Sepetang sempat aku bersinggah di kolej Bestari yang menyimpan seribu kenangan. Sempat aku melangkah masuk ke balai islam kesayangan Di sini hatiku terpaut.Di sini hatiku dipatri dengan cintaMu..Ya Allah..terasa mahu menangis di situ.
Aku teramat rindukan saat bersama sahabat-sahabat di sana, tika berjemaah bersama sahabat-sahabat bersama, makan berjemaah tika berbuka puasa,belajar tajwid dan mengaji, bermesyuarat di malam hari untuk kerja-kerja kebajikan islamiyyah, dan pelbagai lagi keringat kami dicurahkan untuk balai tersayang. Berganding bahu menahan dugaan yang menimpa dan tika kesusahan melanda. Pada kami hanya Allah adalah matlamat dan segala-galanya.
"Dan berpegang teguhlah
kamu semuanya kepada tali (agama) Allah
dan
janganlah kamu bercerai-berai"
janganlah kamu bercerai-berai"
(Ali-Imran ayat 103)
Di sini j ku kenal apa itu cinta. Cinta seorang sahabat, cinta seorang jemaah, cinta seorang hamba. kasih sayang yang KAU limpahkan pada kami yang bernaung di bawah bumbung ini amat kuat.Bermula tahun pertama hinggalah ke tahun ke tiga sebelum aku melangkah secara hormat keluar meninggalkan kolej. Ukhwah antara sahabat-sahabat amat kuat. Tak tercerita aku pada dunia. Sungguh indah..."Kamu akan melihat
orang yang beriman dan
saling sayang menyayangi,
saling mencintai, saling mengasihi
bagaikan satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit,
maka
tertariklah bahagian anggota yang lain ikut merasakan sakit
dengan
tidak dapat tidur dan badan panas"
(H.R Muslim)
Bertemu sebentar dengan adik-adikku di lobi tidak cukup untuk melampiaskan rindu hati ini. Kuusap airmata yang mengalir...Sesungguhnya aku kian jauh darimu untuk memberimu semangat seperti selalu..kuatlah adikkku! kuat! dan terus kuat!
Sudah sunnah orang berjuang, cabaran dan dugaan bertandang bertali arus tanpa henti.
"aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku..
sahabat yang baik adalah yang seiring denganku
dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan
kerana aku akan senang.
Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri.
Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka atau duka.
Jika aku dapat, aku akan setia padanya.."
_imam Syafie_
4 ulasan:
mengimbau kenangan lalu..hehe
tue la..."terkenang sebuah memory lalu..kisah persahabatan kita bersama...di dalam satu balai islammmmm...menambah ilmu dan keimanan...mengingatkanku..kasih sayangMu..terpahat padu di kalbuku.." hihihi (n_n)
salam..
semoga ukhuwah itu berkekalan sehinggalah ke Syurga..
peace:)
insyaAllah..(n_n)
Catat Ulasan