"WANITA
YANG BIJAKSANA
MAMPU MENGUBAH
SAHARA
YANG GERSANG MENJADI
TAMAN YANG SEGAR MENGHIJAU"(Syeikh 'Aidh Al-Qarni)
WANITA...kaulah madu, kaulah penawar...Teringat aku pada satu artikel yang pernah ku baca dan masih kusimpan sehingga sekarang...Buat peringatan untukku mendatang...
"MELURUSKAN RUSUK YANG BENGKOK"
JANGANKAN lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apalagi yang tiada di syurga, namun Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk lelaki yang bengkok untuk diluruskan lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, tidak mungkin dia mampu untuk luruskan mereka.
Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskan wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan daripada-Nya.
Jangan jinakkan mereka mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangankan hiburkan dengan kecantikan, nanti mereka akan semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka kepada Allah yang kekal, di situ suisnya.
Akal setipis rambutnya, tebalkanlah dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.
Suburkanlah, kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah hati mereka walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden atau Perdana Menteri ataupun women gladiator sekalipun.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan, keran rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja negarawan, karyawan, jutan dan wan-wan yang lain.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur apalagi menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak diluruskan bahkan mereka pula yang membengkokkannya.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan berbanding perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak mengenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri apalagi mengenal lelaki.
Kini bukan lagi ramai bos telah kehilangan sekretari, bahkan anak pun kehilangan ibu, suami akan kehilangan isteri dan bapa kehilangan puteri.
Apabila wanita derhaka, dunia lelaki akan menjadi huru-hara. Apabila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan daripada mereka, tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita. InsyaAllah.
"Jangan mengharapkan isteri seperti Saiyidatina Fatimah r.a selagi peribadi belum seperti Sayidina Ali r.a"
~MOhd. Fauzi Ramin, Melaka~
0 ulasan:
Catat Ulasan