? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
zwani.com myspace graphic comments

Khamis, 5 Mac 2009

EMbun di NUR LEMBAH LENGGONG, PERAK

Dari seorang classsmate, aku dijemput untuk menjadi fasilitator untuk Kem Pemantapan Modal Insan Kolej Komuniti Bandar Darul Aman . Pantas saja aku menjawab 'insyaAllah, boleh'. Maklum la tengah bosan duk umah takde kelas sangat.
Seredup petang di Nur Lembah Lenggong...

Kem di dalam ladang kelapa sawit. Tetiba teringat rumah. Maklumlah, anak FELDA, tak asing bagiku kelapa sawit seperti ini. Terasa nyaman dan hilang penat perjalanan, sepagi di dalam bas, sepetang menunggu di stesen bus hingga terlena di dalam surau pekan Lenggong, sepagi juga merempit dengan motosikal dengan seorang kawan yang bermurah hati membantu menghantarku ke stesen bas,pengalmana yang sungguh drastik kurasakan.
Aku sendiri tidak tahu kenapa senang benar aku mengikuti permintaan seorang sahabat yang tak pernah aku kenali. Jarang benar aku pergi sendiri tanpa ditemani rakan. huuuu..serun...Tapi dengan niat mahu membantu seorang sahabat yang amat memerlukan pertolongan, kuturutkan, tak kisah aku. Lagipun aku sendiri mahu mencipta 'sesuatu' dalam kehidupan supaya aku tidak kesunyian dan kuisi dengan perkara-perkara yang berfaedah dari melepak di rumah. Pengalaman itu akan mengajar aku apa itu keberanian, kecekalan, kesilapan yang harus kuperbetulkan dan mematangkan aku yang ingin benar-benar matang. Kuharap, dengan meyertai program-program seperti ini memberi aku kekuatan untuk bergelar seorang akunselor yang berjaya nanti, belajar menghadapi pelbagai karenah manusia yang berbeza.
Saranan sahabat untuk menaiki motosikal ke kem menimbulkan rasa gerun di hatiku. Takde lesen, jalan tak biasa, polis lagi...adehh...terbayang insiden terlanggar gate 4th yang masih segar di ingatanku..huhuhuhu..(boleh gelak2 lagi lepas terbabas, ubat bergolek sana-sini..hihihi) Alhamdulillah, akhirnya van Kolej Komuniti datang menjemput. (n_n)
Rupa-rupanya peserta program dari Kolej Komuniti Bandar Darul Aman telah tiba lebih awal dari fasilitator diorang..huhuhu..Ketiadaan fasilitator perempuan membuatkan aku mati kutu. Nak berborak dengan siapa. Bertanya pada siapa, mengadu pada siapa. Fasi lelaki? huuu..Terpaksalah...fasi perempuan akan tiba selewat-lewatnya malam ini. oh, Cepatlah malam berlalu...
Malamnya, selepas mendapat tentatif dan modul, aku masih blurr sebab takde perbincangan antara fasi lagi.hohoho...malam, menemani si Moderator Nazri membuat ice-breaking yang tak nampak macam ice breaking. Tapi alhamdulillah, walaupun dia kelam kabut takde idea tapi dia pandai cover..kikiki. Tak membantu langsung aku ini. Tapi takkan nak guna modul kanak-kanak lak untuk budak remaja (mentang-mentang baru balik dari kem budak sekolah rendah, tu je yang terfikir kat kepala nie...tak kreatif langsung aku ini ..huhuhuhu) Dua sahabat fasi plak dah ghaib (ke alam mimpi). Nazri terkontang-kanting..hehehe..Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kami.
Lantaran ketidakcukupan fasi menyebabkan kami menguruskan secara overal sahaja dan tidak menumpukan kepada satu fasi untuk satu kumpulan. Kadang-kadang ada kekelam-kabutan tetapi diuruskan dengan bijaknya oleh fasi-fasi lelaki yang mantap-mantap kurasa. memang mantap! Orang yang hebat adalah orang yang tahu menyelesaikan masalah dan bukannya cepat melatah. Lagi penting pandai cover, kuikuikui...Tapi diorang dah banyak pengalaman.. bagus lah..banding ngan aku nie, seciput je..huhuhuhu (n_n)

Hari kedua penuh dengan aktiviti. Ditemani dengan Ilah yang banyak cakap Ina yang tak kalah juga , dan Tikah yang sedikit pendiam, barulah ada perbincangan yang sepatutnya dengan lebih sistematik kurasa...huhuhu..Selepas membuat senaman , poco-poco yang kurang menjadi, hehehe, chicken dance yang dah biasa dijadikan trend senaman dalam senaman pagi, aktiviti diteruskan dengan LDK seterusnya. Siapa lebih berhak?? hahahaha..macam-macam alasan diorang bagi. Siapa laa buat cerita ini..macamana nak tahu siapa yang lebih berhak sedangkan setiap orang ada alasan masing-masing. Apa yang penting mewujudkan rasa kerjasama, pakatan dan berfikiran jauh di kalangan mereka. Jauh ker? Banyak mengarut mengabang telipot jugakk...hehehehe...

Banyak pengalaman baru. Melangkah ke jambatan gantung yang cukup menggayatkan aku ( Tapi usaha juga sampai ke pulau sana) Alhamdulillah, aku berjaya atasi gayatku itu sedikit-demi sedikit. . Seingatku ini adalah kali kedua melintasi jambatan gantung . Dulu ketika mengikuti aktiviti melawat sekolah tadika..hihihi.

Kumpulan Wadi..sempoi dan kelakar..
Pondok siapa ntah..hahaha..cantik jugak..
Tetapi tak berani menyahut cabaran flying fox. Wuihh, tak sanggup den. Dah la kena pakai tali cam tue, budak-budak laki menonton. Takpa la...baik pi join Tikah ngail, tapi tak dapt ikan..hahahaha..nakal tul budak kecik nie..hmm...Melihat adik-adik membuat binaan masing-masing dengan alasan-alasan yang sungguh mencuit hati. Kreatif jugak la. Teringat masa perkhemahan sekolah dahulu, aku mencipta satu pondok kecil dan sebatang pokok dari ranting2 dan daun, dijalin sehingga menjadi satu pondok yang cantik. Alhamdulillah menang hadiah utama. Suka sangat la kalau aktiviti-aktivit kraf macam ni, hihihi
Aktiviti nite Walking "burung hantu' yang cukup menggelikan hati, kadang-kadang kasihan..huhuhu...macam-macam. Ada peserta yang lemah hingga pengsan. Sahabatku mengatakan bahawa dia ternampak sesutau dan mungin 'ditindih'. Tapi timbul persoalan di benakku, kalau ditindih bagaimana dia boleh bercakap. Selalunya kalau 'ditindih' mesti tak boleh bercakap, dan kalau ade orang pegang mesti dia sedar. Tapi ini tak..Mungkin ini adalah lumpuh pisikologi yang dinyatakan oleh Prof. Terlampau takut sehingga dia menjadi seperti itu untuk membela dirinya dan mendapat perhatian daripada orang lain untuk mengatasi rasa takutnya itu. Hmm..sukar untuk ditafsirkan. Hanya Allah lebih mengetahuinya. Aku cetek ilmu lagi dan perlu terus mengulangkaji. Pastu diteruskan dengan slot muhasabah. Pernah buat sekali dalam sesi kelompok sebagai pemimpin. Susah untuk menyentuh hati dan meyedarkan orang. huhuhu.. Last-last aku pulak yang rasa sebak dan termuhasabah..Baik keluar ikut sahabt-sahabat buat barbique yang takde dalam tentatif program ..sempoi..sampai 4 pagi tak tahannya. (~_~)

Wadi acting..hakhakhak..mantap giler..
Selama tiga hari dua malam di situ, banyak yang aku pelajari. Mengenali adik-adik yang nakal tetapi bersemangat kuat dari Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, mendapat sahabat-sahabat baru, fasi-fasi dari UPSI, Si Nazri yang sukakan mikrofon,hehehe... sahabat-sahabat fasi dari Kolej Insaniah, Ilah, Tikah dan Ina yang nakal, termasuk Apis..hahahahaha..tak lupa kepada Hayazie..mekasih banyak-banyak layan karenah akak..dan terfokusnya kepada Ketua Fasi, M.Noor (ingatkan sape la ketua fasi..hihihi). Maaflah boss buat boss pening..huhuhuhu...dah tetibe kena jadik pengacara.adehhh..Alhamdulillah Allah tolong walaupun rosak je rasanya program sekejap..hehehehe..Sory le sahabat-sahabat fasi. Yang peliknye, apsal aku yang kena???? hmmm..kompiuh nie...huhuhuhu

Sahabat-sahabat fasilitator...(n_n)

Terima kasih diucapkan kepada ketua fasi yang sudi mengalu-alukan kedatanganku yang kukira agak menyusahkan dari awal hingga akhir pulang, sahabat-sahabat fasi yang sungguh memahami dan baik hati dan juga nakal-nakal semua...adik-adik kolej dan juga pihak-pihak pentadbiran kolej yang berkaitan.

Sejuk dingin air sungai di Nur Lembah lenggong..kabus pagi menusuk ke tulang sum-sum, keindahan batu-batu yang bersinar dipanah mentari di siang hari yang indah di gigi sungai sudah cukup mengingatkanku tentang kebesaranMu..Di mana aku berada..di situ Kau turut serta. Menemani aku agar aku tidak leka dan lalai mengingatiMu semata. Subahanallah...Alhamdulilah..Allahuakbar!

Singgahan kedua : Kem Modal Insan Kolej Komuniti Bandar Daul Aman, Kedah. 17hb-19hb Februari 2009. Nur lembah Lenggong, Perak

0 ulasan: