak mengizinkan kau bersamanya..kau kecewa? Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sejukkan kembali hati gerimismu dengan ayat-ayat Allah..Bersabarlah..
"Dan Allah itu menyukai segala orang yang sabar"
(Q.A. 146 S.3 : Ali Imran)
Istighfarlah sahabatku. Dia hanya seorang lelaki yang dihadirkan Allah untuk mengujimu, dan mengajari kau sesuatu yang kau sendiri tidak mengerti apakah maknanya semua itu. Usah meratap, bumi Allah ini luas...
"Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk, dan lelaki-lelaki yang buruk itu untuk wanita-wanita yang buruk,
sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik" (an-Nur 26)

'BERPAUT DI DAHAN CINTA...'






"Cinta Itu indah..

ambillah selagi tidak melampaui batas yang disyariatkan oleh Allah..."

"Tak salah bercinta..awak tue jual mahal sangat.."

Begitu respon sahabtku bila kukata, kurela korbankan perasaan andai cinta itu melalaikan...Tersenyum aku, biarpun terpalit juga sedikit rasa kecil hati kerana mengatakan aku ini jual mahal. Semacam barangan saja disamakannya. Tak apalah, ini bukan sekali, sabarku bukan sekaki.

"Saya tak kata pun cinta itu salah...hahaha". Ketawa aku.

"Saya jual mahal ke? Mana ada, takkan saya nak tanya tiap-tiap orang "siapa nakkan saya..siap nakkan saya!". Aku cuba bercanda...

Perasaan yang tak sama..

ingin cinta dan dicinta..bukan ciptaan manusia, tapi takdir Yang Kuasa..Janganlah Engkau mungkiri segala yang Tuhan beri..renungkanlah...

Terlintas lirik lagu itu dibenakku, melantun keluar menyanyi-nyanyi dibibirku...

Sambungku "kalau ada yang berani datang, datang memohon cinta ini, InsyaAllah saya pertimbangkan.Setakat ini takde lagi yang berani datang dan berterus terang. Takde gak yang datang berkawan saya halau..takde..hmm..."

Sambung ku lagi, " Cinta itu indah, ambillah selagi tidak melampui batas yang disyariatkan Allah.." Ku lantunkan kata-kata terakhirku itu kepadanya sebagai penutup bicara tentang cinta manusia. Sebenarnya cuma berbicara tentang cinta seorang sahabat yang terluka, tapi terkena pula aku tempiasnya. Entah kenapa.Sabar sahaja.

Begitu cerita cinta yang biasa kudengar. Tentang cinta sahabatku yang terluka kerana seorang manusia yang dicintainya. Terlalu mencintainya. Jatuh cinta, bahgia dalam cinta, dan akhirnya terluka kerana cinta sehingga kering airmata kerana Allah tidak mengizinkan cinta itu bersatu. Lalu dipacakkan banner sebesar-besarnya perkataan 'BENCI' kepada semua lelaki di dalam hatinya kerana tidak lagi mempercayai lelaki lantaran seorang lelaki yang menyakiti hati dan memungkiri janji.

Lalu kutiupkan buih-buih persoalan. "Kamu benci semua lelaki kerana seorang lelaki? Seolah-olah semua lelaki yang Allah jadikan dalam dunia ini punya satu sifat sahaja, sama perangainya, sama biologinya, sama fizikalnya...Lalu kulontarkan lagi dalam diri...Jadi bagaimana? Rasul itu laki-laki, ayahmu laki-laki, abangmu juga laki-laki...adikmu juga laki-laki, sahabatmu yang selama ini yang sering kau minta untuk menasihati juga laki-laki..Kepada lelaki mana sebenarnya kamu bencikan? kamu tidak percayakan?"

-bersambung-