"Cinta Itu indah..
ambillah selagi tidak melampaui batas yang disyariatkan oleh Allah..."
"Tak salah bercinta..awak tue jual mahal sangat.."
Begitu respon sahabtku bila kukata, kurela korbankan perasaan andai cinta itu melalaikan...Tersenyum aku, biarpun terpalit juga sedikit rasa kecil hati kerana mengatakan aku ini jual mahal. Semacam barangan saja disamakannya. Tak apalah, ini bukan sekali, sabarku bukan sekaki.
"Saya tak kata pun cinta itu salah...hahaha". Ketawa aku.
"Saya jual mahal ke? Mana ada, takkan saya nak tanya tiap-tiap orang "siapa nakkan saya..siap nakkan saya!". Aku cuba bercanda...
Perasaan yang tak sama..
ingin cinta dan dicinta..bukan ciptaan manusia, tapi takdir Yang Kuasa..Janganlah Engkau mungkiri segala yang Tuhan beri..renungkanlah...
Terlintas lirik lagu itu dibenakku, melantun keluar menyanyi-nyanyi dibibirku...
Sambungku "kalau ada yang berani datang, datang memohon cinta ini, InsyaAllah saya pertimbangkan.Setakat ini takde lagi yang berani datang dan berterus terang. Takde gak yang datang berkawan saya halau..takde..hmm..."
Sambung ku lagi, " Cinta itu indah, ambillah selagi tidak melampui batas yang disyariatkan Allah.." Ku lantunkan kata-kata terakhirku itu kepadanya sebagai penutup bicara tentang cinta manusia. Sebenarnya cuma berbicara tentang cinta seorang sahabat yang terluka, tapi terkena pula aku tempiasnya. Entah kenapa.Sabar sahaja.
Begitu cerita cinta yang biasa kudengar. Tentang cinta sahabatku yang terluka kerana seorang manusia yang dicintainya. Terlalu mencintainya. Jatuh cinta, bahgia dalam cinta, dan akhirnya terluka kerana cinta sehingga kering airmata kerana Allah tidak mengizinkan cinta itu bersatu. Lalu dipacakkan banner sebesar-besarnya perkataan 'BENCI' kepada semua lelaki di dalam hatinya kerana tidak lagi mempercayai lelaki lantaran seorang lelaki yang menyakiti hati dan memungkiri janji.
Lalu kutiupkan buih-buih persoalan. "Kamu benci semua lelaki kerana seorang lelaki? Seolah-olah semua lelaki yang Allah jadikan dalam dunia ini punya satu sifat sahaja, sama perangainya, sama biologinya, sama fizikalnya...Lalu kulontarkan lagi dalam diri...Jadi bagaimana? Rasul itu laki-laki, ayahmu laki-laki, abangmu juga laki-laki...adikmu juga laki-laki, sahabatmu yang selama ini yang sering kau minta untuk menasihati juga laki-laki..Kepada lelaki mana sebenarnya kamu bencikan? kamu tidak percayakan?"
-bersambung-
0 ulasan:
Catat Ulasan