Adik junior tengah sakan bercinta menaiki motor ke sini dan
kemari?? Fenomena biasa kerana KL ini kota cinta manusia. Tiada takut pada dosa
dan hukumanNya. Lagikan ajk surauku dahulu pun, siap berbaju bercop jenama balai
Islam lagi..aduss...punahh....kutarik nafas panjang...mengeluh..
"Lindungi kami ya Allah dari panahan syaitan.. "
LELAKI TERGODAMAKAKETAWALAH SYAITAN,WANITA TERGODAMAKAGUGURLAHBUNGA-BUNGA
SYURGA...
Sedangkan perjanjian untuk taat dan setia itu hanya untuk suami. Bukan
susah menjadi wanita solehah...sekeping kertas ini,.tertera beberapa ciri wanita
solehah di atas mejaku, hadiah dari jualan amal yang diberi padaku...Beribadah bersungguh-sungguh kepada Allah SWT.
Sabar dalam menempuh ujian (kesusahan) dari Allah dan dalam
mengerjakan perintah-perintahNya.Sentiasa menghalusi hati dan perbuatannya walaupun di mana ia berada.
Tidak jemu-jemu berusaha mengajak ahli keluarga kepada kebaikan dan
keredhaan Allah.Hiasi diri dengan sifat malu dan akhlak yang mulia.
Redha dengan suami yang telah dijodohkan dengannya oleh Allah.
Menghormati suami dan ibubapa serta keluarga suami.
Berusaha menjadi isteri yang taat kepada suami sama ada waktu susah atau
senang.Mematuhi perintah atau kehendak suami selagi tidak bercanggah dengan
syariat.Tidak mengkhianati harta suami, kehormatannya, tempat tidurnya, atau
sebagainya ketika suami tidak ada di rumah.Mendoakan keselamatan dan kesejahateraan suami dunia dan akhirat.
Tidak sekali-kali menunjukkan muka masam atau berlaku kasar terhadap
suaminya.Sentiasa dalam keadaan yang bersih, kemas, dan berwangi-wangian ketika suami
berada di rumah, tidak keluar rumah tanpa izin suami.Sentiasa memohon maaf atau bertaubat jika melakukan kesilapan atau
kesalahannya.Tapi, itulah bila yang baik disusahkan, yang buruk dibiasakan..pahala
bertebangan sia-sia..dosa pula menggunung tinggi di dalam diri..
"ya Allah, jauhi aku dari cinta yang
meragui..amin.."
1 ulasan:
Salam
entry yang menarik yang mengingatkan saya juga agar menjadi isteri solehah.syukran laki..
Catat Ulasan